Written by AbangNara | April 1st, 2015

Sesiapa di luar sana yang bercita-cita ingin mengorat Wak Doyok, silalah lupakan hasrat suci murni anda itu. Lelaki kacak berjambang ini kini dalam proses mengenali seseorang. Identiti wanita bertuah itu tidak didedahkan oleh Wak Doyok, namun mereka telah pun berkenalan sejak setahun yang lalu. Tak sabar rasanya nak melihat wajah si gadis yang berjaya mencuri hati Wak Doyok. Mesti sama bergaya macam Wak Doyok.
wak doyok Apa pun Wak Doyok turut menafikan dirinya seorang playboy. Tohmahan itu dilemparkan selepas ikon fesyen tempatan ini dilihat sering bergambar terlebih mesra dengan seorang model wanita ‘mat salleh’ di laman sosialnya. Kata Wak Doyok:-

Saya bukan ‘playboy’ dan tidak pernah menggunakan populariti yang dikecapi sebagai jalan mudah mendekati mana-mana wanita. Setakat ini tak adalah orang gelar saya playboy mahupun saya guna kesempatan untuk jadi playboy. Mungkin faktor usia saya pun memang dah tak sesuai digelar playboy.

Tapi masa zaman remaja dulu adalah ramai kawan-kawan perempuan sehingga sampai satu tahap saya dilabel ‘player’ oleh rakan lelaki lain, tapi perkara itu sampai setakat itu saja. Sekarang ini sedang dalam proses mengenali hati budinya (teman istimewa)… wanita ini saya kenalinya sejak setahun lalu, apa-apa pun saya belum bersedia mendedahkan siapa wanita berkenaan.

Abang Nara tertarik mendengar cerita Wak Doyok tentang dirinya yang berkecimpung dalam dunia fesyen sejak tahun 2010 lagi. Fuh!!! Banyak juga pancaroba yang harus ditempuhinya. Cemuhan, kutukan dan kritikan itu perkara biasa. Malah ada satu ketika poster mukanya ditampal di beberapa lokasi di ibu kota dan beberapa negeri oleh individu tertentu dengan tulisan nama ‘Wak Dogol’. Sedih kan? Kata Wak Doyok:-

Memang sedih apabila dihina sebegitu rupa, tapi saya tabahkan hati dan anggap masyarakat kita pada masa itu tidak boleh terima benda baharu.

Sebab kemunculan saya bukan bermula dari mana-mana platform hiburan, hanya menerusi fesyen. Jadi, bila muncul dalam dunia hiburan ia menjadi satu kejutan kepada orang lain yang mungkin tidak boleh terima orang biasa seperti saya, sampai ada yang persoalkan apa kerja saya, siapa saya dan kenapa saya boleh popular?

Walhal saya sudah lama menggerakkan dunia fesyen gaya ‘gentleman’ ini, dan atas dorongan rakan juga yang meminta saya untuk sebar luaskan fesyen ini. Apabila masyarakat mula melihat kebangkitan fesyen ‘gentleman’, mulalah timbul dengki.

Bagaimanapun, cemuhan itu tidak pernah saya simpan dalam hati kerana saya tahu siapa diri saya sebenarnya.

wak doyok

Biasalah Wak Doyok benda-benda macam ini. Sekarang ini anda dah popular dah pun. Pergi ke mana-mana menjadi tumpuan orang. Sponsor pun banyak. Yang penting jangan lupa diri dan jangan lupa kawan. Teruskan dengan misi serta visi anda. Pedulikan kata-kata orang lain. Lagi satu lepas ini janganlah merecik tak kena tempat. Hehehe. Sumber Berita Harian.

wak doyok

P.S: Yeah~~~ Abang Nara dah tempah dah baju Melayu dan baju kurung untuk Aariz dan Arissa di MyBabyButton. Tak sabar nak try pakai nanti. Korang yang belum tue tempah tue silalah cepat. Tarikh tutup order 17 April nie.  Informasi lanjut LIKE Facebook MyBabyButton dan follow Instagram @mybabybutton. Nak lagi senang mesej je terus 011-1311 7632.