Fazira Wan Chek, atau lebih dikenali di kalangan peminat seni tempatan sebagai Erra Fazira telah muncul di kulit muka hadapan majalah InTrend keluaran Februari.

Erra telah mengeluarkan komen yang dipaparkan oleh majalah tersebut, meminta orang ramai tidak bertanya tentang rumahtangganya, sebalikya meminta didoakan saja (rumahtangganya).
Sepanjang tahun lepas, kisah rumahtangga Erra agak heboh diperkatakan di media konvensional mahupun sosial, apabila timbul cakap-cakap yang suami Erra telah berkahwin lain. Ada juga sumber yang tidak dapat disahkan menyatakan pasangan ini sudah bercerai, namun menyembunyikannya.

Apa pun, betul juga kata Erra, lebih baik didoakan rumahtangganya dari terus membuat spekulasi, kan?
Dan yang nyata sekali Erra yang tampak tidak dimakan usia sememangnya gorgeous dalam gambar-gambar yang dipaparkan dalam majalan InTrend. Sekiranya anda ingin melihat gambar Erra yang lain, sila dapatkan naskhah Februari InTrend di pasaran!
***
Adakah anda seorang penggiat dalam bidang seni dan budaya di negara ini? Kami mengalu-alukan anda untuk mendaftar dengan kami.

Dari sekolah rendah hingga tiada had umur, walau apa jua bidang seni dan budaya yang anda ceburi (tarian, muzik, teater, filem, drama, permainan tradisional, muzik tradisional, nasyid, pertahanan diri dan lain-lain), kami memerlukan maklumat anda. Sila ke http://www.jkkn.gov.my/ untuk mendaftar dengan kami secara online!

1. Hattan dan Farah Asyikin – masjid yang dibina hanya mampu bertahan selama 2 bulan sahaja. Berkahwin pada November 2011, Hattan sah menceraikan isterinya pada bulan Januari 2012 dengan talak satu. Hattan juga enggan mengulas lebih lanjut tentang punca penceraian mereka. (
2. Chef Riz dan Ana Dahlia – penceraian yang mengejutkan banyak pihak. Perkahwinan mereka tidak sempat mencapai usia 1 tahun. Chef Riz mengakui yang tiada persefahaman sepanjang melayari bahtera rumahtangga. Sementara itu Ana Dahlia memberitahu yang Chef Wan mengetahui penceraian itu bukannya berpunca daripada pihaknya.(
3. Adda Butterfly dan Ridzuan – Adda hanya sempat bergelar isteri selama 17 hari sahaja sebelum sah diceraikan oleh suaminya. Memang mengejutkan kerana sebelum ini majlis perkahwinan Adda turut dilakukan secara rahsia. Tambah mengejutkan apabila bekas suami Adda tampil memberi amaran kepada Adda agar berhenti membuat kenyataan yang mengaibkan dirinya. (

5. Jimmy Shanley dan Suhaila – setelah turun naik mahkamah untuk tempoh yang agak lama, akhirnya pada bulan Oktober 2012, Jimmy Sah menceraikan isterinya dengan tebus talak RM1. Perkahwinan mereka berdua telah dikurniakan seorang anak comel. Walaupun sudah bercerai, prosiding untuk menentukan hak penjagaan anak masih lagi berjalan buat bekas suami isteri ini. (
6. Ady Putra dan Aida - terkejut semua peminat Ady Putra dibuatnya apabila secara tiba-tiba Ady Putra memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya sekitar bulan May 2012. Terus timbul khabar angin yang menyatakan kewujudan orang ketiga di dalam hubungan mereka. Namun syukur diucapkan apabila Ady Putra dan isterinya tidak meneruskan hasrat mereka itu. Kini mereka bahagia di samping seorang anak angkat. (


10. Rita Rudaini dan Aidil – kemelut rumahtangga yang tidak habis-habis sejak tahun lepas lagi. Bukan sahaja melibatkan mereka berdua, malah nama seperti Ayu Raudhah, Jue Aziz dan Zaquan Adha turut diheret sama ke dalam kemelut ini. Sehingga ke hari ini, perbicaraan kes mereka masih lagi berlangsung di mahkamah. (


