Written by AbangNara | February 4th, 2013

Pertama kali Abang Nara mendengar lagu 150 Juta nyanyian Ainan Tasneem, terus hati ini berkata “Macam pernah ku dengar lagu ini tapi di mana ya?” Fikir punya fikir, barulah teringat yang penyanyi asal lagu ini adalah Fynn Jamal.

ainan tasneem 150 juta

Balik ke rumah, Abang Nara terus membuat sedikit carian di Internet. Rupanya ramai yang marah kerana Ainan Tasneem menyanyikan semula lagu ini. Malah ada yang menggelar Ainan sebagai pencuri. Teruk jugak hentaman dan kritikan yang diterima. Namun semua itu sebenarnya adalah salah faham. Jelas Ainan Tasneem kepada Metro Ahad:-

Jangan buat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Saya tidak curi kerana syarikat rakaman sudah beli lagu itu daripada Fynn. Sebelum jual lagu ini, saya difahamkan Fynn bertanya siapa yang akan nyanyikan lagu itu. Apabila dimaklumkan nama saya, dia terus bersetuju.

ainan tasneem 150 juta

Malah, tuan empunya lagu, Fynn Jamal sendiri turut kerap mengupdate status Facebooknya untuk memberitahu peminatnya yang lagu tersebut sudah dibeli oleh pihak Ainan Tasneem dan bukannya dinyanyikan semula tanpa kebenaran. Kata Ainan lagi:-

Selalu juga kami berhubung di Internet dan dia tahu isu ini. Dia cuba sedaya upaya membersihkan nama saya dengan menjelaskan di laman Facebook miliknya bahawa dia sudah jual lagu itu dan saya bukan mencuri seperti mana digembar-gemburkan.

Jadi kepada peminat-peminat Fynn Jamal, janganlah dikecam lagi si comel Ainan Tasneem ini. Kesemua yang dilakukan adalah mengikut saluran yang betul. Apa pun, lirik lagu 150 Juta tue not bad jugak sebenarnya. Kelakar dan memang style orang muda sekarang. Tak gitu?

P.S: Umur 50 tahun tapi makcik dari Korea ini nampak macam 30-an

Written by AbangNara | July 17th, 2012

Siapa Fynn Jamal? Sebenarnya persoalan itu tidak penting namun haruslah Abang Nara terangkan juga serba sedikit agar anda tahu identiti orang yang anda ingin bantu ini.. Selain popular dengan dengan lagu yang bertajuk 150 juta, Fynn Jamal merupakan seorang pemuzik, penulis dan penyajak yang bergerak secara indie.

fynn jamal

Fynn Jamal sudah pun berkeluarga dan telah dikurniakan seorang cahaya mata. Namun sesuatu yang sangat-sangat tidak diingini oleh mana-mana ibu bapa telah terjadi kepada anaknya, Juna. Juna harus menjalani pembedahan sebelum jantung membengkak dan kos untuk melakukannya mencecah RM35 ribu. Ini tulisan Fynn Jamal menerusi Facebooknya hari ini.

assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuhu.

nama saya fynn jamal, dan saya meminta jasa baik sesiapa sahaja yang sudi untuk membantu saya mencari dana untuk anakanda saya Bakti Arjuna Fitri untuk pembedahan jantung.

kami perlu mencari rm 35 ribu dalam masa terdekat ini sebelum jantung anakanda saya bengkak. anakanda saya berumur 1 bulan 2 minggu dan besarlah harapan saya kalau2 ada sesiapa yang sudi menderma walau sekecil mana. jenis pembedahannya adalah seolah bypass di mana dadanya akan dibuka utk memperbetul lubang di jantungnya.

kalau mahu diganti, berilah nama dan jumlah. saya berjanji akan memulangkan wang tuan / puan bila saya ada wangnya. insyaAllah sebelum hujung tahun ini.

panjang2kanlah rayuan saya ini. moga2 ada yang dapat membantu kami anak beranak.

nur affina yanti binti jamalludin
maybank
164810008992

terima kasih.

Namun ketika ini akaun Maybank tersebut telah pun disekat oleh pihak Maybank. Atas kerjasama rakan-rakan Fynn Jamal, anda boleh membantunya menerusi akaun Maybank Noh Hujan – 564276053946. Bantulah Fynn Jamal sebanyak mana anda termampu dan seikhlas hati anda. Semoga dengan bantuan kita ini dapat meringankan bebannya.

fynn jamal

Untuk mengetahui sebarang info lanjut, bolehlah ke Facebook Fynn Jamal. Terima kasih.

UPDATE: Dana yang diperlukan sudah pun mencukupi. Terima kasih kepada mereka yang sudi menderma.