Written by Bella | May 23rd, 2017

Insiden David Teo yang ditampar oleh Mat Over atas dakwaan tidak menghormati Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis TN50 masih lagi menjadi bualan ramai sehingga hari ini.

Jika anda melihat video beliau ditampar, David sebenarnya pada waktu itu sedang cuba untuk berpantun tetapi tidak sempat untuk menghabiskan pantun beliau kerana kekecohan yang berlaku apabila Mat Over tiba-tiba menampar beliau.

Jom saksikan video dibawah untuk mengetahui kesudahan pantun David. Apa agaknya beliau hendak katakan ya? Hehe..

Kredit Video : YouTube MetrowealthPictures

Written by Bella | May 19th, 2017

Dikecam teruk oleh rakyat Malaysia, David Teo telah tampil mempertahankan dirinya.  David memberitahu beliau tidak bertindak biadab kerana Perdana Menteri Malaysia sendiri yang sudah memberikan keizinan untuk beliau bercakap. Namun, Mat Over tiba-tiba datang menyerang beliau sebelum sempat untuk mengajukan sebarang soalan kepada PM.

Bukan niat saya untuk bersikap biadab kepada perdana menteri. Saya cuma beritahu Rosyam sebahagian peserta tidak diberikan peluang yang sama untuk bercakap. Saya belum bercakap dengan perdana menteri. Saya tiada masalah dengan sesiapa. Bagaimana saya dikatakan biadab dengan perdana menteri?

Terdahulu, beberapa pihak mendakwa kejadian itu berlaku kerana David bersikap “kurang ajar” di hadapan Datuk Seri Najib Razak. Kejadian berlaku ketika  David cuba bertanyakan soalan pada sesi program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni.

Menurut beberapa sumber, David juga dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Datuk Rosyam Nor sebagai moderator yang mengendalikan majlis tersebut. Mat Over yang tiba-tiba muncul dari tempat duduk penonton meluru ke arah David dan meminta David menghormati Datuk Seri Najib Razak sebelum bertindak menampar penerbit tersebut.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Written by Bella | May 19th, 2017

Menganggap tindakan David Teo yang biadap dan tidak menghormati majlis yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara, Mejar (B) Razali Zakaria memohon agar David membuat permohonan maaf secara terbuka.

Bukan itu sahaja, beliau juga mahu Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan tegas terhadap David supaya ia menjadi satu pengajaran agar insiden memalukan itu tidak berulang pada masa hadapan.

Kita gesa David mesti memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana telah biadab di dalam program Perdana Menteri. Permohonan maaf ini perlu dilakukan dalam tempoh tiga hari. Satu tindakan juga perlu diambil kepada David sebagai pengajaran terhadap semua orang tidak kira lapisan bangsa supaya jangan biadab kepada Perdana Menteri terutama dalam majlis rasmi.

Razali turut meminta Kementerian Pertahanan menarik semula pangkat Mejar yang diberikan kepada David kerana beliau mencemarkan pangkat terbabit.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | May 18th, 2017

Ditampar secara langsung di hadapan orang ramai termasuk Perdana Menteri Malaysia, adalah situasi yang agak memalukan buat David Teo. Impak daripada kejadian tersebut, beliau turut dikecam oleh sesetengah netizen.

David akui beliau tidak sangka Mat Over boleh bertindak sebegitu. Namun, David memberitahu beliau sudah memaafkan Mat Over dan tidak merencana untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang berhubung insiden tersebut.

Tiba-tiba saja dia meluru serta menampar saya. Saya hanya mempersoalkan tindakan Rosyam tidak menggunakan pentas bulat itu dengan sepenuhnya dan hanya fokus satu arah di depan saja sedangkan saya juga mahu bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri. Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang dan sudah memaafkannya.

Apa yang berlaku tidak mungkin dapat di ubah. Kejadian memalukan dan mengecewakan ini sekaligus mencalar imej penggiat seni tanah air. Bak kata pepatah,  kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Harapnya dengan kejadian ini ia dapat menjadi pengajaran agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

Sumber Berita : Harian Metro