Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Sabar Fizz Fairuz Sabar, Jangan Teruja Sangat

Thursday, November 12th, 2009

fizz fairuz almy nadia

Rasanya satu Malaya dah tau kot Fizz Fairuz ngan Almy Nadia nie bercinta. Kalau anda tak tahu lagi maknanya anda sememangnya tak baca suratkhabar Bahasa Melayu. Sebab rasa-rasanya dah dekat berpuluh kali jugak Almy ngan Fizz Fairuz nie keluar suratkhabar mengaku diorang tengah jiwang karat tahap paku besi punya.

Rupa-rupanya dah dekat 3 tahun dah diorang nie bercinta. Itu yang Fizz Fairuz dah teruja kot. Tapi nasib baik Fizz Fairuz masih dapat kontrol “kemachoannya” sebab nak bagi Almy Nadia berlakon puas-puas.

Bukan tak mahu berkahwin sekarang tapi saya bagi peluang untuk Almy berlakon sepuas-puasnya sebab dia nak sangat jadi artis.

Tapi kena hati-hati gak ye. Bercinta boleh tapi kalau lama-lama sangat nie banyak rintangan dan cabarannya. Lelebih lagi bila yang lakinya hensem macam Fizz Fairuz nie. Mesti ramai awek-awek gatal datang menggoda. Yang Almy Nadia nie jangan kira la plak kan. Mesti Dato’ Dato’ tua ada yang dah try nak cucuk line dah.

Tapi apa-apa hal pun kami di BeautifulNara sentiasa mendoakan agar Almy Nadia dan Fizz Fairuz berbahagia sehingga ke jinjang pelamin. All the best in percintaan anda berdua.

(GAMBAR)Fizz Fairuz, Hero Melayu Baru?

Thursday, July 23rd, 2009

fizz fairuz

Kalau dulu title hero Melayu dipegang oleh Rosyam Noor, sekarang nie dah makin ramai artis lelaki muda yang nak merampas gelaran nie dari Rosyam. Maklumlah Rosyam pun dah tua, umur dah meningkat, kurang sesuai kalau gelaran tue milik dia sampai sekarang.

Salah seorang pelakon lelaki yang tengah naik sudah semestinya Fizz Fairuz. Ada pakej jugak dia nie. Hensem, muda dan ada bakat lakonan. Kontroversi pun kurang. Malah semua orang pun tahu awek dia si Almy Nadia tue. So boleh dikatakan dia naik sebab bakat, bukan sebab kontroversi.

Layak ke Fizz Fairuz digelar Hero Melayu yang baru? Mungkin masih jauh nak sampai ke tahap tue, tapi sapa tahu suatu hari nanti kan? Buat Fizz Fairuz, banyak-banyakkanlah belajar daripada senior-senior anda seperti Rosyam Noor untuk menjadi pelakon yang lebih hebat.

Lagi gambar-gambar Fizz Fairuz dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

Kenyataan Bodoh Dari Fizz Fairuz, Pelakon Mabuk Estrogen

Saturday, March 14th, 2009

Kami sebenarnya makin bengang dan rasa nak terajang sorang-sorang selebriti Malaysia bila dengar kenyataan-kenyataan bodoh diorang. Selaku seorang selebriti, pandai-pandai la fikir terlebih dulu sebelum jawap soalan daripada pihak media.

Panas hati dengar kenyataan dari Fizz Fairuz. Bila ditanya apa pandangan peribadi dia tentang golongan homoseksual ini, Fizz Fairuz menjawap:-

Pada saya tidak ada masalah. Itu atas diri masing-masing, lagi pun mereka bukannya jahat, malah kebanyakan mereka mempunyai kerjaya yang bagus. Cuma cara hidup mereka berbeza.

Kepala hotak kau tak ada masalah!!! Argh, pening kepala kami kalau tahap kecerdikan artis Malaysia semua lagi rendah dari budak sekolah rendah.