Written by AbangNara | June 18th, 2013

Masih belum terlambat rasanya untuk Abang Nara mengucapkan jutaan tahniah kepada semua pemenang Anugerah Blokbuster 2 yang telah berlangsung Sabtu lalu. Undian adalah 100% daripada peminat jadi kalau anda tidak mengundi, tak perlu mempertikaikan keputusan yang telah diumumkan.

blk31

Juga masih belum terlambat untuk Abang Nara kongsikan lagi beberapa keping gambar sekitar karpet merah Anugerah Blokbuster 2. Hampir kesemua selebriti-selebriti yang hadir tampil dengan begitu menawan dan kacak sekali. Acara karpet merah ini telah  diacarakan oleh Hanis Zalikha.

blk31

Yang paling mencuri perhatian sudah tentu kehadiran Neelofa ditemani dengan Hans Isaac. Adakah mereka sudah berani mengakui percintaan di antara mereka berdua? Pasti luluh hati jejaka-jejaka di luar sana jika perkara ini adalah benar. Hehehe.
blk31

Kehadiran Bobo juga turut mencuit hati para penonton. Walaupun dikatakan terlalu “over” ketika persembahannya dengan Shae, populariti Bobo tidah boleh dinafikan. Lagi 30 keping gambar sekitar karpet merah Anugerah Blokbuster 2 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Ryaniez Moments Photography.

P.S: Bayaran bulanan Proton Saga SV bermula daripada RM250 sebulan.

 
Written by AbangNara | June 6th, 2013

Baru-baru ini, sebuah suratkhabar telah pun memaparkan beberapa keping gambar Hanis Zalikha dan seorang lelaki. Gambar-gambar tersebut bukannya daripada akaun Instagram Hanis tetapi telah dikongsikan oleh si lelaki misteri tersebut. Dikatakan bahawa lelaki tersebut ialah kekasih Hanis dan merupakan seorang juruterbang.

hanis zalikha

Ditemui oleh wartawan MalaysianDigest, Hanis Zalikha pantas menerangkan identiti lelaki di dalam gambar tersebut. Kata Hanis:-

Lelaki tu bekas teman lelaki saya dan sebenarnya gambar tu gambar dua tahun lepas. Dia yang muat naik gambar tu di Instagram dia. Saya tak tahu kenapa dia buat macam tu. Mungkin tiba-tiba dia terkenang kembali kot. Mula-mula saya tak kisah sangat, sebab yang upload tu dia bukan saya. Tapi bila dah keluar di surat khabar, saya rasa tak best. Tapi apa yang saya tahu, dia dah delete gambar tu.

hanis zalikha

Fuh ~~ Nasib baik bekas teman lelaki. Abang Nara dapat bayangkan betapa leganya para jejaka di luar sana yang menaruh hati terhadap Hanis apabila mendengar penjelasan ini. Masih ada peluang untuk anda mengorat Hanis. Hanis masih single mingle lagi. Kepada si bekas teman lelaki, sila jangan upload gambar anda berdua lagi kerana ia mampu membuatkan orang lain cemburu. Hehehe ~~
hanis zalikhaP.S: Anda ada masalah rambut gugur, masalah kulit, atau kegemukan yang melampau? Jangan risau kerana Proven adalah penyelesaian bagi semua masalah anda. Dengan rasa coklatnya, Proven memang enak untuk diminum. Harga pun sangat berbaloi. Tempah sekarang juga di Facebook Proven.my untuk merasai sendiri kesannya!!!

Written by AbangNara | March 13th, 2013

Memang murah betul rezeki pendatang baru dunia hiburan Malaysia, Keith Foo dan Hanis Zalikha ini. Abang Nara pernah bertemu Keith Foo satu ketika dahulu dan orangnya memang sangat “down to earth“. 10 tahun mencari rezeki di Indonesia kini Keith Foo pulang ke Malaysia dan kini ialah artis naungan Astro.

keith foo

Kini nama Keith Foo semakin popular dan mula dikenali ramai. Lakonannya memang hebat ditambah pula dengan wajah tampan. Memang lengkap pakej. Semoga kerjaya Keith akan lebih berkembang selepas ini. Mana tahu satu hari nanti akan jadi hero drama-drama dan filem-filem besar di Malaysia.

keith foo

Sementara itu Hanis Zalikha yang mula mencipta nama menerusi drama Memberku Hawa turut sama dilantik menjadi artis naungan Astro. Hanis bukan sahaja boleh berlakon tetapi turut mampu mengacara dan ini dibuktikan menerusi program Mad Markets yang diterbitkan di TV9 tahun lepas.

keith foo

Semoga kerjaya Keith Foo dan Hanis Zalikha akan terus berkembang di bawah jagaan dan didikan Astro. Teruskan menimba ilmu sebanyak mungkin. Teruskan bersikap rendah diri seperti sekarang. Good luck and all the best untuk anda berdua. Kredit gambar MalaysianDigest.

P.S: Prototype pertama iPhone. Besar gila!!!

Written by AbangNara | March 4th, 2013

Nama Nur Fazura sememangnya sudah dikenali di dalam dunia hiburan Malaysia. Sementara itu, Hanis Zalikha adalah bintang baru yang kini namanya semakin disebut-sebut oleh banyak pihak.

fazura hanis

Kedua-duanya telah hadir ke malam Bella Awards baru-baru ini. Dan kedua-duanya nampak sangat menawan di dalam pakaian masing-masing. Rasanya kalau seorang lelaki disuruh membuat pilihan antara Fazura dan Hanis, pasti mengambil masa berminggu-minggu.

fazura hanis

10 lagi gambar kedua-dua cantik manis Fazura dan Hanis Zalikha dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Fazura dan Instagram Hanis Zalikha.