Written by AbangNara | March 20th, 2013

Akibat gambar menampakkan sebahagian pahanya yang telah dikongsi menerusi laman Instagram Zain Saidin, Rozita Che Wan telah dikutuk teruk oleh sebahagian peminatnya kerana berpakaian terlalu seksi. Malah ada yang berpendapat imej sebegitu tidak sesuai dengan Che Ta memandangkan usianya yang sudah mencecah 40-an.

rozita che wan

Rozita Che Wan menyedari perkara ini dan berkata kepada Sinar Harian yang dia tidak ambil pusing terhadap kata-kata orang di sekelilingnya. Kata Che Ta:-

Saya tahu macam-macam orang kata tentang saya. Umur dah meningkat tapi masih nak seksi dan tak sedar diri.Apa pun yang mereka cakap, saya tak kisah. Saya nak buat apa pun, itu hak saya.

rozita che wan

Sementara itu, kekasih Che Ta, Zain Saidin telah pun mematikan akaun Instagram miliknya. Ini kerana komen-komen negatif yang terlalu banyak diterima memberikan kesan buruk kepada karier dan orang yang tersayang.

rozita che wan

Satu langkah yang bijak daripada Zain Saidin. Mungkin selepas berkahwin dengan Che Ta nanti, Zain Saidin boleh menjaga imej dan pakaian yang diguna oleh isterinya. Abang Nara pasti Zain tidak mahu keseksian isterinya ditatapi ramai selepas berkahwin kelak. Tak gitu?

P.S: Pergh. Stock baru telekung travel eksklusif kembali lagi. Mudah dibawa kemana-mana terutama utk generasi muda yg aktif diluar sana! Order sekarang dengan PM di Facebook Gudang.my atau email ke sales@gudang.my. Boleh juga Whatsapp/SMS ke 019-236-1986.

Written by AbangNara | March 12th, 2013

Ok Abang Nara agak confuse dengan umur sebenar Rozita Che Wan. Menurut Berita Harian hari ini, 9 Mac lalu Che Ta genap berumur 39 tahun tapi daripada apa yang Abang Nara baca, umur Che Ta ialah 42 tahun. Kalau tak silap, Rozita Che Wan lahir pada tahun 1971.

che tak

Lupakan seketika permasalah umur Che Ta kerana baru-baru ini Zain dan rakan-rakan telah mengadakan satu majlis kejutan untuk menyambut hari jadi Rozita Che Wan. Yang bestnya, Zain turut menghadiahkan seutas gelang emas Habib Jewels buat kekasih hatinya itu. Untunglah Che Ta ~~~

rozita che wan

Tambah menarik, Rozita Che Wan turut sama menjadi salah seorang peserta program Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Zain juga turut sama akan beraksi tetapi tidak berada di dalam kumpulan sama bersama Che Ta. Mungkinkah kita akan melihat bibit-bibit percintaan manja antara mereka berdua ketika memasak kelak?
rozita che wan

Buat Rozita Che Wan, selamat hari lahir. Semoga panjang umur dan dipermudahkan urusan untuk mendirikan rumah tangga bersama Zain pada hujung tahun ini. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Tetikus yang boleh terapung. Cool habis.

Written by AbangNara | March 1st, 2013

Amboi Che Ta nie agak kelakar juga orangnya. Walaupun sudah mencecah usia 42 tahun, Rozita Che Wan mahukan sekurang-kurangnya seorang anak apabila berkahwin dengan Zain Saidin. Tergelak kecil Abang Nara membaca kata-kata yang dikeluarkan oleh Che Ta.

rozita che wan

Yang penting, Rozita Che Wan enggan bertunang kerana merasakan dirinya dan Zain sudah saling mengenali antara satu sama lain. Kata Che Ta:-

Bagi saya, bertunang adalah satu tempoh atau proses untuk mengenali pasangan kita dengan lebih dekat. Kami dah kenal lama, jadi saya rasa kami tak perlu bertunang. Saya juga tidak kisah jika majlis kami tidak dibuat secara besar-besaran, asalkan ia berlangsung dengan penuh meriah. Jika kami berkahwin nanti, sekurang-kurangnya saya mahukan seorang lagi anak bersama Zain, al-maklumlah siapa tak nak anak kacukan.

che taPastinya cahaya mata hasil perkahwinan Che Ta dan Zain nanti akan secomel emak dan ayahnya. Tak sabar pula nak tahu bila tarikh perkahwinan mereka. Khabarnya Che Ta akan buat satu sidang media untuk mengumumkan hari bersejarahnbya. Sama-samalah kita nantikan. Info asal MalaysianDigest.

Written by AbangNara | September 13th, 2012

Kalau sebut nama Rozita Che Wan, pasti akan keluar cerita mengenai perkahwinannya. Sekejap ada gosip kata RCW dah kawin, sekejap kata bakal berkahwin tahun ini. Macam-macamlah cerita yang keluar. Kadang-kadang kesian juga kat Che’ Ta nie.

che ta

Namun hari ini RCW tampil di Kosmo memberitahu yang dirinya masih belum mempunyai calon suami. Gosipnya dengan lelaki bernama Bob adalah palsu semata-mata. Ini bermakna peluang untuk anda yang mengidamkan RCW masih terbuka luas. Namun anda perlu ada kriteria di bawah seperti yang dimahukan oleh Rozita Che Wan:-

Macam mana hendak kahwin jika calon pun belum ada. Hendak cari lelaki berduit memang senang, tetapi hendak cari lelaki yang baik, susah. Saya mahukan lelaki yang fleksibel dan tidak suka lelaki yang keras kepala. Saya juga tidak suka dengan lelaki yang sudah berkahwin.

Abang Nara suka part “saya juga tidak suka dengan lelaki yang suka berkahwin“. Ini bermakna anda yang masih bujang dan teruna di luar sana, peratusan anda adalah lebih tinggi untuk memikat hati Rozita Che Wan. Namun haruslah persiapkan diri daripada segi kewangan dan hati terlebih. Ada berani?

new

PS : Bosan pakai baju rupa sama ke kerja setiap hari? Jika inginkan kelainan berpakaian ke kerja, bolehlah melawat FB VANITYMASK untuk mendapatkan blouse fesyen terkini dari KOREA. Walaupun diimport terus dari Korea, blouse di sini semuanya harga bawah RM60. Kepada korang yang stylo, harem pants pun ada. Cepat, sementara stok masih ada~