Written by Bella | October 16th, 2017

Selepas beberapa kali ditahan reman berikutan kes penipuan banglo mampu milik bernilai RM6.2 juta, Pengarah Urusan DBI Properties, Boy Iman akhirnya dibebaskan semalam selepas Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Seberang Perai menolak tempoh lanjutan reman yang dibuat oleh pihak polis.

Menurut peguam Boy Iman, mahkamah menerima permintaan pihaknya untuk membebaskan Boy Iman dan tiga lagi suspek atas alasan mereka sudah lama ditahan reman iaitu sejak 2 Oktober lepas. Menerusi foto yang dikongsikan di Kosmo Online, Boy Iman nampaknya tersenyum gembira sambil membuat “thumbs up” ketika dibebaskan.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkembangan kes ini meluahkan rasa tidak puas hati dengan pembebasan Boy Iman. Iyalah, kerana kebanyakkan pembeli yang tertipu adalah mereka yang sudah berumur dan tidak mempunyai banyak wang serta sudah menghabiskan wang simpanan mereka untuk membeli rumah kerana termakan dengan janji palsu Boy Iman.

Harapnya walaupun Boy Iman sudah dibebaskan, isu ini tidak akan terus dibiarkan sahaja dan terus senyap. Keadilan untuk mereka yang sudah ditipu itu haruslah diperjuangkan kerana bukannya mudah untuk mencari wang ringgit dalam zaman susah seperti sekarang.

Sumber Berita : Kosmo Online

Written by AbangNara | October 12th, 2017

Semalam, Boy Iman telah pun ditahan reman buat kali kelima selepas Majistret Mahkamah Jitra, Abdul Hadi Hakimi Harun mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan mengeluarkan perintah tahanan reman. Penahanan ini dilakukan untuk membantu siasatan berhubung kes penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta. Turut direman, tiga pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources berusia antara 30 hingga 45 tahun, termasuk seorang wanita. Mereka adalah Kassim Arunasalam, Muhammad Umar Abdul Jamil dan Siti Norbaiyah Yahya atau dikenali sebagai Datuk Anggun.
boy iman

Sebelum ini, Boy Iman telah dikenakan tahanan reman selepas melalui proses sama di Ampang, Selangor, Muar (Johor), Shah Alam (Selangor) dan Sungai Petani (Kedah). Kali ini, Boy Iman dan suspek-suspek terbabit akan ditempatkan di lokap IPD Kubang Pasu, sebelum diserahkan pula ke IPD Langkawi.

boy iman
Untuk makluman, sehingga Jumaat lalu, jumlah laporan polis dibuat mangsa bertambah kepada 210 laporan di seluruh negara, membabitkan projek di Negeri Sembilan, Johor dan Selangor. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera oleh pihak berkuasa. Sumber Sinar Harian.