Written by AbangNara | April 11th, 2009

tomok oiam

Akhirnya berjaya melayan One In A Million Top 5 tadi secara live sebentar tadi. Kagum gila dengan peserta-peserta yang masuk OIAM musim ke 3 nie. Semuanya mantap-mantap belaka.

Tapi yang pastinya Tomok tetap yang terbaik. Habis dibuatnya lagu Aku Cinta Padamu Sheila Majid yang mendayu-dayu jadi rock kapak. Akibatnya kami telah membazirkan RM2 untuk mengundi Tomok.

Nanti kalau dah jumpa akan kami kongsikan video TOP 5 OIAM Tomok dengan lagu Aku Cinta Padamu. Tapi tak puas hati betul sebab pendek-pendek sangat lagu yang diorang semua nyanyi. Tak puas nak mendengar.

P.S: Perasaan tak gambar lama Tomok kat atas tue? Rambut belah tengah lagi tue. Memang jambu macam budak sekolah rendah. Nasib sekarang nie dah jadi macho.