Written by AbangNara | October 12th, 2017

Sebentar tadi, sebuah sidang media oleh Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin telah pun berlangsung. Joy Revfa telah ditemani oleh kakak, ibu dan peguamnya telah tampil menjawab soalan daripada pihak media dan orang ramai tentang status perkahwinannya dengan Hafiz Hamidun.

joy hafiz

Joy Revfa dilihat sering mengalirkan air mata sepanjang sidang media tersebut berlangsung. Banyak persoalan telah dijawab oleh Joy, malah banyak juga kenyataan yang diberikan oleh pemilik produk kosmetik terkenal itu. Salah satu yang paling mencuri perhatian ialah “Hafiz Hamidun tidak layak menjadi tidak layak bergelar suami dan bapa kepada anak-anaknya kerana tidak mampu memberikan nafkah batin seperti lelaki lain”. Fuh!!! Ini adalah satu kenyataan yang cukup mengejutkan.

Sebelum ini Joy telah bersumpah dengan nama Allah bahawa dirinya dan Hafiz Hamidun mereka berdua telah pun “bersama”. Apa pun sama-sama kita nantikan penjelasan seterusnya dan juga kenyataan balas daripada Hafiz Hamidun tentang masalah batin ini. Sekiranya ini tidak benar, sudah tentu ia menjatuhkan reputasi Hafiz.