Written by AbangNara | April 17th, 2014

Amboi comelnya puteri sulung Ashraf Muslim dan Wan Sakinah ini. Abang Nara suka sangat-sangat gambar “newborn” yang dibidik oleh The Photolicious ini. Memang jelas terserlah kecomelan Sarah Ashraf ini. Nanti anak kedua Abang Nara lahir, nak cuba jugaklah ambil gambar macam ini untuk kenang-kenangan.

sarah ashraf

Gambar-gambar Sarah Ashraf ini diambil ketika si comel ini berusia 9 hari. Semoga Sarah Ashraf membesar menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar The Photolicious.

P.S: Mari melancong ke Jepun, negara yang amat bersih

 
Written by AbangNara | April 15th, 2014

Cantik nama anak sulung Ashraf Muslim. Nama penuh si puteri ini ialah Sarah Ashraf binti Mohd Ashraf. Telah pun keluar dari hospital, baru-baru ini Sarah telah ditahnikkan oleh  Habib Ali Zainal Abidin di Masjid Muaz, Setiawangsa. Semoga keberkatan daripada majlis ini menjadi Sarah seorang anak yang berguna dan solehah kepada kedua ibu bapanya apabila dewasa kelak.

nama anak ashraf muslim

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Ashraf Muslim, Wan Sakinah dan Dayana atas kehadiran si comel ini dalam keluarga mereka. Lagi beberapa gambar Sarah Ashraf dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Ashraf Muslim.

P.S: Pengganti Buggati Veyron bakal tiba

 
Written by AbangNara | April 7th, 2014

Jutaan tahniah diucapkan buat Ashraf Muslim, Wan Sakinah dan juga Dayana atas kelahiran orang baru di dalam keluarga mereka. Bayi perempuan hasil perkahwinan Ashraf Muslim dengan isteri kedua, Wan Sakinah telah pun selamat dilahirkan pada 5 April lalu. Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Wan Sakinah sendiri menerusi akaun Instagramnya.

wan sakinah anak perempuan

Tulis Wan Sakinah:-

ALLAHUAKBAR… Salam Subuh semua. Alhamdulillah saya selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.51 kilogram secara normal. Terima kasih kepada yang sudi mendoakan. Alhamdulillah ibu dan anak sihat.

Assalamualaikum sayang. Selamat datang ke bumi Allah S.W.T. Awak ada dua ibu tau! We love you Dayana & tahniah B! Awak dah jadi ayah!.

anak wan sakinaha ashraf muslim

Terharunya Abang Nara membaca kata-kata Wan Sakinah. Memang beruntung si anak kerana mendapat 2 orang ibu untuk memberikannya sepenuh kasih sayang. Insya Allah dengan kehadiran si comel ini, hubungan mereka sekeluarga akan lebih erat dan kukuh. Ashraf Muslim juga turut meluahkan kata-kata kesyukuran dan berterima kasih kepada isteri pertamanya, Dayana atas bantuan yang diberikan.

Bilik yg menjadi kenangan yg terindah dan menakutkan bagiku.. Terima kasih Allah.. Engkau permudahkan isteriku Sakinah melahirkan anak dgn sempurna sekali. Terima kasih sgt pada isteriku Dayana kerana memberi sokongan kuat kepada kami semua.. Indahnya berkeluarga jikalau kita sama2 mencari kebahgiaan dan merasaikan bersama2 nya erti kebahgiaan. Alhamdulillah.. Sekali lagi terima kasih Allah dan syukur terhadapnya kerana memberi alu mengenali kedua-dia isteriku yg ku sayangi ini dan anak ini ialah kunci pengikat kasih bg kami semua.. Alhamdulillah..

ashraf muslim

Sesungguhnya jelas terserlah kebahagiaan pada keluarga Ashraf Muslim ini. Nampak mereka saling menyokong dan membantu sesama sendiri. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada anda bertiga. Selamat menjaga si comel.

Written by AbangNara | February 4th, 2014

Kalau tak salah Abang Nara, kehamilan Wan Sakinah, isteri kedua Ashraf Muslim sudah pun memasuki tujuh bulan. Baru-baru ini menerusi akaun Instagramnya, Wan Sakinah telah berkongsi beberapa gambar dirinya bercuti di Pulau Langkawi bersama suami tercinta. Memang romantik dan makin terserlah “baby bump” Wan Sakinah.
wan sakinah hamil

Abang Nara yakin mereka berdua sedang teruja sekarang ini. Wajah Wan Sakinah berseri-seri seperti kebanyakan ibu mengandung di luar sana. Kalau tengok perut nampak gaya macam anak lelaki je.  Hanya tinggal 2 bulan lagi untuk Ashraf Muslim dan Wan Sakinah akan bergelar ibu bapa. Semoga semuanya berjalan lancar.

wan sakinah hamil

Tahniah buat Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semoga kebahagiaan yang ada terus berkekalan dan bertambah dengan kehadiran cahaya mata. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Potret kanak-kanak pelarian di Afghanistan