Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(GAMBAR)Fasha Sandha Hisap Rokok Dengan Machonya

Monday, February 1st, 2010

fasha sandha hisap rokok

Fasha Sandha. Satu nama yang sentiasa penuh dengan kontroversi. Kontroversi dengan Facebook I Hate Fasha Sandha, kontroversi gambar mesra dengan bekas suami Nora Danish dan hari ini kontroversi gambar Fasha Sandha hisap rokok. Katanya gambar nie diambil semasa sambutan hari jadi Fasha Sandha.

Kami taknak salahkan Fasha Sandha kerana merokok. Kami pun ramai jugak kawan-kawan perempuan yang hisap rokok. Cuma nasihat kami kepada artis-artis Malaysia nie, kalau boleh janganlah amik gambar time tengah hisap rokok ke, pegang botol arak ke, menari tak ingat dunia ke. Anda tue tumpuan ramai. Jadi berhati-hatilah dengan kelakuan anda.

Lagi gambar Fasha Sandha dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar ehsan ZonArtis.

(more…)

Facebook I Hate Fasha Sandha, Sukarnya Jadi Seorang Selebriti

Tuesday, January 26th, 2010

fasha sandha

Ciannya kami kat Fasha Sandha. Bukan senang nak jadi selebriti, ada yang suka dan ada yang tak suka. Dan dengan bantuan teknologi sekarang nie, makin senang untuk orang ramai meluahkan rasa benci mereka kepada seseorang. Bagi kami itu tak salah asalkan berpada-pada. Janganlah sampai kutuk melampau-lampau.

Dari apa yang kami dengar, group Facebook I Hate Fasha Sandha dah mencapai 40,000 fans sebelum didelete kerana ada komen-komen yang kurang bernas. Untuk pengetahuan anda, jumlah fans yang join group I Hate Fasha Sandha nie lebih ramai daripada group fans Fasha Sandha yang sebenar. Kalau nak wat kesimpulan mudah, maknanya lagi ramai orang tak suka Fasha berbanding orang sayang dengan dia.

Dan semalam kami check group Facebook I Hate Fasha Sandha nie dah pun dicreate semula. Setakat semalam dah ada lebih kurang 1,000 fans. Rasanya tak lama lagi akan makin bertambah tue. Adakah bakal mencecah 40,000? Itu kita sendiri kena tunggu nanti.

Buat Fasha Sandha, amiklah kewujudan group Facebook yang membenci anda ini sebagai satu motivasi untuk berubah sikap dan menunjukkan contoh yang baik. Orang takkan benci kita kalau kita tak buat salah. Tak gitu? Ini semua lumrah dunia. Harap anda terus tabah dan maju.

P.S: Kalau sesapa rasa nak jadi fans FB tue, pepandai la korang search ek. Tak elok rasanya sebarkan kat sini.

(GOSIP)Abang Nara Menolak Cinta Fasha Sandha?

Friday, January 22nd, 2010

abang nara

Tengah syok-syok melayari Internet semalam, tiba-tiba ada sorang member kitorang bagitau yang gosip cinta kami dengan Fasha Sandha telah dikeluarkan. Alamak, macam mana nie? Terbongkar sudah segala rahsia. Kalau nak baca sila klik di sini:-

P.S: Artikel ini sebagai cuma untuk menghargai blogger-blogger yang kami sudah jumpa di alam nyata. Bukan nak syok sendiri ek. Sangat-sangat berterima kasih dengan para blogger semua yang membantu memfemeskan BeautifulNara.

10 Gosip Paling Popular 2009 Di BeautifulNara

Tuesday, December 22nd, 2009

Tahun 2009 hanya tinggal beberapa hari saje lagi. Untuk dunia artis Malaysia, tahun 2009 memang banyak gosip-gosip panas, kes-kes panas, perkahwinan hangat, penceraian terkejut dan macam macam lagi la. Tapi apakah 10 gosip@artikel yang paling popular untuk tahun 2009 di BeautifulNara?

Untuk mengakhiri tahun 2009, kami kumpulkan kepada anda 10 gosip, cerita artis ataupun artikel paling panas dan paling popular untuk tatapan anda. Buat anda yang baru nak berjinak mengenali artis Malaysia, mungkin 10 artikel ini mampu memberi gambaran sebenar tentang dunia artis tanah air kita.

Jom layan 10 gosip@cerita artis paling popular 2009 BeautifulNara. Ranking ini ditentukan oleh jumlah keseluruhan pembaca yang view setiap artikel.

  1. Koleksi Gambar Terlampau Azizah Mahzan
  2. Gambar Manohara Odelia Pinot Berparti Sakan
  3. 10 Gambar Artis Paling Seksi Tahun 2009
  4. Gambar Aksi Terlampau Intan Sarafina Dan Rakan-Rakan
  5. Gambar Aliff Aziz Bercium Penuh Penghayatan
  6. Gambar Artis Malaysia Melalak Di Karaoke
  7. Gambar Fasha Sandha Dan Rizal Di Litar Kereta
  8. Gambar Tiz Zaqyah Pulak Bersosial
  9. Gambar Panas Sharifah Jasmine Soraya
  10. Gambar Munna Hafiraniza Dan Aksi Cium Bersama Pakwenya

Korang nie memang suka betul ngan Nek Jah tue. Semua benda dia nombor satu. Takder can dah artis lain nak menang. Memang ramai betul peminat dia kat sini ek?

Nanti kami akan keluarkan carta 10 artis wanita paling hangat untuk tahun 2009. Tunggu ~~~~~~~~~~

(GAMBAR)Artis Malaysia Di Malaysia International Fashion Week

Wednesday, November 11th, 2009

malaysia international fashion week

Mak aih comel gile Diana Danielle masa Malaysia International Fashion Week (MIFW). Cute tahap Hagemaru dah nie. Fasha Sandha pun apa kurangnya gak. Terserlah keayuan ngan baju berwarna putih. Senyuman pun manis gitu. Boleh cair gak dibuatnya kalau tenung lama-lama gambar diorang nie. Tak gitu?

Ramai jugak artis-artis wanita popular Malaysia macam Anita Sarawak, Dynas, Yasmin Hani dan ramai lagilah yang join buat catwalk kat MIFW nie. Dari pemerhatian kami yang jahil fesyen nie, mantap-mantap gak rekaan designer-designer Malaysia nie. Menyerlah kecantikan, keayuan dan kemanisan artis-artis kita. Tahniah kepada pereka-pereka baju untuk MIFW.

Lagi gambar-gambar artis wanita Malaysia semasa MIFW dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar kredit kepada Facebook Sam Kassim.

(more…)