Written by AbangNara | November 19th, 2012

Dah tengok belum video-video yang Abang Nara kongsikan sempena Project Listen oleh Prudential? Apa? Belum lagi? Penat tau Abang Nara rakamkan video ini khas untuk anda semua. Siap pakai make up lagi nak nampak lebih ensem!!!.

listen prudential

Silalah ke laman web www.projectlisten.com.my untuk mengetahui kisah penuh tentang diri Abang Nara yang kacak lagi bergaya ini.

Written by AbangNara | June 5th, 2012

Tahukah anda, selepas anda memiliki anak sendiri, anak anda secara automatik akan menjadi bayi yang paling cute sekali di dunia ini? Mungkin ramai yang tak faham perasaan ini, tetapi Abang Nara percaya semua ibu bapa di luar sana mempunyai perasaan yang serupa dengan Abang Nara. Tak gitu?

aariz

Kelihatan di dalam gambar di atas, Abang Nara cuba ingin mencium anak sendiri. Namun buaian yang besar, cantik dan sangat awesome daripada Baby N Me (sila ke Facebook Baby N Me untuk lebih banyak buaian yang sangat cantik) itu membuatkan Abang Nara terhenti untuk terus posing bergambar. Jangan risau kerana selepas itu anak Abang Nara yang diberi nama Aariz berjaya dicium secara bertubi-tubi tanpa henti.

aariz

Pasti ramai yang tertanya-tanya apa motif Abang Nara uploadkan gambar-gambar ini. Sebenarnya Abang Nara ingin berkongsi rasa terima kasih kepada rakan-rakan, saudara mara dan paling penting, Kak Fathin daripada Whatalovelywedding yang telah menghias buaian anak Abang Nara sehingga menjadi cantik sangat. Abang Nara, wife dan family semua sangat teruja melihat hiasan yang telah dilakukan oleh team Whatalovelywedding ini.

whatalovelywedding

Kepada ibu bapa yang ingin membuat majlis aqiqah anak mereka, Abang Nara sangat-sangat suggest team Whatalovelywedding ini. Orangnya sangat peramah, cekap, mesra alam dan paling penting hasil kerjanya sangat memuaskan. Selain daripada cradle aqiqah, Whatalovelywedding juga ada buat personalise Yassin, candy buffet dan macam-macam lagilah. Kalau berminat boleh ke Facebook Whatalovelywedding ataupun blog Whatalovelywedding.

whata lovely wedding

Terima kasih juga kepada team photographer Newborn Pixs yang bertungkus lumus daripada pagi sehingga ke petang mengambil gambar majlis aqiqah anak Abang Nara. Mereka pun sangat awesome jugak. Abang Nara kongsikan beberapa keping lagi gambar sekitar majlis aqiqah anak Abang Nara dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kalau nak tengok full album sila ke Facebook Newborn Pixs.