Written by Bella | March 20th, 2017

Lama juga kan pelakon Emma Maembong dan Kamal Adli berpacaran. Tidak dinafikan, ramai yang suka melihat pasangan ini bersama, kalau boleh biarlah hubungan mereka ini dapat berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Namun, Emma sendiri memberitahu buat masa ini mereka berdua tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Kamal juga mahu Emma memberikan tumpuan kepada kerjayanya.

Sebenarnya susah untuk saya berkongsi tentang perkahwinan. Dia mahu saya fokus kepada kerjaya dahulu. Sejak saya masuk dalam industri setiap tahun akan cerita saya hendak kahwin tapi sampai sekarang tidak kahwin-kahwin juga.

Orang pun mungkin muak untuk dengar, saya sedar mungkin kerana saya terlalu terbuka untuk berkongsi kisah cinta sehingga membuatkan orang mahu kami berkahwin. Tapi jodoh bukan di tangan kita entah-entah saya berkawan sahaja dengan Kamal tapi kahwin dengan orang lain pula nanti.

Berbicara mengenai status terkini hubungan beliau bersama Kamal, Emma hanya menjawab Kamal adalah seorang kawan lelaki paling rapat dengannya.

Dia bukan lelaki istimewa dalam hidup saya kerana lelaki istimewa adalah bapa saya. Jika dia menjadi suami saya barulah boleh dipanggil lelaki istimewa. Buat masa ini dia adalah kawan lelaki yang paling rapat dengan saya.

Peminat hanya ingin yang terbaik buat Emma dan Kamal kerana kedua-duanya pernah melalui episod duka dalam percintaan sebelum ini. Apa-apa pun, segala keputusan terletak di tangan mereka. Kalau ada jodoh ada lah. Tak gitu?

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | June 1st, 2015

Meskipun  Kamal Adli dan Emma Maembong masing-masing tidak menjelaskan status hubungan mereka, peminat sudah boleh meneka dan tampak bahawa mereka berdua cukup serasi bersama dan mungkin sedang menjalinkan hubungan lebih daripada seorang kawan.

Jika sebelum ini Intan Ladyana mendoakan agar bekas kekasihnya Kamal bahagia disamping Emma, kini bekas kekasih Emma pula iaitu pelawak Zizan Razak turut mendoakan perkara yang sama dan agar pasangan sensasi itu kekal sehingga ke anak cucu.

Mungkin itu yang lebih baik untuk dia, saya doakan dia dan juga Kamal bahagia sampai ke anak cucu. Saya dah Kamal tidak ada apa-apa masalah.

Berbicara soal beliau yang dihimpit kontroversi  dengan agak dasat beberapa ketika ini, Zizan menganggap ia adalah dugaan daripada Tuhan. Walaubagaimanapun, rezeki beliau masih lagi murah dan menerima pelbagai tawaran pekerjaan.

Perkara ini mudah saja. Ini macam ujian untuk saya. Allah nak tengok, masa susah ingat dia tak, masa senang ingat dia tak. Buat masa sekarang, semuanya berjalan lancar dan ketika ini terima banyak lagi tawaran. Saya mencuba sahaja. Alhamdulillah syukur, semua okay.

Mungkin perpisah Emma Maembong dan Zizan Razak ada hikmah disebaliknya. Apa-apa pun semoga Zizan terus berjaya dalam apa sahaja yang dilakukan. InshaAllah.

 

 

Written by Bella | May 26th, 2015

Sebelum ini, Emma Maembong dan Kamal Adli masing-masing enggan membuka mulut mengenai hubungan mereka, tetapi setelah foto mesra mereka tersebar di media sosial akhirnya mereka mengakui sedang berkawan rapat dan merasa selesa ketika bersama.

Emma selesa berkawan dengan dia dan antara ramai orang memang Emma rapat dengan dia. Buat masa sekarang dalam sesebuah hubungan itu kita kenal orang itu terlebih dahulu. Tapi Emma tak nak cakap banyak-banyak atau tengah dengan dia (Kamal) ke apa sebab karang kalau tak jadi orang akan cakap apa pula. Jadi biarlah masa menentukan.

Masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing, Emma dan Kamal belum lagi memikirkan soal percintaan serta meletakkan harapan yang tinggi dalam perhubungan mereka.

Kamal tak berani nak cakap apa-apa. Hubungan masih baru lagi dan tak mahu untuk bercakap kita dah sedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya atau apa cuma berserah. Sebelum ini pun saya sudah lalui benda yang betul-betul sakit pada tahun lepas, dan begitu juga dengan dia (Emma) kami banyak berkongsi masalah yang lebih kurang sama.

Lebih baik untuk kita terus membuat satu keputusan hanya kerana selesa dengan diri masing-masing. Kenali dahulu seseorang itu dengan lebih rapat dan mengenali sifat baik dan buruknya sebelum melangkah ke fasa seterusnya. Tentu sekali kita tidak mahu pisang berbuah dua kali bukan?

Sumber Berita: Rotikaya