Written by AbangNara | May 7th, 2013

Setiap kali melihat rancangan Primadona di Astro, wife Abang Nara mesti memuji kecantikan Erra Fazira. Kata wife Abang Nara, kulit wajah Erra Fazira sangat mulus. Memang nampak berseri-seri dan bersinar bak puteri.

estee lauder

Rupa-rupanya rahsia di sebalik kemulusan wajah Erra Fazira ialah Estee Lauder. Untuk makluman, Erra Fazira adalah duta produk kosmetik antarabangsa ini. Terbaru, Estee Lauder melancarkan Advanced Night Repair, sebuah produk anti penuaan yang merawat kulit ketika tidur. Patutlah muka Erra Fazira nampak muda je!!

estee lauder

Abang Nara quote sikit kata-kata Erra Fazira yang telah menggunakan produk Advanced Night Repair daripada Estee Lauder ini:-

Kulit saya kelihatan lebih cerah dan berseri. Malah, wajah saya tidak pernah secantik ini sebelum menggunakan Advanced Night Repair. Cara penggunannya yang mudah iaitu hanya 5 titisan di wajah sebelum menggunakan pelembam di waktu pagi dan malam. Kalau sibuk sangat, saya akan tambah bilangan titisan untuk memastikan kulit diperbaiki secara semulajadi.

estee lauderMenarik kan kelebihan Advanced Night Repair daripada Estee Lauder nie? Abang Nara yang lelaki ini pun teruja rasa nak guna. Teknologi Chronolux yang digunakan membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garisan kedutan dan perubahan warna kulit. Untuk makluman, Advanced Night Repair ini tercipta hasil kajian bertahun-tahun oleh pihak Estee Lauder untuk memberikan yang terbaik buat pengguna mereka.

estee lauder

Abang Nara ingat nak hadiahkan sebotol Advanced Night Repair Estee Lauder ini buat isteri yang tersayang suatu hari nanti. Harganya pun tidaklah mahal sangat jika dibandingkan dengan kesan yang diberi kepada kulit. Untuk makluman lanjut, layari www.esteelauder.my atau LIKE Facebook Estee.Lauder.my.

Written by AbangNara | March 29th, 2013

Susulan entri “Luahan Hati Seorang Pembaca Yang Kecewa Dengan Rancangan Primadona“, penerbit rancangan tersebut hari ini menerusi Sinar Harian mengucapkan terima kasih kepada penonton prihatin yang sentiasa memberikan komen untuk memperbaiki lagi mutu rancangan ini.

primadona

Penerbit Eksekutif Primadona, Noor Haina Itam menjelaskan yang kesemua pakaian pengacara Primadona disediakan oleh diri mereka sendiri kecuali Raja Azura. Kata Haina:-

Sejak awal lagi, kita sudah ingatkan kepada mana-mana pengacara bahawa mereka hanya dibenarkan memakai skirt di bawah paras lutut dan Erra serta Rozita mengikut peraturan itu. Jadi, selalunya jika mereka memakai skirt, mereka akan pakai skirt di bawah paras lutut. Namun kita menerima secara positif komen daripada penonton dan selalunya pihak produksi dan pengacara akan berjumpa untuk memperbaiki segala kelemahan. Terima kasih kepada penonton yang prihatin dengan perkara itu.

primadona

Haina juga turut memberitahu yang rancangan Primadona adalah program universal dan pengacara akan berpakaian mengikut kesesuaian episod. Haina juga turut menegaskan yang pakaian pengacara-pengacara ini juga semakin sopan sejak kebelakangan ini. Untuk makluman, program Primadona akan bersiaran secara langsung bermula 3 Mei ini dan akan mengekalkan keempat-empat pengacara sama jika tiada aral melintang.

Written by AbangNara | March 26th, 2013

Lama juga rasanya tidak mengeluarkan luahan hati pembaca BeautifulNara. Bukan tidak mahu tetapi memang tiada email menarik yang boleh dikongsikan. Namun semalam, sepucuk email yang melahirkan rasa kecewanya dengan rancangan Primadona berjaya menarik perhatian Abang Nara.

rancangan primadona

Secara jujur, bagi Abang Nara rancangan Primadona agak menarik kerana topik-topik yang dibincangkan memang santai. Malah gabungan Rozita Che Wan, Erra Fazira, Kak Engku dan Ziela Jalil juga boleh dikatakan berjaya. Namun pembaca ini meluahkan rasa kecewannya kerana pengacara-pengacara ini kurang sensitif dengan status tetamu yang hadir.

Saya ada menonton program bual bicara Primadona yang bersiaran pada 22.03.2013, hari Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Mustika HD. Topik yang dibincangkan pula adalah “Kahwin Muda”.

 

Manakala tetamu dan artis jemputannya pula adalah, Anne Ngasri, Ustazah Zawiah Hassan, dan Mohd Razlan Mohamed Yusof (Lan Kristal). Apa yang amat mengecewakan saya adalah para pengacara iaitu Erra Fazira, Rozita Che Wan dan Raja Azura serta pihak penerbitan tidak sensitif dengan pemakaian.

 

Anda menjemput seorang USTAZAH untuk menghadiri rancangan anda tetapi anda sendiri tidak menghormati tetamu itu. Perlu ke untuk memakai pakaian/dress paras lutut. Tidakkan mereka peka dengan pemakaian mereka untuk disesuaikan dengan tetamu jemputan itu.

 

Memang seksi itu hak mereka tetapi sebagai perempuan yang matang, malah seorang ibu, tidak ada rasa malu ke terhadap ustazah itu. Sama ada pihak penerbitan yang bodoh kerana tidak peka ataupun pengacara itu sendiri yang bodoh kerana mengikut apa yang diberikan oleh oihak wardrobe.

 

No wonder la status ketiga-tiga pengacara itu pun tah kemana-mana. Saya di sini bukanlah nak memandai-mandai, tetapi sekadar hendak memberi teguran Kalau umur dah tua mcm tu tak boleh nak ditegur, tak payah la nak jadi manusia. Fikir-fikirkanlah.

 

Saya pun bukanlah sebaik ustazah tersebut. Saya sebagai pelanggan Astro, malah semua pelanggan Astro ni ibarat boss anda semua sebab mana nak dtg duit kalau bukan kami semua yang bayar bil.

 

Jadi buat la rancangan yang bagus, berminda dan lebih sensitif terhadap sekeliling anda. Harap maaf kalau terkasar bahasa. Terima kasih.

Ada betulnya juga kata si pembaca ini kan? Mungkin selepas ini produser dan para pengacara Primadona akan lebih prihatin. Apa pula kata anda?

rancangan primadonaP.S: Maxi dress, peplum dress dan blouse yang sesuai untuk hijab fashionista. Berlengan panjang, dan tidak jarang di ilhamkan oleh EDZ. Setiap helai dress dijahit teliti, kemas, dan sangat istimewa. Lawati www.edz.com.my atau butik EDZ di Bandar Baru Bangi. Like Facebook EDZ.

Written by serenity | February 7th, 2013

Fazira Wan Chek, atau lebih dikenali di kalangan peminat seni tempatan sebagai Erra Fazira telah muncul di kulit muka hadapan majalah InTrend keluaran Februari.

Erra telah mengeluarkan komen yang dipaparkan oleh majalah tersebut, meminta orang ramai tidak bertanya tentang rumahtangganya, sebalikya meminta didoakan saja (rumahtangganya).

Sepanjang tahun lepas, kisah rumahtangga Erra agak heboh diperkatakan di media konvensional mahupun sosial, apabila timbul cakap-cakap yang suami Erra telah berkahwin lain. Ada juga sumber yang tidak dapat disahkan menyatakan pasangan ini sudah bercerai, namun menyembunyikannya.

Apa pun, betul juga kata Erra, lebih baik didoakan rumahtangganya dari terus membuat spekulasi, kan?

Dan yang nyata sekali Erra yang tampak tidak dimakan usia sememangnya gorgeous dalam gambar-gambar yang dipaparkan dalam majalan InTrend. Sekiranya anda ingin melihat gambar Erra yang lain, sila dapatkan naskhah Februari InTrend di pasaran!

***

Adakah anda seorang penggiat dalam bidang seni dan budaya di negara ini? Kami mengalu-alukan anda untuk mendaftar dengan kami.

Dari sekolah rendah hingga tiada had umur, walau apa jua bidang seni dan budaya yang anda ceburi (tarian, muzik, teater, filem, drama, permainan tradisional, muzik tradisional, nasyid, pertahanan diri dan lain-lain), kami memerlukan maklumat anda. Sila ke http://www.jkkn.gov.my/ untuk mendaftar dengan kami secara online!