Written by AbangNara | August 1st, 2016

Baru-baru ini ketika anak-anak sedang tidur, Abang Nara pun membaca tentang telefon pintar terbaru yang ada di pasaran. Fuh!!! Memang macam-macam jenis ada. Namun satu yang berjaya mencuri perhatian Abang Nara ialah Huawei P9. Cantik kebabom sungguh rekaannya. Tergoda Abang Nara melihatnya.

huawei p9

Paling mencuri perhatian Abang Nara ialah kewujudan dual kamera di Huawei P9 yang dikuasakan dengan lensa Leica. Kalau sebut Leica, memang semua orang tahu kepoweran lensa kamera rekaannya. Jadi bila digabungkan dengan telefon pintar Huawei P9, Abang Nara dah dapat bayangkan kualiti gambar yang super duper awesome. Confirm cun melecun macam Siti Saleha.

huawei p9
Tapi Abang Nara tertanya-tanya jugak kenapa nak ada sampai 2 kamera. Apa kelebihannya? Baca punya baca, Abang Nara dapat buat beberapa kesimpulan tentang kelebihan dual kamera. Antaranya:-

1, Satu kamera untuk mengesan warna RGB dan satu kamera adalah untuk kesan warna hitam putih (monochrome)
2. Kamera monochrome membolehkan penangkapan cahaya 3 kali lebih banyak berbanding kamera biasa
3. Bila cahaya lagi banyak masuk, maka kualiti gambar pun makin tinggi. Lebih sharp dan jelas. Itulah kelebihan dual kamera Huawei P9.

huawei p9

Part yang paling best ialah dual kamera Huawei P9 ini dapat menangkap cahaya 270% lebih banyak berbanding iPhone 6S, and 70% lebih daripada Galaxy S7. Seperti yang Abang Nara katakan tadi, lagi banyak cahaya lagi cun melecun lah gambar. Jadi kesimpulan yang boleh dibuat ialah kamera Huawei P9 adalah lebih power berbanding pesaingnya. Memang sesuai sangat untuk mereka yang suka ambil gambra dan mahukan kualiti yang lebih padu!!!

huawei p9

Sekarang ini di Facebook Huawei Mobile APAC, sedang dijalankan satu peraduan yang hadiahnya adalah Huawei P9 ini. Kalau menang, bolehlah anda merasai sendiri kehebatan dual kamera Huawei P9 yang dikakatakan lebih hebat daripada kamera iPhone ini. Senang je cara nak sertai peraduan yang diberi nama #OOBWPetsView Photo Contest Challenge ini. Korang cuma perlu tangkap gambar pandangan seekor binatang secara hitam putih. Contohnya gambar pandangan seekor kucing yang sedang mengejar seekor tikus. Atau gambar pandangan seekor burung yang sedang terbang tinggi di langit. Boleh hantar gambar menerusi Instagram (jangan lupa tag @huaweiapac dan guna hashtag #OOBWPetsView, #HuaweiP9 dan #HuaweiMobileAPAC). Atau nak lagi senang, upload je kat link Facebook ini dengan hashtag yang sama.

huawei p9

Selamat mencuba dan selamat bergaya dengan Huawei P9 sekiranya anda dipilih sebagai pemenang. Maklumat lanjut di Facebook Huawei Mobile APAC. Jangan lupa layari laman web Huawei Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehebatan telefon pintar Huawei P9 dengan dual kamera.