Written by serenity | May 8th, 2013

Nur Fazura kini kembali aktif dalam bidang seni. Khabarnya mencanak-canak tawaran lakonan yang diterima sejak beliau aktif semula, dan ini sememangnya sesuatu yang bagus untuk perkembangan kerjaya beliau. Antara perkembangan terbaru Fazura ialah, beliau memegang watak utama di samping artis popular 2012, Shaheizy Sam untuk drama bersiri 13 episod “Kisah Cinta” yang sedang disiarkan di TV3 untuk slot Lestary, sejak semalam.

Di samping itu, Fazura juga memegang watak utama untuk filem adaptasi novel tulisan Anis Ayuni iaitu “Manisnya Cinta”, memegang watak Ifti Liyana, juga sebagai pelakon utama di samping Shaheizy Sam. Filem ini sedang dalam penggambaran, diarahkan oleh Bernard Chauly dan diterbitkan oleh Red Films.



Baru-baru ini, Fazura sebagai duta Lux telah mengadakan sesi ramah mesra bersama peminat di Subang Jaya, Selangor. Lagi 16 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar, Fanpage Lux Malaysia.


Jangan Lupa untuk datang beramai-ramai ke Bazar Seni Industri Budaya 2013 pada 11-12 Mei ini (Sabtu dan Ahad). Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk semua pengunjung. Mari kita berkunjung sambil bersantai seni!

 
Written by AbangNara | March 27th, 2013

Akhirnya pelakon jelita, Nur Fazura tampil menjelaskan pendiriannya yang enggan beraksi mesra dengan mana-mana pelakon lelaki. Ramai yang beranggapan Fazura tidak mahu langsung bersentuhan dengan lelaki apabila berlakon sehingga menimbulkan persoalan tentang gandingan terbarunya bersama Shaheizy Sam.

fazura shaheizy sam

Ditemui ketika majlis pelancaran drama terbarunya yang bertajuk Kisah Cinta, Fazura tampil memberi penjelasan. Kata Fazura:-

Selepas membuat kenyataan itu, ramai yang ingat saya tidak mahu bersentuhan langsung dengan lelaki apabila berlakon. Tetapi bukan itu maksud saya. Sebaliknya saya hanya tidak mahu beraksi terlebih mesra seperti berpelukan atau berada di atas katil dengan pelakon lelaki. Jika bersentuhan sedikit seperti menyentuh tangan, ia masih lagi boleh.

fazura shaheizy sam

Fazura juga melahirkan rasa terkejutnya apabila tindakannya menolak tawaran watak seksi dan ranjang turut menimbulkan spekulasi kononnya dia ingin menunjuk baik atau sengaja mahu menyindir pelakon-pelakon lain. Kata Fazura:-

Jika orang anggap saya mahu sindir pelakon-pelakon lain, itu salah kerana apa yang saya lakukan itu adalah prinsip saya yang tidak membabitkan orang lain

fazura shaheizy sam

Abang Nara suka dengan prinsip yang diamalkan oleh Fazura. Perlahan-lahan perubahan dilakukan adalah lebih baik daripada tiada langsung. Semoga Fazura satu hari nanti akan terus langsung tidak melakukan sentuhan dengan mana-mana lelaki ketika berlakon. Good luck and all the best to Fazura. Info asal Mstar Online.

P.S: Wanita yang hidupnya serba terbalik

Written by AbangNara | March 4th, 2013

Nama Nur Fazura sememangnya sudah dikenali di dalam dunia hiburan Malaysia. Sementara itu, Hanis Zalikha adalah bintang baru yang kini namanya semakin disebut-sebut oleh banyak pihak.

fazura hanis

Kedua-duanya telah hadir ke malam Bella Awards baru-baru ini. Dan kedua-duanya nampak sangat menawan di dalam pakaian masing-masing. Rasanya kalau seorang lelaki disuruh membuat pilihan antara Fazura dan Hanis, pasti mengambil masa berminggu-minggu.

fazura hanis

10 lagi gambar kedua-dua cantik manis Fazura dan Hanis Zalikha dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Fazura dan Instagram Hanis Zalikha.

 
Written by AbangNara | February 24th, 2013

Nampaknya masalah gigi kuning Abang Nara akan selesai tidak lama lagi. Ini kerana Colgate telah muncul dengan produk Optic White dan melantik si cantik manis Nur Fazura sebagai dutanya. Tak lama lagi confirm Abang Nara akan tampil dengan gigi putih berseri macam Fazura.

nur fazura

Rezeki Nur Fazura pada tahun 2013 nampaknya semakin dimurahkan. Selain dilantik menjadi duta produk Colgate Optic White, Fazura juga kini kembali aktif berlakon. Malah dengar ceritanya, Fazura berharap agar tahun ini dapat mendirikan rumahtangga bersama orang tercinta.

nur fazura

Semoga tahun 2013 akan membawa lebih banyak kebahagiaan, peluang pekerjaan dan rezeki yang lebih banyak buat Fazura. Tahniah diucapkan atas perlantikan ini. Lagi 6 keping gambar Nur Fazura sebagai duta Colgate Optic White dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Colgate Malaysia.

P.S: Google Glass, cermin mata pintar dengan alat kawalan suara