Written by Bella | January 10th, 2017

Populariti pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli tidak boleh disangkal lagi, mereka sering mencuri tumpuan peminat. Sejak mendirikan rumah tangga, mereka semakin “digilai” dan mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.

Disebabkan populariti yang mereka kecapi, ada pihak dengan sewenang-wenangnya menggunakan nama Amar dan Amyra tanpa kebenaran untuk penganjuran sebuah pertandingan di laman sosial Facebook  yang menjanjikan hadiah lumayan seperti iPhone.

Tidak mahu orang ramai terus keliru, Amar dan Amyra memberitahu mereka berdua sama sekali tidak terlibat dengan pertandingan tersebut dan pihak berkenaan hanya menggunakan nama serta wajah mereka demi menarik perhatian ramai.

Keadaan begini telah pun berulang banyak kali. Tambahan pula membabitkan penganjuran majlis di lokasi-lokasi tertentu. Pihak tidakbertanggungjawab itu turut menggunakan wajah kami sebagai ‘pelaris. Saya pernah tegur secara baik kepada mereka. Kita maklum tentang bisnes dan strategi pemasaran mereka tapi tidak eloklah menggunakan cara sebegitu.

Lagipun kita sebagai masyarakat Melayu ini ada adab dan cara tersendiri terutama dalam bab menegur orang lain yang baru dikenal.  Paling tidak pun, saya akan berdiam diri membiarkan saja tindakan pihak tersebut walaupun secara terang-terangannya itu memang salah. Bagaimanapun semakin saya berdiam diri, semakin pula menjadi-jadi. Itu yang buat saya tidak boleh duduk diam itu. Saya perlu melakukan sesuatu.

Amar memberitahu mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu sebagai pengajaran agar perkara itu tidak berulang lagi di masa hadapan.

Dengan cara tindakan sebegini, saya dapat memastikan kejadian yang sama tidak lagi berulang. Bukan marah tetapi kecewa. Sudah banyak kali kami kena berdepan dengan hal macam ini, berulang kali. Harap-harap selepas ini tidak lagi berlaku. Tolong faham, ini juga membabitkan periuk nasi kami suami isteri.

Bersabarlah Amar dan Amyra, ini adalah salah satu dugaan bila sudah popular tetapi ia tidak bermaksud perkara seperti ini harus dipandang ringan. Kalau terjadi penipuan dan sebagainya, nama Amar dan Amyra turut terkena tempiasnya.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | January 9th, 2017

Walaupun baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016, pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli sudah dihujani dengan pertanyaan bilakah agaknya mereka bakal mendapatkan zuriat. Ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat pasangan ini menimang cahaya mata.

Menurut Amar, urusan untuk mendapatkan zuriat adalah diluar kemampuan mereka suami isteri. Amar sedikit pun tidak pernah mendesak Amyra untuk hamil dalam waktu terdekat kerana percaya rezeki untuk menimang cahaya mata juga terletak pada takdir yang ditentukan oleh Allah SWT.

Sebenarnya masih terlalu awak untuk memperkatakan tentang perkara ini. Tidak adil juga untuk menilai kami sebagai pasangan suami isteri yang masih hijau dalam alam rumah tangga ini.

Apa yang mampu dilakukan adalah doa yang baik-baik daripada semua buat kami berdua. Sebab perkara ini membabitkan rezeki.

Sekarang ini pun rezeki yang mendatang membabitkan kami sudah melimpah ruah. Kami bersyukur kerana apa yang diharapkan selama ini menjadi kenyataan.

Masyarakat kita sebenarnya tidak boleh lari dengan soalan tentang cahaya mata meskipun baru mendirikan rumah tangga beberapa bulan.  Soal cahaya mata ini tidak boleh dipaksa juga kerana ia bergantung kepada rezeki dan takdir. Doakan yang baik-baik sahaja buat Amar Baharin dan Amyra Rosli, inshaAllah satu hari nanti pasti mereka berpeluang untuk menjadi ibu dan bapa.

Sumber Berita : Utusan Malaysia

Written by Bella | December 22nd, 2016

Baru-baru ini menerusi rancangan MeleTOP pengacara Neelofa terperasan bahawa jari Amyra Rosli terluka.  Malah, peminat beliau turut menanyakan perkara yang sama. Oleh itu, Amyra ada memuat naik foto jarinya itu  dan menjelaskan ia adalah kesilapan beliau sendiri  ketika ingin membuka pisau yang masih baharu didalam plastik.

Namun, beliau tidak menyangkan isu itu akan menjadi besar apabila ada sesetengah netizen melabelkan beliau mengada-ngada dan pelbagai lagi komen negatif  dilemparkan kepada Amyra.

Saya nak buka pisau baru yang masih dalam plastik tetapi cara saya pegang itu salah. Tak sedar bila buka plastik dalam masa yang sama saya menarik pisau. Jadi terhirislah jari saya sehingga membuatkan ia luka dan darah banyak keluar bahkan isi juga terkeluar. Terbatas jugalah urusan kerja rumah, lagi pun di jari tangan kanan.

Seterusnya, apabila saya dan Amar diundang ke program MeleTop, Neelofa perasan jari saya berbalut dan penonton pun ada bertanya kenapa? Bukan di program itu sahaja, bila dah on air ramai yang tanya di laman sosial. Tak sempat nak jawab saya pun muat naik sekeping dan beritahu keadaan jari saya. Sejak beberapa hari saya mula perasan perkara itu menjadi isu yang besar.

Dalam pada itu, Amyra sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan agar luka dijarinya cepat sembuh.

Berdasarkan pemerhatian kami, Amyra nampaknya sudah memadam foto jari beliau itu. Mungkin kerana tidak mahu isu ini terus berpanjangan.

Sumber Berita : Media Hiburan

Written by Bella | December 19th, 2016

Sudah lebih sebulan melayari bahtera rumah tangga, pelakon yang kini sedang popular menerusi drama Isteri Tuan Ihsan, Amyra Rosli berkata beliau sudah bersedia untuk menimang cahaya mata dalam waktu terdekat.

Buat Amyra, beliau sedikit pun tidak merasa kekok untuk menjadi ibu di usia yang agak muda. Amyra juga sebenarnya seorang yang selalu mengutamakan keluarga.

Saya sudah lama bersedia dan tidak kekok mengendong anak pada usia muda. Saya menjadikan mama dan ayah sebagai panduan dalam membentuk keluarga bahagia. Mereka mendidik saya menjadi anak yang mengutamakan keluarga.

Amyra juga yakin, suaminya Amar Baharin akan turut bersamanya dalam  apa jua keadaan.

Saya yakin suami akan sentiasa berdiri teguh di belakang apabila saya memerlukannya. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana berkahwin pada usia muda juga banyak nikmatnya.

Bergelar ibu pada usia muda mungkin ada cabarannya tersendiri tetapi disebalik semua itu tetap ada perkara indah yang hanya seorang ibu tahu. Apa-apa pun, kami doakan agar hasrat Amyra Rosli dan Amar Baharin untuk menimang cahaya mata segera dimakbulkan.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian