Written by AbangNara | January 30th, 2013

Lupakan sementara kontroversi yang melanda Liyana Jasmay dan Saiful Nang tentang gambar pra perkahwinan. Abang Nara ingin melahirkan rasa hormat kepada Liyana Jasmay kerana enggan menerima sebarang tajaan untuk hari perkahwinannya yang bakal berlangsung Sabtu ini.

liyana jasmay kahwin

Abang Nara pasti banyak pihak yang tampil untuk menaja perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathuddin. Dan pastinya bukan senang untuk menolak. Namun Liyana Jasmay menolak kesemuanya kerana ingin merasa sendiri kepayahan merancang hari bahagianya. Kata Liyana Jasmay kepada Utusan Malaysia:-

Memang ramai yang menyatakan hasrat untuk menaja perkahwinan kami. Ada yang nak taja baju, lokasi, pelamin, bunga dan macam-macam. Tapi semua saya tolak. Saya tak mahu terikat dengan mereka. Kalau boleh biarlah saya rasa sendiri macam mana perit nak buat itu ini. Situasi-situasi macam ini bukan senang nak dapat. Biarlah saya keluarkan duit sendiri untuk buat semua (persiapan perkahwinan). Mujur ada kakak saya yang memang sudah berpengalaman sebelum ini. Dia banyak bantu dan urus segalanya.

liyana jasmay

Abang Nara memang respek gila dengan Liyana Jasmay apabila mengetahui tentang hal ini. Kalau nak ikutkan status dirinya sebagai selebriti, tentu Liyana Jasmay boleh berkahwin dengan pengeluaran kos yang minimum sekiranya menerima tajaan. Apa pun, tak sabar rasanya untuk melihat keanggunan Liyana Jasmay memakai baju pengantin rekaan Jovian Mandagie dan Rizman Ruzaini di hari bahagianya Sabtu ini.

P.S: Sabtu lepas Abang Nara telah terlibat dengan majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 sebagai ahli panel. Memang menarik aktiviti yang dijalankan oleh DenaiHati selaku penganjur. Siap ada hadiah iPhone lagi. Tahniah dan terima kasih sekali atas jemputan daripada pihak penganjur.

Written by AbangNara | March 30th, 2012

Khas buat peminat Liyana Jasmay, Abang Nara kepilkan lagi 14 keping gambar sekitar majlis pertunangan selebriti kegemaran anda. Apa yang membuatkan Abang Nara tertarik dengan majlis pertunangan ini ialah pelaminnya yang sangat cantik. Kalau tak silap pelamin tersebut diletakkan di halaman rumah. Memang grand.

gambar tunang liyana jasmay

Lagi 13 keping gambar sekitar majlis pertunangan Liyana Jasmay dengan membaca entri ini sepenuhya. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography.

P.S: Gambar askar Amerika dalam kapal terbang ke Afghanistan

 
Written by AbangNara | March 28th, 2012

Seorang demi seorang artis wanita Malaysia bakal menamatkan zaman gadis mereka. Selepas Lisa dan Scha, kini Liyana Jasmay sudah pun bergelar tunangan orang sebentar tadi. Majlis pertunangan antara Liyana Jasmay, 24 tahun dan Fathuddin Mazlan, 28 tahun telah pun berlangsung di rumah Liyana Jasmay di Kemensah Height, Kuala Lumpur.

gambar tunang liyana jasmay

Liyana Jasmay tampil anggun dalam baju rekaan Rizman Ruzaini yang dianggarkan bernilai RM10,000. Pihak lelaki menghantar 5 hantaran berupa set wangian Gucci Guilty, set telekung, sebentuk cincin, sirih junjung dan cupcake. Hantaran tersebut turut diiringi dengan hiasan tepak sirih sebagai tanda mengikut adat. Sementara itu pihak wanita membalas 7 hantaran berupa senaskah Al-Quran, set butang baju melayu, sebijik kek, sehelai kain samping, biskut, pewangi berjenama Dunhill dan cupcake. Pasangan sama cantik sama padan ini telah bersetuju untuk bernikah pada 24 Januari 2013.

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Liyana Jasmay dan pasangan. Nantikan gambar-gambar sekitar majlis pertunangan mereka berdua sebentar lagi.

Written by AbangNara | February 29th, 2012

Selepas dikaitkan bercinta dengan Syamsul Yusof dan Aizat, akhirnya spekulasi siapakah teman lelaki Liyana Jasmay ditamatkan oleh Berita Harian hari ini. Liyana Jasmay, 23 tahun mengakui sudah dirisik oleh jirannya, Fathuddin Mazlan, 28 tahun.

tunang liyana jasmay

Bakal tunang Liyana Jasmay adalah seorang ahli perniagaan. Kata Liyana Jasmay:-

Dia menghantar rombongan merisik minggu lalu dan jika tiada aral melintang, kami akan bertunang bulan depan. Tarikhnya terpaksa dirahsiakan. Insya-Allah tahun depan kami akan berkahwin. Dia adalah jiran saya. Kami sudah lama kenal cuma tidaklah begitu rapat. Saya memilihnya kerana dia seorang yang baik dan amat memahami saya. Apa yang membuatkan saya suka kepadanya adalah cara didikannya di rumah sama seperti cara saya dididik oleh orang tua saya

Patutlah masa Abang Nara ternampak Liyana Jasmay di majlis persandingan Lisa wajahnya kelihatan berseri-seri. Tengah mabuk bercinta rupanya. Apa pun jutaan tahniah kepada Liyana Jasmay atas berita gembira ini. Ada jejaka di luar sana yang kecewa tak agak-agaknya?