Written by AbangNara | May 13th, 2015

Hehehe. Tergelak Abang Nara membaca caption salah satu gambar Instagram milik isteri kedua, Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah. Kelakar juga rupanya Wan Sakinah ini. Sekarang ini seperti yang kita ketahui, semua orang sedang gila main applikasi How Old I Look yang meneka umur seseorang berdasarkan gambar wajah. Tidak mahu ketinggalan, Wan Sakinah telah memuatnaik beberapa gambar dirinya dan Ashraf Muslim beserta tekaan daripada applikasi tersebut.

wan sakinah

Paling kelakar apabila di dalam salah satu gambar itu, umur Ashraf Muslim diteka berusia 66 tahun oleh applikasi ini. Hehehe. Menambahkan kekelakaran, Wan Sakinah menulis caption yang lucu iaitu “Pic kiri tu paling win. Ade hati nk tmbh sorg lg x b?“. Tergelak Abang Nara membacanya. Bila baca ruangan komen lagi kelakar. Wan Sakinah turut sama membalas komen-komen yang diterima dengan lawak-lawak sempoinya. Siap keluar silat dan taekwondo bagai. Memang lucu.

wan sakinah

Hidup suami isteri sekali-sekala kenalah bergurau begini. Baru terasa kemeriahannya. Apa pun Abang Nara suka melihat kebahagiaan Ashraf Muslim, Wan Sakinah dan Dayana. Mereka adalah contoh kehidupan bermadu itu bukan pahit tetapi banyak manisnya jika kena cara. Beberapa lagi gambar keluarga bahagia ini dengan membaca artikel sepenuhnya.