Written by AbangNara | January 9th, 2015

Pejam celik pejam celik anak hasil perkahwinan Nora Danish dan Jejai iaitu Putra Rayqal sudah pun mencecah usia 6 tahun. Baru-baru ini satu kenduri doa selamat telah diadakan sempena hari kelahiran si comel ini. Amat meriah sekali kenduri yang diadakan. Turut menghadirkan diri ialah Fasha Sandha serta keluarga terdekat. Seronok Abang Nara melihat kebahagiaan mereka sekeluarga.

nora danish fahs

Semoga Putra Rayqal membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh di masa hadapan. Lagi beberapa gambar sekitar kenduri tersebut dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | August 27th, 2014

Cutenya!!! Itu perkara pertama yang Abang Nara terfikir apabila melihat gambar Aleesya dan Rayqal berpeluk sesama sendiri. Anak kepada Erra Fazira dan Nora Danish ini dah la memang comel, perbuatan mereka pun makin menyerlahkan kecomelan. Budak-budak memang suka menunjukkan kasih sayang sesama mereka. Anak Abang Nara pun tiba-tiba tak tentu pasal pergi cium adiknya.

peluk anak nora danish

Manusia yang normal pastinya turut merasa gembira dan suka melihat aksi kasih sayang antara Aleesya dan Rayqal ini. Ala, bebudak belum baligh pun lagi. Tak ada nafsu apa pun. Itu yang Abang Nara pelik bila ada sesetengah komen yang tunjuk alim. Kononnya perbuatan ini berdosa, lentur buluh biar dari rebung dan macam-macam lagilah. Kalau baca komen nampak macam Aleesya dan Rayqal dah buat dosa besar. Takut Abang Nara.

peluk anak nora danish

Abang Nara tak tahu diorang nie belajar ilmu agama daripada siapa. Mungkin ilmu yang dipelajari sudah terlalu tinggi sehingga tidak tercapai akal Abang Nara. Nasib baik masih ada beberapa peminat yang masih boleh berfikir secara matang. Agaknya yang komen-komen negatif nie masa kecik memang tak pernah main masak-masak, kahwin-kahwin dan juga permainan yang sewaktu dengannya kot. Hmmmm

peluk anak nora danish

Kalau nak tunjuk ‘alim’ pun, janganlah sampai perkara yang betul kita tak betulkan. Janganlah bajet suci sangat di Internet sedangkan di dunia sebenar banyak dosa yang kita lakukan. Tak bolehkan kita gembira melihat kegembiraan orang lain? Tak penat ke asyik nak fikir negatif je? Sekali sekala jadi positif apa salahnya kan? Tak gitu? Info asal OhBulan.

Written by AbangNara | August 8th, 2014

Ya duit boleh mengaburkan mata seseorang. Lebih-lebih kalau angka yang bernilai ratusan ribu ringgit. Kalau Abang Nara pun pasti akan goyah sedikit sebanyak juga jika ditawarkan 6 angka untuk menjadi duta kepada beberapa produk. Namun untuk Nora Danish, wang ringgit bukan ukuran kerana produk-produk tersebut merupakan barangan keluaran Yahudi. Pelakon jelita ini sanggup menolak tawaran hebat ini demi untuk Palestin. Respek!!!

nora

Nora Danish khabarnya ditawarkan untuk menjadi duta beberapa produk penjagaan diri harian dengan setiap satunya bernilai enam (6) angka namun apabila mengetahui barangan tersebut termasuk dalam senarai barangan keluaran Yahudi, Nora Danish tanpa teragak-agak menolak untuk menjadi duta barangan-barangan tersebut secara baik. Tindakan menolak tawaran itu memang sangat ‘awesome’ dan apabila ia dilakukan secara baik, itu lebih awesome. Tak macam sesetengah orang boikot McDonalds sampai pergi buat kekacauan dan menjatuhkan nama baik Islam itu sendiri. Ish,ish,ish.

nora

Tahniah kepada Nora Danish atas ketegasan anda ini. Respek sangat-sangat. Semoga makin dimurahkan rezeki selepas ini. Semoga dengan usaha Nora Danish ini sedikit sebanyak membantu saudara seagama kita di Palestin sana. Sumber asal RotiKaya.

Written by AbangNara | July 14th, 2014

Terkejut Abang Nara membaca ruangan Miss J di Pancaindera semalam. Mana tidaknya, pelakon kacak Adi Putra dikatakan sudah tidak tinggal serumah dengan isterinya, Aida. Kesibukan Adi Putra menguruskan pakej umrah milik syarikatnya menyebabkan Adi tidak mempunyai banyak masa bersama keluarga. Iyerlah, asyik terbang ke sana ke mari kan.
adi putra dan aidaDikatakan alasan sibuk menyebabkan hubungan Adi Putra dan Aida semakin renggang. Lebih-lebih lagi apabila kes skandal dengan isteri orang bakal dibuka semula menyebabkan mereka berdua didakwa ‘kurang bercakap’ antara satu sama lain. Macam susah nak percaya kan? Adakah ia benar-benar sedang berlaku?
adi putra dan aida

Hmmmm. Abang Nara mengambil keputusan untuk tidak mempercayai desas-desus ini dan menganggap ia tidak berasas sama sekali. Daripada pemerhatian Abang Nara, Aida baru sahaja berkongsi gambarnya dengan suami tercinta di lapangan kapal terbang. Aida ke situ untuk menghantar Adi terbang menguruskan umrah di Tanah Suci. Malah ada juga gambar mereka berdua melayan peminat di majlis berbuka puasa. Nampak bahagia, mesra dan gembira.
adi putra dan aida

Sebenarnya apabila melibatkan diri dalam perniagaan, inilah pengorbanan yang harus dilakukan. Masa untuk bersama keluarga memang akan jadi terhad. Namun itu semua untuk masa depan yang lebih gemilang. Awal-awal ini memang confirm Adi Putra sibuk gila. Lama-kelamaan bila dah biasa, Insya Allah akan ada lebih masa bersama keluarga. Buat Adi, semoga perniagaan anda bertambah maju. Kalau ada masa terluang, jangan lupa habiskan bersama isteri dan anak. Mereka itu pembawa rezeki buat kita. Tak gitu?

P.S: 10 bandar paling teruk traffic jem