Written by AbangNara | September 21st, 2009

Selamat Hari Raya semua~~ Apakah aktiviti korang raya ni?? Tengok tv memang banyak rancangan best tapi jangan lupa jugak aktiviti raya yang lain macam ziarah kubur, melawat sedara mara dan pusing satu kampung dapatkan duit raya. Tadi KakNara sempat tengok rancangan Macam-Macam Aznil memang kelakar tak ingat lah! Aznil ni memang antara celebriti yang bagus lah, imej dia bersih aja, pastu lawak-lawak dia makin best. Memang gelak guling-guling lah.

Selain cerita gelak ketawa, banyak cerita bes kat tv sempena raya ni. Semua channel lah tunjuk cerita raya. ada drama yang kelakar, ada yang nangis-nangis kalau tgk….kalau tengok ramai-ramai kat kg, kalau tetiba aja semua orang senyap, haa memang sentap lah citer tu.

Eh kalau korang ada drama sentap yg WAJIB tengok sempena raya, tulis lah tarikh & masa siaran tu kat komen yer, Kak Nara taknak terlepas tengok. Nanti balik ofis orang lain bercerita pasal drama raya takdelah kita nganga aja.

Gambar-gambar khas artis berbaju raya merelip-relip..

adik beradik rozita che wan, wahh semuanya hot