Written by Bella | November 19th, 2015

Meskipun kes Azma Aizal Yusoof yang memukul Ika Nabella menyebabkan kontroversi sehingga penggambaran drama Dawai Asmara terpaksa ditangguhkan, penerbitnya Datuk Rosyam Nor sama sekali tidak serik untuk bekerjasama dengan pengarah tersebut.

Susulan pengakuan bersalah yang dibuat oleh Azma semalam, Rosyam Nor menganggap perkara tersebut sudah selesai.

Bagi saya, Azma adalah pengarah generasi baru yang sedang meningkat naik. Beliau ada kreativiti tersendiri dan saya senang dengan hasil kerjanya. Saya sendiri pernah berlakon di bawah arahannya untuk drama Perjalanan. Saya akui suka cara pengarahannya.

Selepas kejadian ini, saya tidak akan serik atau berhenti mengambilnya mengarah drama-drama keluaran Suhan Movies. Saya tiada masalah untuk terus bekerjasama dengannya di masa-masa akan datang.

Rosyam Nor yang sedia maklum dengan keputusan Azma untuk menarik diri daripada terus mengarah drama Dawai Asmara turut menasihati agar Azma tidak mengulangi perbuatannya itu meskipun dengan alasan untuk mendapatkan hasil lakonan yang terbaik.

Setelah didenda oleh mahkamah, Azma datang berjumpa saya dan memaklumkan untuk menarik diri sebagai pengarah. Beliau ada penjelasan sendiri, begitu juga Ika Nabella.

Saya nasihatkan Azma untuk tidak mengulangi perbuatan mengasari tersebut sungguhpun beliau punya alasan perkara yang dilakukannya itu adalah untuk mendapatkan hasil lakonan terbaik.

Mungkin caranya dengan niat untuk membimbing bagi mendapatkan kualiti lakonan yang berkesan itu tidak boleh diterima oleh segelintir pelakon.

Sebelum menarik diri, Azma sudah selesai mengarahkan 7 episod drama tersebut sebelum menyerahkan bakinya kepada pengarah baharu nanti.

Karya Azma Aizal Yusoof sememangnya mempunyai auranya tersendiri, banyak drama beliau menjadi hits dan antara yang masih lagi menjadi bualan ramai adalah Teman Lelaki Upahan. Walaubagaimanapun, tiada manusia yang sempurna dan pasti akan melakukan kesalahan di dunia ini. Semoga  kes ini akan menjadi pengajaran buat Azma serta orang lain di luar sana.

Sumber Berita: Mangga Online

Written by Bella | November 18th, 2015

Kes mengenai Ika Nabella yang telah dipukul sehingga bertubi-tubi oleh pengarah Azma Aizal Yusoof cukup mendapat perhatian ramai. Dikenali sebagai pengarah yang berkaliber, ada segelintir pihak yang seakan tidak mempercayai Azma boleh melakukan hal sedemikian hanya kerana Ika tidak dapat menjiwai wataknya dalam drama Dawai Asmara dengan baik.

Selepas beberapa siasatan yang dijalankan, Azma akhirnya didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Ampang dan telah dikenakan denda sebanyak RM 2,000.

Saya akui kesalahan saya menampar Ika atas niat kerana ingin memberikan mutu lakonan terbaik bagi drama bersiri arahan saya. Namun bukan semua orang dapat menerima teknik yang saya gunakan. Jadi saya membuat keputusan menyerah diri kepada polis sehari selepas Ika membuat laporan.

Saya ada menghantar mesej kepada Ika meminta maaf kerana mengasarinya. Dia membalas mesej dan turut memohon maaf terhadap apa yang berlaku. Alhamdulillah perkara yang terjadi mematangkan saya. Insiden ini memberi impak bukan saja kepada saya dan Ika malah kepada seluruh warga produksi.

Walaubagaimanapun setelah apa yang berlaku kepada dirinya sehingga menimbulkan kontroversi, Azma telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada terus menjadi pengarah kepada drama tersebut.

Malah, beliau sendiri telah berjumpa dengan penerbitnya Datuk Rosyam Nor untuk menyatakan hasrat beliau itu.

Selepas didenda oleh mahkamah, saya menyatakan hasrat untuk menarik diri kerana bertanggungjawab dengan kesalahan yang saya lakukan. Saya berjaya menjalankan tugas sebagai pengarah untuk tujuh episod dan selebihnya akan dilaksanakan oleh pengarah baharu yang dipilih oleh pihak produksi.

Segalanya sudah selesai sekarang dan Azma juga sudah menerima hukuman atas apa yang beliau lakukan terhadap Ika Nabella. Harapya kes sebegini harus menjadi pengajaran buat pengarah di luar sana untuk tidak sesuka hati memukul artis meskipun lakonan mereka tidak menepati kehendak anda.

Sumber Berita: Berita Harian

Written by Bella | November 16th, 2015

Dipukul serta ditumbuk bertubi-tubi sehingga mendatangkan kecederaan hanya kerana tidak dapat menjiwai watak dalam lakonannya, Ika Nabella akui beliau sudah merasa serik untuk bekerjasama dengan pengarah terkenal, Azma Aizal Yusoof.

Ikutkan kami sudah dua kali bekerjasama sebelum ini. Ketika itu tak ada sebarang masalah. Malah, pembabitan saya menerusi drama ini adalah atas permintaannya. Tak sangka lain pula yang jadi. Memang terkejut dibuatnya. Buat masa sekarang, saya belum sedia berjumpa atau bekerjasama dengannya. Akan datang, tak tahu lagi macam mana.

 

Malah, Ika juga sudah nekad untuk menarik diri daripada berlakon didalam drama Dawai Asmara meskipun pihak produksi cuba untuk memujuk beliau mempertimbangkan keputusan berkenaan.

Namun pihak produksi akur dengan permintaan aktres itu yang sudah trauma selepas apa yang terjadi kepadanya.

Selepas membuat laporan polis tempoh hari, saya sudah menyatakan hasrat menarik diri, tetapi pihak penerbit meminta saya mempertimbangkan keputusan itu. Namun, selepas berfikir banyak kali saya tetap dengan pendirian. Mereka juga tak menghalang. Bagi saya, ini adalah jalan terbaik tambahan pula saya masih trauma dengan kejadian itu.

Tambah Ika, pihak polis sudah mendapat keputusan selepas melakukan beberapa siasatan secara terperinci. Walaubagaimanapun, Ika buat masa ini enggan mendedahkan ia dengan lebih lanjut dan menyerahkan segala hal kepada pihak berkuasa.

Pada masa yang sama, Ika juga nafi cuba untuk mencari publisiti murahan dan menyalahkan Azma sedangkan masalah itu berpunca daripada beliau. Jelas Ika, tindakan beliau yang membuat laporan polis kerana ingin mempertahankan dirinya dan menjadi pengajaran kepada orang lain agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi di masa hadapan.

Mungkin cara Ika yang tidak boleh membawakan watak yang diberikan dengan baik menimbulkan rasa tidak puas hati pengarah tetapi ia tidak bermakna Azma boleh melakukan sesuka hati dan memukul pelakon kerana ingin mendapatkan apa yang beliau mahu. Keganasan bukan jalan penyelesaiannya.

Sumber Berita: Harian Metro

Written by Bella | November 3rd, 2015

Selaku penerbit bagi drama Dawai Asmara, Datuk Rosyam Nor merasa terkejut apabila pelakon Ika Nabella ditumbuk oleh pengarah drama itu Azma Aizal Yusoof. Berikutan hal tersebut, beliau telah mengarahkan penggambaran  drama Dawai Asmara ditangguh bagi pihak polis menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

Saya tidak boleh memberikan sebarang komen tentang isu ini kerana ia masih lagi dalam siasatan polis, cuma buat masa ini penggambaran drama tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga semuanya selesai.

Rosyam yang mengetahui akan berita tersebut sekitar malam semalam (Isnin)  telah bertemu empat mata dengan Azma dan pihak polis.

Saya dapat tahu perkara ini malam tadi dan tadi baru selesai saya bertemu sendiri dengan pengarah tersebut dan pihak polis untuk siasatan.

Ika Nabella dalam kenyataan beliau sebelum ini memberitahu masih lagi trauma apabila pengarah itu menumbuk bahagian badan serta wajahnya sehingga cedera.

Dalam insiden itu, pengarah tersebut merasa berang dan bertindak di luar kawalan kerana tidak dapat apa yang beliau inginkan dalam watak yang dibawa oleh Ika dalam drama tersebut. Difahamkan sebelum ini beliau pernah membelasah beberapa artis lain tetapi kesemuanya hanya mendiamkan diri.

Agak terkejut  juga jika benar Azma Aizal melakukan perkara sebegitu, sebelum ini memang ramai yang respect Azma kerana karya beliau yang cukup mantap seperti drama Teman Lelaki Upahan. Hurm..

Sumber Berita: mStar Online