Written by AbangNara | August 24th, 2017

Pejam celik pejam celik, Hari Raya Aidiladha sudah semakin hampir. Pasti ramai yang dah merancang untuk melaksanakan ibadah korban kan? Hari ini Abang Nara ada berita baik untuk anda semua. Sebagai menghargai para pelanggan yang telah memilih untuk menggunakan perkhidmatan pelaksanaan Ibadah Korban dan Aqiqah bersama Zabeeh Services telah pun melancarkan satu “Program Penghargaan Pelanggan”.

zabeeh services sdn bhdProgram ini adalah bertujuan untuk menghargai pelanggan yang telah memberi kepercayaan kepada Zabeeh Services Sdn Bhd untuk melaksanakan Ibadah Korban dan Akikah anda. Pelanggan yang terpilih akan mengerjakan Ibadah Umrah yang ditaja sepenuhnya oleh pihak Zabeeh Services. Berikut merupakan terma dan syarat untuk program ini :-

1. Hanya SEORANG pelanggan sahaja yang akan terpilih.
2. Pelanggan yang layak menyertai program ini adalah semua pelanggan yang telah atau akan mendaftar Ibadah Korban bersama Zabeeh Services bermula 1 Muharram 1438H bersamaan 2 Oktober 2016 sehingga 3 Zulhijjah 1438H bersamaan 25 Ogos 2017.
3. Pelanggan yang mendaftar lebih banyak jumlah bahagian @ ekor mempunyai peluang yang lebih besar untuk terpilih.
4. Segala terma dan syarat tertakluk kepada pindaan penaja.
5. Keputusan pihak syarikat adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Insya Allah jika memang ada rezeki, anda akan terpilih untuk melaksanakan umrah yang ditaja sepenuhnya. Peluang sebegini bukan selalunya ada. Kalau tak terpilih pun, sekurang-kurangnya kita sudah mendapat pahala melaksanakan ibadah korban. Itu yang paling penting. Oleh itu, apa tunggu lagi. Cepat-cepatlah daftar korban bersama Zabeeh sebelum 20 Ogos 2017 untuk menyertai program ini. Manalah tahu anda yang bertuah pada tahun ini, dapatlah mengerjakan umrah secara percuma. Harga korban yang ditawarkan pon lebih rendah berbanding di dalam negara. Hanya RM 300.00 sahaja untuk 1 bahagian lembu dan RM 580.00 untuk seekor kambing.

zabeeh services sdn bhd

Buat anda yang berminat, berikut Abang Nara sertakan cara-cara untuk mendaftar ibadah korban bersama Zabeeh Services Sdn Bhd. Hanya perlu pilih salah satu sahaja cara. Abang Nara berani jamin anda akan mendapat layanan yang terbaik dan profesional daripada syarikat ini.

1. Pergi ke laman web www.zabeeh.com.my dan klik pada Daftar Qurban Online
2. Hantar mesej PM ke Facebook Zabeeh-Qurban & Aqiqah Online dan tulis Saya Nak Qurban
3. Hantar Whatssapp ke 019-323 4577 dan nyatakan Saya Nak Qurban
4. Telefon terus ke 019-323 4577 atau 03-6179 0567

Selamat menunaikan ibadah korban dan semoga dimurahkan rezeki anda.

Written by AbangNara | September 9th, 2016

Semalam ketika Abang Nara selepas menghantar anak ke sekolah, tiba-tiba teringat yang diri ini masih belum mendaftar untuk melakukan ibadah korban tahun ini. Alhamdulillah selepas berkahwin Abang Nara dimurahkan rezeki untuk melakukan ibadah yang SANGAT DITUNTUT ini setiap tahun. Tanpa berlengah lagi, terus Abang Nara memecut kereta ke pejabat Zabeeh Services Sdn Bhd, syarikat yang menyediakan perkhidmatan korban dan akikah untuk umat Islam luar negara yang kurang bernasib baik.

zabeeh

bergambar sikit kat pintu masuk Zabeeh

Senang je nak cari pejabat Zabeeh ini yang terletak di Gombak. Tapi kalau korang tak sempat nak pergi pejabat pun tak apa sebab boleh daftar secara online di www.zabeeh.com.my dan juga Facebook Zabeeh – Qurban & Akikah Online. Kalau di Facebook itu cuma hantar PM dengan ayat “Saya nak korban”. Tapi kena cepat sebab tarikh tutupnya adalah esok (Sabtu) 10 September 2016. Apa yang Abang Nara paling suka tentang perkhidmatan Zabeeh ini adalah harganya yang amat berpatutan. Sekaligus memudahkan kita melakukan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha ini.

zabeeh

pamplet Zabeeh dengan harga-harga yang tertera

Selepas mengisi borang apa yang patut, tahun ini Abang Nara mengambil keputusan untuk mengorbankan seekor kambing di atas nama Aariz. Seekor kambing cuma RM580, satu bahagian lembu RM300 dan seekor lembu RM2100. Bolehlah pilih mana-mana yang sesuai mengikut kemampuan kita. Yang penting hati kena jujur dan ikhlas. Macam biasa ada akad memberi perwakilan kepada pihak Zabeeh untuk menguruskan ibadah korban. Senang je prosudernya.

zabeeh

serius betul muka Abang Nara masa baca akad

Jadi di kesempatan ini, Abang Nara ingin mengajak anda semua untuk tidak melepaskan peluang melakukan ibadah korban tahun ini. Insya Allah dengan ibadah yang dilakukan, rezeki kita akan semakin dimurahkan olehNya. Banyak kelebihan melakukan korban ini. Rasanya semua orang tahu kot. Kalau nak lakukan dengan Zabeeh Services Sdn Bhd, ini cara-caranya. Pastikan lakukan ia sebelum 10 September 2016 ye. Lebih daripada itu tak diterima dah.

1. Pergi ke laman web www.zabeeh.com.my dan klik pada “Daftar Qurban Online”.
2. Hantar mesej PM ke Facebook Zabeeh-Qurban & Aqiqah Online dan tulis “Saya Nak Qurban”.
3. Hantar Whatssapp ke 019-323 4577 dan nyatakan “Saya Nak Qurban”.
4. Telefon terus ke 019-323 4577 atau 03-6179 0567

zabeeh

Sama-samalah kita berdoa agar ibadah korban tahun ini diterima olehNya. Insya Allah. Selepas 2 bulan ibadah ini dilakukan, pihak Zabeeh akan hantar sijil ke alamat rumah sebagai tanda ia telah selamat dilakukan. Jadi Insya Allah semuanya akan berjalan lancar tanpa sebarang halangan. Dah lebih 7 tahun Zabeeh menguruskan hal-hal ini. Insya Allah semuanya setel. Sama-sama kita doakan.

zabeeh

terima kasih pihak Zabeeh atas perkhidmatan yang awesome

Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat berkorban Abang Nara ucapkan. Semoga kita sentiasa mendapat lindungan dan rahmat daripadaNya.

Written by AbangNara | September 5th, 2016

Ramai juga yang menghantar email bertanya tentang perkhidmatan Qurban & Akikah Online yang disediakan oleh Zabeeh Services Sdn Bhd. Ada yang bertanya kesahihan proses yang dilakukan oleh pihak Zabeeh yang berpengalaman selama 7 tahun menguruskan ibadah qurban di luar negara untuk negara-negara Islam yang kurang bernasib baik seperti Indonesia, Filipina, Myanmar, India dan banyak lagi. Ada juga yang tanya “Abang Nara pernah tengok ke diorang nie wat korban kat overseas tue”. Untuk menjawab persoalan anda, baru-baru ini, wakil BeautifulNara telah mengikuti pihak Zabeeh ke Ambon, Indonesia untuk melihat sendiri persiapan ibadah korban yang bakal dilakukan pada hari raya Aidiladha ini.
ambon zabeeh

Kehadiran kami telah disambut meriah dengan paluan kompang oleh wakil penduduk di Ambon, Indonesia. Kami pun sangat terharu, gembira dan teruja dengan sambutan yang diberikan. Terasa macam pengantin pulak sebab ada kompang semua ini. Seronok!!!

ambon zabeeh

Selepas bertanya-tanya khabar, berpelukan dan melahirkan rasa gembira atas pertemuan ini, kami telah pergi melihat lembu-lembu yang sudah pun disediakan untuk dikorbankan kelak.

ambon zabeeh

salah seekor lembu yang ada

Lembu di atas telah pun disembelih pada hari tersebut sebagai meraikan kehadiran kami dan juga sebagai tanda berterima kasih atas sambutan para penduduk Ambon. Seronok melihat mereka semua bekerjasama menyembelih dan melapah daging lembu. Boleh dikatakan ini sebagai latihan untuk ibadah korban yang pastinya akan lebih banyak lembu disembelih kelak. Kanak-kanak yang ada pun teruja melihat lembu disembelih buat pertama kali di hadapan mereka.

ambon zabeeh

lembu disembelih untuk jamuan bersempena kehadiran kami

Sementara orang dewasa menguruskan proses melapah daging, kanak-kanak yang hadir telah berzanji dan melaungkan zikir-zikir untuk menambahkan kemeriahan serta keberkatan majlis. Comel-comel jugak kanak-kanak Ambon ini. Semuanya baik-baik, dengar cakap dan mesra.

ambon zabeeh

sedap suara budak-budak nie

Sepanjang berada di Ambon, Indonesia, wakil BeautifulNara memaklumkan proses penyembelihan yang dilakukan adalah amat teratur, kemas dan mengikuti syariat. Insya Allah masa ibadah korban kelak proses yang sama akan dilakukan. Paling penting nanti pembahagian daging-daging korban ketika Hari Raya Aidiladha akan diterima oleh pihak-pihak sepatutnya iaitu penduduk Ambon, Indonesia yang kurang bernasib baik.
zabeehPaling terkesan di hati mereka yang terlibat dengan jelajah korban Zabeeh ini ialah kedaifan dan kemiskinan para penduduk Ambon, Indonesia. Bagi mereka daging lembu ini adalah satu kemewahan. Memang jarang untuk mereka dapat menikmatinya. Abang Nara rasa kebanyakan penduduk Islam di negara yang telah disebutkan tadi juga merasai perkara yang sama. Insya Allah marilah kita sama-sama melakukan ibadah korban menerusi Zabeeh Services Sdn Bhd untuk membantu saudara seIslam kita yang kurang bernasib baik di luar negara. Caranya senang sahaja. Boleh pilih salah satu cara di bawah:-

1. Pergi ke laman web www.zabeeh.com.my dan klik pada “Daftar Qurban Online”.
2. Hantar mesej PM ke Facebook Zabeeh-Qurban & Aqiqah Online dan tulis “Saya Nak Qurban”.
3. Hantar Whatssapp ke 019-323 4577 dan nyatakan “Saya Nak Qurban”.
4. Telefon terus ke 019-323 4577 atau 03-6179 0567

zabeeh
Semoga Allah menerima dan melipatgandakan pahala mereka yang melakukan ibadah korban kali ini. Insya Allah. Sama-sama kita doakan.

Written by AbangNara | September 2nd, 2016

Hari Raya Aidiladha bakal tiba tidak lama lagi. Apabila bercerita tentang Aidiladha, pasti kita akan teringat kisah nabi Ibrahim dan anaknya, nabi Ismail. Ibadah korban yang kita lakukan saban tahun adalah diambil daripada kisah “penyembelihan” Ibrahim dan Ismail. Kisah ini disebutkan Allah di dalam Surah As-Soffat ayat 102-107 yang bermaksud :-

“Maka ketika anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai
ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.(102)

Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah s.w.t. itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami). (103) Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim!”(104) “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (105) Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata.(106) Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. (107)”

koirban

ibadah korban SANGAT DITUNTUT di dalam Islam

Nabi Ismail seperti yang kita ketahui adalah anak yang ditunggu-tunggu oleh Nabi Ibrahim setelah sekian lama berkahwin tanpa sebarang zuriat. Bayangkan betapa hebat dan besarnya CINTA nabi Ibrahim kepada Allah sehingga beliau sanggup untuk meyembelih anak kesayangan beliau semata-mata untuk metaati perintah Allah. Cuba anda letak diri anda di tempat Nabi Ibrahim? Adakah anda sanggup melakukan seperti baginda? Kita hari ini hanya perlu mengorbankan wang ringgit dan sedikit tenaga kita sahaja untuk melaksanakan Ibadah Qurban. Itu pun kita merasa sangat berat untuk buat. Malah ibadah korban tersangatlah mudah dan murah untuk dilakukan dengan kehadiran Zabeeh Services Sdn Bhd.

zabeeh

Abang Nara dah banyak kali cerita kelebihan melakukan ibadah korban di www.zabeeh.com.my. Berpengalaman selama 7 tahun menguruskan ibadah korban dan akikah di luar negara, Insya Allah ibadah korban yang dilakukan menerusi syarikat ini terjamin, lebih-lebih lagi dengan adanya sijil. Kali ini Abang Nara nak cerita apa pula kelebihan melakukan korban. Mungkin bila kita tahu keistimewaan melakukan ibadah korban, pintu hati ini akan terbuka untuk melakukannya tahun ini. Sambil-sambil itu Abang Nara selitkan beberapa gambar ibadah korban yang telah dilakukan oleh Zabeeh di negara-negara umat Islam yang kurang bernasib baik. Antara kelebihan melakukan ibadah korban ialah:-

1. Ganjaran pahala dan penghapus dosa. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi s.a.w. 

Dari Aisyah RA bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada meyembelih haiwan Qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang beserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu”.

Sabda Nabi s.a.w kepada anaknya Fatimah r.a.: “ Bedirilah berdekatan dengan binatang qurbanmu. Perhatikanlah ia deisembelih kerana sesungguhnya daripada titisan darahnya yang pertama telah diampunkan dosa-dosamu yang terdahulu.

zabeeh

2. Ukuran ketaqwaan.

Ibadah Qurban sangat menguji ketaqwaan dan keikhlasan pelaksananya kerana kita terpaksa mengorbankan wang ringgit kita untuk sesuatu yang bukan dapat pada kita sepenuhnya. Kalaulah kita membeli lembu atau kambing bukan untuk Qurban, maka semuanya akan jadi hak kita. Akan tetapi ianya berbeza dengan Ibadah Qurban. Allah berfirman dalan Surah Al-Haj ayat 37 yang bermaksud:-

“ Daging dan darah binatang qurban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya”

zabeeh

3.Berkongsi kegembiraan dengan nikmat yang kita ada bersama orang lain.

Jika kita perasan, kebanyakan agama ada makanan yang di sembahkan kepada tuhan mereka, dan kesemua makanan tersebut manusia tidak dibenarkan untuk memakannya. Berbeza dengan agama Islam. Binatang Qurban adalah umpama sembahan kita kepada Allah, akan tetapi daging Qurban tersebut boleh dikongsi bersama orang lain tidak kira golongan mereka kaya atau miskin.

zabeeh

4.Jalan keluar pada masalah.

Salah satu jalan untuk keluar dari segala kesulitan hidup ialah dengan melaksanakan Ibadah Qurban. Ini kerana sekiranya kita melaksanakan sesuatu yang Allah sangat suka dan cinta, maka Allah akan memandang kita di antara banyak-banyak umat manusia yang lain. Sekiranya Allah sudah memandang kita, in sha Allah segala hajat dan permohonan kita akan dimakbulkan oleh Nya.

zabeeh

Abang Nara paling tertarik dengan kelebihan keempat iaitu jalan keluar pada masalah. Memang banyak cerita kejadian sebenar yang telah Abang Nara dengar. Lepas je melakukan ibadah korban, rezeki makin dimurahkan, masalah selesai, hidup makin tenang dan banyak lagi. Jadi Insya Allah tahun ini sama-sama kita melakukan ibadah korban dan merebut ganjaran pahala yang ditawarkan olehNya. Maklumat lanjut layari www.zabeeh.com.my dan juga Facebook Zabeeh Qurban & Akikah Online.