Written by AbangNara | July 18th, 2014

Harith Iskander bagi Abang Nara adalah salah seorang ‘stand up comedian’ terbaik Malaysia. Lawaknya memang kena dengan jiwa Abang Nara. Abang Nara pernah tengok Harith Iskander di Istana Budaya. Memang kelakar tahap tertinggi punya. Gelak tak berhenti. Walaupun ada sesetengah orang tak suka/tak faham dengan lawak Harith, bagi Abang Nara lawak Harith antara yang membuatkan kita berfikir.
harith iskanderJadi apabila apabila ada desas-desus bayaran untuk mendapatkan khidmat seorang pelawak mencecah RM100,000 untuk satu program raya dan nama Harith Iskander dikaitkan dengan desas-desas itu,  Abang Nara tak hairan. Kalau memang betul power, berbakat, lawak menjadi dan confirm ‘rating’ boleh meletop, apalah sangat RM100,000 tue kan? Namun jangan risau, harga untuk Harith Iskander sebenarnya hanya 10% sahaja daripada RM100,000. Kata Harith:-

Hahahaha! Setakat ini tiada siapa yang mampu meletakkan harga sebegitu tinggi. Rasanya harga itu dah melampau. Pelawak yang dimaksudkan bukan saya dan rasanya ia juga bukan daripada pelawak-pelawak yang saya kenal. Nilai harga yang dikatakan itu tidak masuk akal.

Kalau nak tahu, kadar bayaran saya hanyalah 10 peratus daripada RM100,000 yang digosipkan itu. Dan kadarnya juga ditetapkan mengikut kesesuaian majlis dan klien itu sendiri. Sekiranya klien itu berpuas hati dengan persembahan yang diberikan, mereka akan memanggil kita semula dan secara tidak langsung mereka akan meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding undangan persembahan sebelumnya

harithAla kalau RM100,000 pun apa salahnya kan? Kalau memang betul berbaloi, tak salah bayar tinggi-tinggi. Lagipun rasanya pelakon/penyanyi/pelawak di Malaysia ini dah lama sangat dibayar rendah. Mungkin sekali sekala kena demand dan naikkan harga. Tak gitu? Apa pun, kalau Abang Nara ada RM10,000 nanti, confirm nak panggil Harith untuk buat lawak di majlis hari jadi diri ini. Hehehe.

Written by AbangNara | May 12th, 2014

Hudud adalah isu yang amat sensitif untuk dibicarakan di kalangan rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini. Ada yang bersetuju, ada yang membantah dan ada yang berada di atas pagar mengenai perlaksaanaan hukum Islam ini. Tak kurang ada yang cuba bergurau dan membuat lawak mengenai hudud. Harith Iskandar baru-baru ini menerusi akaun Twitternya telah menulis status yang mengundang kontroversi mengenai hudud.

hudud harith iskandar

Ternyata status Harith Iskandar ini mendapat reaksi yang negatif daripada para pengikutnya. Banyak yang menempelak dan mengkritik gurauan yang tidak kena tempat ini. Namun berkata kepada Mstar Online, Harith Iskandar menerangkan yang dia tidak berniat mahu mempertikaikan peraturan  dalam agama Islam itu tetapi ia telah disalah ertikan oleh segelintir pihak. Kata Harith:-

Saya ingin memohon maaf sekiranya status di Twitter itu mengundang rasa tidak senang hati mana-mana pihak. Jujurnya saya tidak berniat mahu mempermainkan agama sendiri. Kalau boleh saya tidak ingin membesarkan isu ini kerana ia hanya perkara kecil yang telah disalah ertikan. Mungkin ada pihak yang mempunyai masa mahu membesarkan sesuatu (isu Hudud) itu

hudud harith iskandar

Dalam kes-kes sensitif sebegini, lebih baik kita mendiamkan diri daripada cuba membuat lawak, gurauan dan sindiran yang tidak kena tempat. Rakyat Malaysia tidaklah “open minded” untuk menerima lawak-lawak sebegini.  Semua benda pun hendak dikontroversikan. Mungkin satu hari nanti akan tiba jua masanya untuk kita lebih bersikap terbuka. Semoga selepas ini Harith lebih berhati-hati.
yun namP.S: Jom periksa kesihatan rambut. PERCUMA tu…Untuk yang mempunyai masalah rambut, inilah masanya untuk bertindak. Selesaikan segera masalah rambut gugur, kelemumur dan kegatalan kulit kepala. Dapatkan penyelesaian segera di laman web ini.

Written by AbangNara | June 21st, 2012

Bagi Abang Nara, Harith Iskandar ialah seorang comedian yang sangat superb. Beberapa bulan yang lepas, Abang Nara melanggan program Lawak Ke Der di Astro dan terus jatuh cinta dengan lawak-lawak pandai yang dilakukan oleh Harith. Memang sangat berbeza dengan apa yang cuba diketengahkan oleh pelawak-pelawak lain. Abang Nara pasti ramai yang bersetuju dengan pendapat Abang Nara ini.

harith iskandar

Dan baru-baru ini, Harith Iskandar telah berkongsi gambar-gambar keluarganya yang kini telah diserikan dengan kehadiran anak sulungnya, Zander Xayne Iskander. Serius mereka nampak sangat-sangat bahagia. Zander pun semakin lama semakin comel. Semoga kebahagiaan Harith Iskandar dan keluarga akan berkekalan selama-lamanya.

Lagi 7 keping gambar Harith Iskandar dan keluarga dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | May 10th, 2012

Abang Nara memang tak boleh tengok baby. Rasa nak cubit-cubit dan cium je pipi mereka yang sungguh gebu itu. Nasib baik dah ada anak sendiri sekarang. Memang tiap-tiap masa terluang Abang Nara akan mencium pipi anak Abang Nara sehingga kemerahan. Abang Nara pasti Harith Iskandar pun turut melakukan perkara yang sama.

anak harith iskandar

Anak Harith Iskandar yang bernama Zander Xayne Iskander kini telah pun berusia 2 bulan. Nampaknya daripada kecil lagi Harith Iskandar telah pun menanam semangat menyokong Liverpool kepada anaknya. Memang tersangat cute anaknya memakai jersi Liverpool.

anak harith iskandar

Semoga anak Harith Iskandar membesar dengan sihat. Dan kalau ada Maharaja Lawak pada tahun ini, Abang Nara berharap agar Harith Iskandar dapat masuk. Abang Nara pasti akan mengundi sehingga Harith Iskandar bergelar juara.