Written by serenity | October 14th, 2015

Seorang wartawan Daily Seni, Deric Ect  telah menulis mengenai lagu single terbaru Ayda Jebat iaitu ‘Siapa Diriku yang dikatakannya mempunyai persamaan dengan lagu Meghan Trainor.


 photo AYDA4-1200x485.jpg

Kami telah menterjemahkan tulisan Deric seperti berikut:-

Untuk single terbarunya ‘Siapa Diriku’, pelakon drama popular Ayda Jebat telah memutuskan untuk mecontohi Meghan Trainor dalam banyak perkara yang mungkin anda terlepas pandang.

Lagu itu bertema pop uptempo dengan pengaruh 60-an yang kuat, mengingatkan kita kepada jenis irama yang menyebabkan banyak lagu Meghan dimainkan di stesen radio.

Video muzik itu, bagaimanapun, satu cerita lain.


 photo ayda6.jpg

Pengarahan seni dan skema warna bukan saja menyerupai video Meghan “All About That Bass” dan “Lips Are Movin“, mereka juga bersusah payah mencari seorang model berbadan besar untuk membawakan apa yang divisualkan oleh Tyler Moffat (untuk video muzik Meghan).

Ayda berjaya mendapatkan khidmat Michael Ang, pengarah siri televisyen M.A.I.D yang dibintangi oleh Ayda sendiri bersama Zul Ariffin sebagai cameo ‘Siapa Diriku’. Dalam video itu Michael membawakan watak seorang pengarah yang sedang memarahi krew penggambaran yang masih kanak-kanak.


 photo AYDA3.jpg

Perlu disebut juga permulaan lagu ‘Siapa Diriku’ juga lebih kurang sama dengan lagu Meghan iaitu “Dear Future Husband“.

Kedua-dua video bermula dengan bunyi deringan–Meghan dari basikalnya, manakala Ayda pula dari telefon bimbitnya–yang kemudian mempersembahkan vokal yang disaring bagi mencipta kesan nostalgik betul-betul sebelum rangkap pertama dinyanyikan.




 photo ayda8.jpg

Kami tidak mahu menuduh Ayda meniru, tetapi bukti yang ada tidak berpihak kepadanya. Mengapa kamu tidak tampil dengan konsep yang berbeza, Ayda? Adakah mereka paksa kamu lakukannya?

Dikeluarkan di YouTube pada 15 September, lagu ini juga ditampilkan dalam runut bunyi drama M.A.I.D.


Sebenarnya, cakap-cakap bahawa lagu Ayda itu menyamai lagu Meghan memang kedengaran sebelum ini, tetapi setakat ini tiada komen mengenainya dari Ayda. Kalau lagu saja yang sama mungkin ia kebetulan, tetapi video muzik sekali?

Mungkin Ayda sememangnya mahu menampilkan irama dan imej video seperti Meghan, mana tahu kan?