Written by AbangNara | November 25th, 2012

Maafkan Abang Nara kerana agak lambat upload gambar-gambar sekitar kutipan derma untuk Gaza yang dianjurkan oleh selebriti tempatan. Ini satu inisiatif yang sangat baik dan harus diteruskan dari masa ke masa. Semoga usaha ini tidak hanya terhenti di sini sahaja.

gaza bn

Antara selebriti yang terlibat ialah Yatt Hamzah, Irma Hasmie, Anding, Iqram Dinzly, Diana Amir dan ramai lagi. Daripada sumber yang boleh dipercayai, kutipan yang diterima cukup memberangsangkan. Rakyat Malaysia ternyata sangat prihatin dengan isu umat Islam di Gaza.

gaza bn

Dengar khabarnya, akan ada beberapa inisatif yang akan dianjurkan oleh selebriti tempatan untuk terus membantu rakyat Gaza. Semoga urusan mereka akan dipermudahkan. 38 lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook PelangiBonda.
gaza bnP.S: Mari membeli sambil menderma kepada Tabung Palestin. 20% daripada hasil jualan telekung travel Gudang.My akan disedekahkan kepada mereka. Boleh membuat pembelian menerusi website Gudang.My atau Facebook Gudang.My.

 
Written by AbangNara | November 20th, 2012

Bersyukur Abang Nara melihat tahap kesedaran selebriti Malaysia yang sangat tinggi dalam usaha membantu rakyat Palestin yang sedang diserang rejim zionis Israel sekarang. Ini menunjukkan betapa prihatinnya artis kita di dalam membantu sesama umat Islam.

diana amir

Antara selebriti yang akan turun padang di Pavillion esok (Rabu 21 November 4.30 petang) ialah Diana Amir, Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Iqram Dinzly, Ainul Aisyah dan ramai lagi. Mereka akan berada perkarangan pusat membeli belah untuk mengutip derma daripada orang ramai di situ.

islam

Sama-samalah kita yang berkelapangan untuk turut serta dalam usaha murni ini. Kepada selebriti yang terlibat, jutaan tahniah Abang Nara ucapkan atas keprihatinan anda. Info asal Mstar Online.

Written by AbangNara | November 20th, 2012

Susulan keganasan Israel terhadap bumi Palestin, ramai selebriti Malaysia yang turut serta mengecam perbuatan ini. Antara yang aktif ialah Afdlin Shauki, yang meluahkan rasa kekecewaannya menerusi Facebook Afdlin Shauki. Yang terbaru, Heliza, Diana Amir dan Irma Hasmie turut memberikan sumbangan menerusi NGO Aman Palestin.

heliza

Abang Nara percaya sebenarnya ramai selebriti Malaysia yang turut memberikan sumbangan secara diam. Namun jangan pula anda ingatkan yang Heliza, Diana Amir dan Irma Hasmie ini gilakan publisiti. Pastinya mereka mengupload gambar sebegini untuk mengalakkan peminat turut sama memberikan sumbangan.

heliza

Sekiranya anda tiada kelapangan untuk pergi ke pejabat Aman Palestin untuk menderma, sumbangan turut boleh dilakukan menerusi SMS. Hanya perlu tai PALESTIN10 (nilai RM 10/5/3/1) dan hantar ke 39111 (Aman Palestin).

heliza

Sama-samalah kita membantu saudara kita yang sedang berperang di Gaza. Jangan lupa titipkan doa untuk kemenangan mereka. Takbir!!!

Written by AbangNara | October 17th, 2012

Diana Amir merupakan salah seorang pelakon di dalam filem PE3. Namun ketika filem ini dirakamkan, Diana Amir masih belum berhijrah. Malah watak yang dipegangnya di dalam filem ini merupakan watak seorang penggoda yang seksi. Siap ada babak memakai gaun pendek lagi.

diana amir

Oleh kerana segan dengan penampilannya di dalam filem PE3, Diana Amir tidak menghadiri majlis tayangan perdana bersama media baru-baru ini. Ditanya tentang pandangan tunangnya mengenai wataknya di dalam filem ini, Diana Amir berkata:-

Alhamdulilah, tunang saya memang sangat memahami dan dia seorang yang berfikiran ke hadapan dan kerana itu jugalah dia sendiri tidak pernah mempersoalkan mengenai lakonan saya sebelum berhijrah. Dia hanya tegur apa jua tindakkan atau perlakuan saya sekarang. Dia akan memberitahu apa yang patut saya buat dan apa yang tidak. Perkara yang lalu tidak pernah diungkitnya lagi. Saya juga bersyukur kerana ramai pihak yang memahami dan memberi semangat kepada saya. Terutama sekali David Teo dan Farid Kamil yang sagat memahami situasi saya dan saya sangat berterima kasih kepada mereka

PE3 merupakan filem terakhir sebelum penghijrahan Diana Amir. Jadi sudah tentu Diana Amir mampu menarik nafas lega sekarang. Apa pun Abang Nara nak ucapkan tahniah kepada tunang Diana Amir, Farid Kamil dan David Teo kerana begitu memahami gelodak di dalam hati Diana Amir. Anda bertiga memang sangat tinggi nilai toleransinya. Tahniah.

kulit cantik

P.S: Inginkan kulit yang cantik berseri? Cubalah kombo vitamin C dan collagen catalyst daripada Cantik BeautifulNara. Abang Nara pun dah pakai. Memang kesannya sangat awesome. Like Facebook Cantik.BeautifulNara untuk info atau email ke lorongsetia8 [at] gmail.com