Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(TAHNIAH)Aset Dato’ Siti Nurhaliza Bernilai RM50 Juta

Tuesday, September 8th, 2009

siti nurhaliza

Mak aih. Kagum dan tabik spring kami kat Dato’ Siti Nurhaliza. Mana taknya, jumlah aset Siti Nurhaliza kesemua sekali bernilai RM50 juta. Ish,ish,ish. Manusia biasa seperti kami nie jangan katakan aset RM1 juta, RM10 ribu pun tak ada lagi skarang nie. Sangat-sangat kami berbangga dengan pencapaian Dato’ Siti nie.

Entah-entah sekarang nie aset Dato’ Siti Nurhaliza sebenarnya dah lebih daripada RM50 juta nie. Sebabnya sumber diambil dari laman web rasmi 2008 MTV Asia Awards. Rasanya logik jugak kot lebih daripada RM50 juta sebab sekarang nie pun Dato’ Siti dah ada jenama kosmetik sendiri. Itu pun harganya mau dah 2, 3 juta tue.

Apa-apa pun tahniah kami ucapkan buat Dato’ Siti Nurhaliza. Tak sia-sia selama 13 tahun bergelumang dalam dunia seni dapat mengumpul harta sebanyak tue. Kiranya pandai jugaklah Dato’ Siti jaga duit-duit dia. At least untuk hari tua nanti dah tak perlu risau nak carik duit dah. Boleh rileks jer kat rumah jaga anak-anak dan cucu-cucu.

(GAMBAR)Siti Nurhaliza Di Konti Suria FM

Friday, August 21st, 2009

siti nurhaliza

Orang cantik kalau pakai apa pun cantik jugak. Pakai tudung cantik, tak pakai tudung pun cantik. Pakai topi cantik, pakai selendang pun cantik. Pendek kata bagi jerlah apa-apa pun kat Siti Nurhaliza, confirm kecantikan dia akan terserlah. Memang sesuai jadi model gitu.

Apa yang Dato’ Siti Nurhaliza buat kat konti radio Suria FM nie? Benda romantik tue. Dato’ Siti berbalas-balas cakap “I Love You” ngan Dato’ K tue. Cakap dalam radio tue. Semua orang pun boleh dengar. Memang very the romantik gitu.

Buat Dato’ Siti dan Dato’ K, kami mengucapkan selamat berpuasa. Mohon maaf kalau ada keterlanjuran bahasa dan kata kepada Dato’ berdua. Jangan lupa berdoa dimurahkan rezeki dan dipercepatkan dapat zuriat di bulan Ramadan nie. Insya-Allah termakbul.

Lagi gambar Dato’ Siti Nurhaliza paling terbaru dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Rasa-rasa Dato’ Siti baca ke BeautifulNara? Hehe.

(more…)

(GAMBAR)Siti Nurhaliza Di Malam Puisi Utusan

Tuesday, June 16th, 2009

siti nurhaliza terbaru

Siti Nurhaliza nie pakai apa-apa pun memang maintain cun. Gambar Siti Nurhaliza di Malam Puisi Utusan nie memang marvelous. Takderlah nampak Siti pakai make up tebal sangat, tapi kecunnan dia tetap terserlah.

Mungkin sebab tue ramai photographer-photographer suka bila Siti ada event. Gambar yang diambik nampak cantik jer jadinya. Photogenic la kiranya si Siti Nurhaliza nie.

Lagi gambar terbaru Siti Nurhaliza di Malam Puisi Utusan dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Kami hari tue ada plan nak pergi tengok konsert Siti Nurhaliza di Istana Budaya 26 sampai 28 Jun nie, tapi tengok-tengok balik harga tiket yang tinggal semua yang RM300 punya. Takperlah, lain kali jerlah kot pergi. Tapi kalau Siti nak sponsor kami di BeautifulNara nie apa salahnya kan? Hehehe.

(more…)

Luahan Hati Seorang Peminat Kepada Dato’ Siti Nurhaliza

Monday, March 2nd, 2009

gambar terbaru siti nurhaliza

Ke hadapan Dato Siti Nurhaliza yang disayangi,

Saya sebenarnya terharu sangat bila Dato Siti cakap yang Dato nak pakai tudung selepas balik umrah. Saya bangga sangat masa tue. Iyalah, Dato dah nak berubah kepada lebih baik. Saya pun terus terasa nak pakai tudung sebab nak jadikan Dato idola saya.

Tapi Dato Siti, apa yang saya tengok sekarang bukannya tudung yang Dato’ pakai. Kalau dulu saya masih boleh terima cara pemakaian tudung Dato’. Biasalah nampak rambut sikit-sikit dekat depan. Mungkin tak sedar tudung dah senget. Tapi sekarang nie, kalau tengok gambar yang saya kepilkan nie pun dah tau yang Dato’ pakai tue bukannya tudung tapi sekadar penutup kepala.

Dato’ sedar tak yang leher Dato’ yang jinjang tue terserlah jelas bila Dato buat fesyen macam nie. Rambut yang terkeluar tue mmg nampak macam dah sengaja keluarkan dah. Saya kecewa sangat-sangat. Ini bukan janji Dato’ yang dulu. Kalau tak boleh tunaikan janji, bukak ajerlah selendang tue Dato’. Tak payah pakai terus, nanti takut ramai yang terikut fesyen Dato’ nie. Dato jugak yang dapat dosa.

Eh, Dato’ kata ini satu jer gambar yang nampak leher Dato’? Jangan cakap macam tue Dato’. Kalau Dato’ tak percaya, Dato’ baca surat saya nie sepenuhnya. Banyak lagi gambar yang saya dah kepilkan untuk Dato’ renung balik janji-janji Dato dahulu.

(more…)