Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(KUIZ)Siapakah Pelakon Wanita Ini?

Friday, December 4th, 2009

artis wanita

Cantik kan si pelakon wanita di atas tue? Pakej muka dah ada tapi kami pun tak tau apa kenapa sampai sekarang dia kurang popular. Mungkin tak ada kontroversi hangat kot.

Kami bagi klue sikit untuk anda teka. Dulu kami pernah letak gambar dia pakai kimono kat sini. Sebijik macam awek Jepun. Yang gambar kat atas nie tak tau la sebijik macam awek negara mana pulak.

Kalau pandai tekalah. Kalau tak pandai, buat-buat tak tahu udahlah. Hahaha.

P.S: Ada yang hantar email tanya boleh dipercayai ke vsHub nie? Sampai ke barang yang diorder ke rumah nanti? Kami berani jamin 100% yang barangan anda order menerusi vsHub akan sampai ke depan pintu rumah anda. Kalau tak sampai bagitau kami, kami akan kerat jari kaki ayam kat belakang rumah kami. Kalau nak maklumat lanjut, sila baca artikel lama kami pasal vsHub.

(KUIZ)Siapakah Artis Wanita Bertudung Ini?

Friday, November 20th, 2009

artis

Rasanya semua orang tau kot sapa artis kat gambar atas tue tapi nak suruh gak korang teka. Teka jangan tak teka.

Buat Gigi Sampai RM30 Ribu, Banyak Sungguh Duit Mereka

Wednesday, November 18th, 2009

chaq dan ajai

Gile hati kering Chaq dan Ajai nie berhabiskan duit untuk mencantikkan gigi. Sampai RM30 ribu tue. Kami yang 6 bulan sekali pergi check gigi kat doktor gigi pun segan silu jer nak bayar RM100 kat dentist. Tapi diorang ni selamba jer sampai RM30 ribu. Memang banyak duit betul artis Malaysia nie.

Tapi disebabkan diorang berdua nie artis tak kisahlah habiskan berjuta ringgit pun untuk gigi diorang. Yang penting masa photo shoot gigi mesti cantik. Kalau kuning gigi sapa nak amik gambar diorang kan? Senyuman pun pasti akan lebih menawan. Compem bersinar-sinar keputihan gigi diorang nanti bila tersenyum. Makin ramai la awek-awek yang jatuh cinta ngan Chaq nanti.

Yang pentingnya gigi dah lawa nanti jangan la jumpa peminat lupa nak senyum. Selawa mana gigi kalau jumpa fans tak pernah senyum tak guna jugak. Tanpa peminat, siapalah anda berdua. Renung-renungkan dan selamat beramal. Sumber dari Murai.

Statistik Pelawat BeautifulNara Bulan September Dan Oktober

Tuesday, November 17th, 2009

statistik

Dah lama rasanya kami tak update anda semua dengan statistik jumlah pelawat BeautifulNara nie. Terlupa pulak nak kongsi rasa gembira kami melihat jumlah pelawat-pelawat yang semakin bertambah dari hari ke hari. Memang meletup BeautifulNara nie. Terima kasih di atas sokongan anda semua. Tanpa anda tak mungkin semua ini boleh tercapai.

Jadi kali nie kami gabungkan terus bulan September dan Oktober 2009 punya statistik. Jumlah pelawat untuk 2 bulan nie ada 1 JUTA ORANG. Amik ko. Kalau nie pun kata tak banyak lagi memang kami tak tahu nak cakap apa. Pageview untuk 2 bulan nie dah dekat 5 juta pageview dah. Senang kira sebulan dalam 2.5 JUTA pageview. Terharunya kami dengan sokongan anda. Tima kasih bebanyak ek.

Dalam berjuta-juta blog, website dan portal kat dunia nie, BeautifulNara adalah nombor 39,311 paling femes mengikut Alexa Rank.RSS Subscriber pun dah tambah jadi lebih 500 orang. Dan yang paling penting, fan kat Facebook dah nak cecah 1,300 orang. Jadi kalau korang belum lagi jadi FAN FACEBOOK BEAUTIFULNARA, sila-silalah jadi ye. Tima kasih beribu-ribu lemon sekali lagi.

Untuk menunjukkan penghargaan kami kepada anda semua, nanti gathering BeautifulNara yang sedang dalam proses perbincangan. Nanti kat sana kita leh beramah mesra dan berkenalan dengan lebih rapat antara satu sama lain. Kot-kot sapa yang masih single mingle tue boleh la jadikan gathering tue sebagai tempat mencarik jodoh nanti. Ahaks.

Kami di BeautifulNara sayang sangat kepada anda semua yang terus menyokong kami. Terima kasih~~~

P.S: Dah tengok layout baru si Mak Merah @ RedMummy ? Makin mantap nampaknya akak kita seorang tue. Kalau anda seorang yang suka berfesyen dan bergaya, leh gi layan blog RedMummy tue. Banyak tips-tips best.

(GAMBAR)Artis Malaysia Di Malaysia International Fashion Week

Wednesday, November 11th, 2009

malaysia international fashion week

Mak aih comel gile Diana Danielle masa Malaysia International Fashion Week (MIFW). Cute tahap Hagemaru dah nie. Fasha Sandha pun apa kurangnya gak. Terserlah keayuan ngan baju berwarna putih. Senyuman pun manis gitu. Boleh cair gak dibuatnya kalau tenung lama-lama gambar diorang nie. Tak gitu?

Ramai jugak artis-artis wanita popular Malaysia macam Anita Sarawak, Dynas, Yasmin Hani dan ramai lagilah yang join buat catwalk kat MIFW nie. Dari pemerhatian kami yang jahil fesyen nie, mantap-mantap gak rekaan designer-designer Malaysia nie. Menyerlah kecantikan, keayuan dan kemanisan artis-artis kita. Tahniah kepada pereka-pereka baju untuk MIFW.

Lagi gambar-gambar artis wanita Malaysia semasa MIFW dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar kredit kepada Facebook Sam Kassim.

(more…)