Written by AbangNara | February 19th, 2013

Akhirnya wajah si comel anak hasil perkongsian hidup Faezah Elai dan Heykal Hanifah dapat juga ditatap oleh peminat-peminatnya. Pasangan ini telah sepakat untuk memilih nama Dealova Heyrinna Heykal untuk anak sulung mereka ini.

anak faezah elai

Pastinya Faezah Elai dan Heykal Hanifah sedang teruja membesarkan anak mereka. Banyak cabaran yang akan ditempuhi namun semua itu pasti berbaloi. Anak Abang Nara pun baru lepas baik demam. Semoga Dealova Heyrinna membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah untuk kedua ibu bapanya.

anak faezah elai

5 lagi gambar Dealova Heyrinna Heykal dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Banjir kilat di Puchong semalam.

 
Written by AbangNara | February 7th, 2013

Jutaan tahniah diucapkan kepada Faezah Elai dan suaminya, Heykal Hanafiah atas kelahiran bayi sulung hasil perkahwinan mereka. Faezah telah melahirkan bayi tersebut di Prince Court Medical Centre kira-kira jam 7.30 malam semalam.

faezah elai

Faezah dan Heykal masih belum berkongsi sebarang info (jantina, berat dan lain-lain) bayi mereka. Semoga Faezah dan bayi sihat tanpa sebarang masalah. Tahniah sekali lagi Abang Nara ucapkan.

P.S: Bayi ini bangun tidur terus menari Gangnam Style.

Written by AbangNara | August 8th, 2012

Rezeki bulan Ramadhan nampaknya apabila Faezah Elai hari ini mengumumkan yang dirinya sudah pun mengandung. Untuk makluman, Faezah Elai telah berkahwin dengan Heykal Hanafiah kira-kira setahun yang lepas. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Faezah Elai dan suami.

faezah elai mengandung hamil

Buat masa ini tidak ada info lanjut yang dikongsikan oleh Faezah Elai mengenai kehamilannya. Diharap Faezah Elai dapat menjaga dirinya daripada melakukan aktiviti lasak. Tahniah sekali lagi kepada pasangan suami isteri ini.

Written by AbangNara | August 3rd, 2012

Faezah Elai yang turut hadir ke majlis berbuka puasa Astro baru-baru ini tetap nampak cantik walaupun hanya memakai baju kurung biru sahaja. Benarlah kata orang, kalau dah cantik tue, pakai apa pun cantik jugak. Patutlah wife Abang Nara selalu kata Abang Nara hadnsome walaupun hanya memakai singlet di rumah.

faezah elai

Tahun ini juga merupakan tahun pertama Faezah Elai berpuasa dan berhari raya sebagai seorang isteri. Semoga segalanya dilancarkan untuk Faezah Elai. Pasti Faezah teruja bangun pagi untuk memasak sahur buat suaminya. 3 lagi gambar Faezah Elai di majlis berbuka puasa Astro dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Adakah asteroid aphophis akan menghentam bumi pada tahun 2036?