Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Sila Namakan Fesyen Tudung Terbaru Siti Nurhaliza

Friday, March 27th, 2009

gambar tudung terbaru siti nurhaliza

Pening kepala kami setiap kali gambar terbaru Siti Nurhaliza keluar di Internet. Bukan apa, setiap kali ada gambar baru, mesti fesyen tudung Dato Siti Nurhaliza bertukar-tukar.

Kalau sebelum ini ada fesyen tudung saji, kali ini dah bukan tudung saji dah tapi dia pergi bantai pakai serkup pulak. Mungkin nama yang paling sesuai untuk fesyen ini boleh dipanggil tudung serkup?

Selalunya nenek kami di kampung yang pakai penutup kepala style macam ini masa tengah mesin kelapa. Lagi gambar-gambar fesyen tudung terkini Siti Nurhaliza yang mampu menimbulkan amarah dalam diri dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

(GAMBAR)Siti Nurhaliza Ayu Bertudung Litup Di Sirah Junjungan

Tuesday, March 24th, 2009

gambar siti nurhaliza bertudung litup

Wahhhh(baca dengan mulut terlopong), semenjak dua ini Dato’ Siti Nurhaliza makin ayu bertudung penuh. Siap pakai baju ala-ala jubah lagi tue.

Nampak manis sangat gambar terbaru Siti Nurhaliza bertudung litup semasa teater muzikal Sirah Junjungan Tahajud Cinta.

Harap-harap Dato’ Siti kekalkan la ye cara pemakaian tudung yang sebegini. Memang nampak sesuai sangat. Kami kurang minat nak tengok gambar-gambar Dato’ Siti Nurhaliza pakai selendang, tudung separuh dan tudung saji.

Lagi gambar terbaru Dato’ Siti Nurhaliza bertudung litup menyerlahkan keayuannya semasa teater Sirah Junjungan baru-baru ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

Fesyen Tudung Siti Nurhaliza, Tudung Ke Tudung Saji?

Monday, March 16th, 2009

Mungkinkah gambar fesyen tudung Dato’ Siti Nurhaliza di atas bakal menjadi ikutan ramai wanita-wanita di Malaysia? Misteri sungguh jenis tudung yang dipakai oleh Dato’ Siti.

Nak kata selendang pun bukan, nak kata macam tudung Ekin pun bukan dan semestinya tudung di atas bukannya tudung bawal. Sekali dua tengok macam cengkerang siput pun ada jugak.

Mungkinkah Dato’ Siti Nurhaliza terpaksa menggunakan tudung bibitnya sebab tak sempat nak gosok selendang-selendangnya? Bagi yang tahu apa jenis tudung yang dipakai oleh Siti Nurhaliza nie, tolong kongsi-kongsi info dengan kami ye.

Luahan Hati Seorang Peminat Kepada Dato’ Siti Nurhaliza

Monday, March 2nd, 2009

gambar terbaru siti nurhaliza

Ke hadapan Dato Siti Nurhaliza yang disayangi,

Saya sebenarnya terharu sangat bila Dato Siti cakap yang Dato nak pakai tudung selepas balik umrah. Saya bangga sangat masa tue. Iyalah, Dato dah nak berubah kepada lebih baik. Saya pun terus terasa nak pakai tudung sebab nak jadikan Dato idola saya.

Tapi Dato Siti, apa yang saya tengok sekarang bukannya tudung yang Dato’ pakai. Kalau dulu saya masih boleh terima cara pemakaian tudung Dato’. Biasalah nampak rambut sikit-sikit dekat depan. Mungkin tak sedar tudung dah senget. Tapi sekarang nie, kalau tengok gambar yang saya kepilkan nie pun dah tau yang Dato’ pakai tue bukannya tudung tapi sekadar penutup kepala.

Dato’ sedar tak yang leher Dato’ yang jinjang tue terserlah jelas bila Dato buat fesyen macam nie. Rambut yang terkeluar tue mmg nampak macam dah sengaja keluarkan dah. Saya kecewa sangat-sangat. Ini bukan janji Dato’ yang dulu. Kalau tak boleh tunaikan janji, bukak ajerlah selendang tue Dato’. Tak payah pakai terus, nanti takut ramai yang terikut fesyen Dato’ nie. Dato jugak yang dapat dosa.

Eh, Dato’ kata ini satu jer gambar yang nampak leher Dato’? Jangan cakap macam tue Dato’. Kalau Dato’ tak percaya, Dato’ baca surat saya nie sepenuhnya. Banyak lagi gambar yang saya dah kepilkan untuk Dato’ renung balik janji-janji Dato dahulu.

(more…)