Written by AbangNara | November 12th, 2014

Walaupun sudah membuat penafian sebelum ini,  masih ada suara-suara yang menyatakan ‘teman tapi mesra’ Erra Fazira adalah dari golongan VIP atau kelas atasan. Ramai yang tidak percaya bekas isteri Engku Emran ini ‘berkawan’ dengan lelaki biasa yang tidak mempunyai sebarang pangkat. Mungkin tertekan dengan desas-desus itu, Erra Fazira sekali lagi telah tampil untuk menjelaskan yang ‘kawan’nya itu hanya lelaki biasa
erra fazira
Apa yang lebih menarik, lelaki yang sedang dikenali oleh Erra Fazira ini masih bujang. Itu sangat bagus. Tak adalah tragedi yang bukan-bukan boleh berlaku. Kata Erra Fazira menerusi Berita Harian:-

Setakat ini, saya memang memilih seseorang itu pada paksi hati dan bukannya materialistik. Selama ini memang saya tiada kawan dari golongan VIP atau ahli politik.

Jadi jelas gosip mengaitkan saya dengan golongan sebegitu tidak benar dan sengaja diada-adakan. Gosip itu seolah-olah macam saya kemaruk cari cinta pula.

Cukuplah orang tahu saya sedang berkawan. Kenapa saya tak dedah itu dan ini mengenainya kerana saya tidak mahu meletakkan sebarang tekanan dan jangkaan tinggi terhadap hubungan ini.

Apa apa boleh terjadi dalam tempoh perkenalan ini. Lainlah kalau hubungan ini sudah di fasa seterusnya. Ikutkan saya tak mahu berkongsi hal ini tapi apabila timbul cerita membabitkan golongan atasan, maka saya perlu meletakkan satu noktah kepada cerita bukan bukan itu

erra fazira
Kesian sungguh Erra Fazira. Dah cakap benda betul pun, masih lagi orang tak percaya. Tak apalah. Satu hari nanti pasti Erra akan perkenalkan juga lelaki istimewa ini. Ketika itu barulah kita akan mengetahui perkara sebenar. Sehingga saat itu, marilah kita bersabar. Apa pun, doakanlah kebahagiaan Erra Fazira. Semoga lelaki itu dapat mengisi ruang kosong di dalam hatinya.

Written by AbangNara | April 14th, 2014

Serius terharu melihat usaha yang sedang dilakukan oleh Engku Emran dan Engku Aleesya untuk memenangi hati Erra Fazira kembali. Menerusi akaun Instagramnya, Engku Emran mengakui masih menyayangi bekas isterinya itu dan kini dengan kerjasama anak mereka, telah memulakan langkah pertama untuk kembali bergelar suami isteri.

engku emran aleesya

Abang Nara yakin bukan sahaja Engku Emran dan Aleesya yang akan teruja sekiranya mereka bersatu kembali, tetapi para peminat akan turut sama merasai perasaan yang serupa. Kata-kata yang diluahkan oleh Engku Emran juga sedikit sebanyak membuatkan air mata Abang Nara bergenang:-

Salam ALL…ok this wil be my last pix for tday and id like to dedicate this posting to ALL of u who hv doa-ed fr the best for this innocent girl’s parents…tq fr giving me the idea to create the hashtag on her baju…we were in KLCC last nite to look fr a place that can do as such but failed…but Alhamdulillah tday Aleesya n I managed to find a shop that wud do it…

last nite Aleesya n I had an intimate chat again…i asked her if she wud help me win back Mom…and she replied YES!!! wtout hesitating followed by a looooong giggle…Aleesya only giggles when shes v excited????…im not ashamed to show that i stil hv strong n steep feelings fr SA simply bcoz SA n i know we r not at fault fr what happened on 18/2…like sum of u commented tday i need to make the first move…

fyi i hv done so 3 days ago when i texted SA expressing my undying feelings fr her…yes i hv always been the CHASER n i like it that way…coz thats the nature of human being…im not prepared to share what actually happened thru out our marriage bcoz its really2 personal…but i really do hope n need ALL ur prayers n doa yg terbaik fr the 3 of us…Aleesya is 50% of me…and the other 50% of Ayah is wt Mom…hence pls #prayformomandayah as Aleesya’s tshirt reads…Wsalam

engku emran

Niat yang baik pastinya akan dipermudahkan. Sama-samalah kita doakan usaha memenangi kembali hati Erra Fazira ini akan berjaya. Sesungguhnya orang yang paling gembira dan paling banyak mendapat faedah sekiranya ia berjaya sudah tentu Aleesya sendiri. Teruskan usaha anda berdua. Semoga dipermudahkan.

Written by AbangNara | March 20th, 2014

Terharunya Abang Nara melihat gambar Erra Fazira memeluk erat anaknya, Engku Aleesya. Kalau tak silap, inilah kali pertama mereka bertemu sejak kes penceraian Erra dengan suaminya, Engku Emran. Memang confirm rindu tahap tertinggi punya. Itu yang peluk sekuat hati itu.

erra jumpa anak

Gambar mesra ini telah dikongsikan oleh Erra menerusi akaun Instagramnya dengan caption ” Love of my life.  of my life..! Mom miss u always sayang….”. Para pengikut Erra juga turut memberikan komen yang menyatakan keterharuan mereka melihat kemesraan anak beranak ini. Apa pun, semoga hubungan Erra dan Engku Aleesya semakin mesra walaupun dengan pelbagai rintangan yang mendatang. Sama-samalah kita doakan.

Written by AbangNara | December 18th, 2012

Hanya dengan melihat gambar, Abang Nara dapat merasai kemeriahan majlis hi-tea bersama Erra Fazira yang telah berlangsung di Restoran Puteri. Nampak gaya macam ramai yang hadir. Pasti seronok dapat meluangkan masa bersama Erra Fazira.

erra fazira

Yang menariknya, anak Erra Fazira dan Engku Emran iaitu Engku Aleesya turut sama hadir menemani ibunya. Makin lama memang makin comel Engku Aleesya ini. Tak salah kalau dikatakan yang Aleesya mewarisi kecantikan ibunya. Besar nanti confirm cun melecun.

erra fazira

16 lagi gambar sekitar majlis hi-tea bersama Erra Fazira dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Erra Fazira Official Fanpage.