Written by Bella | May 19th, 2017

Menganggap tindakan David Teo yang biadap dan tidak menghormati majlis yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara, Mejar (B) Razali Zakaria memohon agar David membuat permohonan maaf secara terbuka.

Bukan itu sahaja, beliau juga mahu Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan tegas terhadap David supaya ia menjadi satu pengajaran agar insiden memalukan itu tidak berulang pada masa hadapan.

Kita gesa David mesti memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana telah biadab di dalam program Perdana Menteri. Permohonan maaf ini perlu dilakukan dalam tempoh tiga hari. Satu tindakan juga perlu diambil kepada David sebagai pengajaran terhadap semua orang tidak kira lapisan bangsa supaya jangan biadab kepada Perdana Menteri terutama dalam majlis rasmi.

Razali turut meminta Kementerian Pertahanan menarik semula pangkat Mejar yang diberikan kepada David kerana beliau mencemarkan pangkat terbabit.

Sumber Berita : BH ONLINE