Written by Bella | April 29th, 2016

Mira Filzah tidak menolak kemungkinan ada pihak yang cuba menjatuhkan maruahnya sebagai wanita bertudung apabila baru-baru ini foto beliau beraksi lucah yang telah diedit menjadi viral di Internet.

Walaubagaimanapun, Mira merasa sedikit lega apabila peminat beliau tidak mudah terpengaruh dengan foto berkenaan dan meghukum beliau.

Saya tidak rasa populariti saya sebagai pelakon ada kena mengena dengan perbuatan ini tetapi ia lebih kepada niat tidak baik pihak berkenaan yang saya sendiri tidak tahu siapa atau apa tujuannya.

Bagaimanapun saya lega kerana peminat dan masyarakat tidak terpedaya dengan gambar tersebut kerana jelas ia telah di edit.

Mira menjelaskan gambar berkenaan diambil ketika beliau sedang memegang makanan yang ditaja bersempena sambutan hari jadinya yang diadakan oleh kelab peminatnya dan bukannya memakan jeli berbentuk kemaluan lelaki seperti yang tersebar sebelum ini.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | April 14th, 2016

Sebelum ini foto Mira Filzah beraksi lucah dengan menjilat jeli berbentuk kemaluan lelaki menjadi viral di Internet. Ramai sebenarnya yang tidak percaya bahawa gadis bertudung seperti beliau melakukan aksi berkenaan yang menimbulkan pelbagai kontroversi.

Foto yang telah menjadi viral sejak beberapa hari lepas

Tidak mahu terus dikritik, Mira menerusi akaun Instagram rasmi miliknya mendakwa foto itu telah diedit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mira turut memuat naik foto yang sebenarnya didalam penjelasan beliau.

Mira yang tidak mengetahui dalang disebalik penyebaran foto tersebut menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT. Buat Mira, ia bukan tugas beliau untuk menghukum.

Assalamualaikum.  Rasanya, rata rata pun dah tahu gambar diatas (iaitu gambar sebenar) yg telah DI-EDIT tersebar.

Dan tak perlulah Mira tunjuk atau upload disini gambar yg telah di-edit. Cukuplah Mira tampil di sini, nak bagitahu, nak tunjuk, ini adalah GAMBAR YG SEBENAR.

Penjelasan lebih lanjut? Ada di Melodi nanti. Cuma skrg ni, bg Mira, benda2 mcm ni, biarlah Allah shj yg membalas. Mira pun tak tahu siapakah disebalik dalang perbuatan ini, tapi Allah tahu. Bukan tugas Mira utk menghukum.  Terima kasih.

Mesti ada pihak yang cemburu kerana nama Mira Filzah kini sudah semakin naik, bersabar lah Mira. Dalam dunia ini kita tidak boleh puaskan hati orang, kadang-kadang kalau kita tidak buat salah pun ada juga orang yang tetap dengki.

Sumber Berita : Instagram Mira Filzah Official