Written by AbangNara | July 29th, 2017

Abang Nara hanya mampu tersenyum sini selepas membaca kenyataan daripada Kak Noi yang merupakan Pengurus Produksi drama Izinkan Aku Mencintaimu yang dibintangi oleh Aliff Aziz dan Afifah Nasir. Sebelum ini, Afifah Nasir ada memaklumkan yang pertemuannya dengan Aliff Aziz di pusat karaoke adalah atas urusan kerja. Malah Afifah turut memaklumkan yang pihak produksi akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini.
afifah nasir

Sekiranya anda berharap pihak produksi drama tersebut akan tampil menjelaskan apa yang terjadi, silalah berhenti berharap. Kak Noi yang merupakan Pengurus Produksi memaklumkan yang mereka tidak tahu menahu urusan “kerja” yang dimaksudkan oleh Afifah Nasir. Kata Kak Noi:-

Kami tidak tahu apa yang mereka lakukan di luar lokasi penggambaran. Buat apa saya nak bohong. Ini urusan peribadi mereka dan pihak produksi tidak masuk campur.

Malah kami juga tidak ada sebarang urusan dengan mereka di pusat karaoke itu kerana kami masih sibuk menghabiskan babak lain.

afifah nasir

Alamak macam mana nie Afifah? Pihak produksi yang diharapkan untuk menjernihkan keadaan enggan bersekongkol dengan anda. Adui. Nampak gayanya memang mereka berdua bertemu atas urusan peribadi. Mungkin mereka mahu berlatih untuk memantapkan lagi chemistry. Iyerlah, berlakon kena ada chemistry baru penonton boleh tangkap feel. Tak gitu? Kalau betul berlatih, ia satu usaha yang harus dipuji. Bukan senang nak jumpa artis baru yang sanggup bekerja keras di luar waktu penggambaran. Tak gitu? Apa kata anda? Sumber Harian Metro.

Written by AbangNara | July 28th, 2017

Jutaan tahniah diucapkan kepada Siti Saleha dan Ahmad Lutfi yang telah selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz kira-kira jam 3.40 petang hari ini. Majlis pernikahan telah berlangsung di TPC Bukit Kiara. Siti Saleha telah dinikahkan oleh ayahnya sendiri Mohd Baharom Abdul Rahman dan disaksikan oleh Imam Masjid Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Mohd Fadlullah Md Noor.

gambar kahwin siti saleha

Siti Saleha yang berusia 27 tahun menerima mas kahwin sebanyak RM500 daripada Ahmad Lutfi, 31 tahun. Namun jumlah hantaran dirahsiakan.
Pengantin perempuan turut memberi sembilan dulang hantaran manakala pengantin lelaki membalas tujuh dulang.

gambar kahwin siti saleha

Semoga perkahwinan ini akan berkekalan ke akhir hayat. Sama-sama kita doakan. Lagi beberapa keping gambar sekitar perkahwinan Siti Saleha dan Ahmad Lutfi dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | July 28th, 2017

Menggosok baju adalah satu aktiviti harian yang sering kita lakukan. Nak pergi kerja, kena gosok baju kemeja/pakaian pejabat. Yang perempuan pulak, sebelum keluar rumah, wajib gosok tudung terlebih dahulu. Belum kira baju yang perlu digosok kalau nak pergi kenduri, baju sekolah anak, baju nak pakai di hari raya dan sebagainya. Tak pernah lagilah Abang Nara jumpa orang yang tak pernah gosok baju.

tefal iron

Hari ini, Abang Nara nak berkongsi dengan anda semua, 5 perkara yang mungkin anda tidak tahu tentang menggosok baju. Diharap dengan perkongsian ini, anda akan lebih cekap dan efektif dalam menggosok baju selepas ini.

1. Lagi berat seterika, lagi mudah hilang kedutan baju?

Konsep “lagi berat seterika, lagi senang hilang kedutan baju” adalah tidak betul sama sekali. Ramai yang percaya dengan konsep ini sampai terbeli seterika “old school” yang berat, sekaligus menyebabkan tangan mereka cepat letih dan lenguh ketika menggosok baju. Senang je sebenarnya nak menghilangkan kedutan di baju. Hanya perlu gunakan seterika wap (stream) yang kini banyak dijual di pasaran. Ia dapat menghilangkan kedutan dengan pantas dan efektif serta lebih ringan berbanding seterika kering “old school”. Gosok berpuluh-puluh helai baju pun tangan tak rasa penat.

tefal iron

2. Tak sama ke seterika wap(steam) dengan renjis air masa menggosok?

tefal iron

mesti korang pernah guna teknik renjis/sembur air nie kan masa menggosok baju?

Salah satu teknik yang selalu digunakan ketika menggosok baju ialah merenjis air ke pakaian untuk memudahkan penggosokan. Namun teknik ini sebenarnya hanya memberi kesan ke atas permukaan fabrik. Dengan seterika wap, sampai ke dalam fabrik pun akan ditembusi. Jadi kesannya lebih efektif dan lebih sempurna berbanding merenjis air. Lagi satu tak adalah tetiba tengah menggosok baju tue tertumpah secawan air. Tak pasal-pasal kena habiskan masa mengemas pulak.

tefal iron

tengok tue tembus sampai ke dalam apabila gunakan seterika wap. Tak payah nak renjis-renjis air

Sekarang ini ada seterika “steam generator” yang lebih berkuasa berbanding seterika steam biasa. Ia membolehkan kita menggosok baju 2 kali lebih pantas. Jimat masa, jimat tenaga dan jimat elektrik. Abang Nara rasa teruja pula nak cuba seterika “steam generator” nie.

3. Baju dah gosok tapi berkedut balik?

Mesti korang stress apabila dah penat menggosok baju tup-tup bila nak pakai, baju tue berkedut balik? Haaa. Puncanya tak lain tak bukan ialah kerana suhu plat seterika anda tak mencukupi dan tidak tepat. Hanya suhu yang betul sahaja akan membolehkan anda mendapatkan hasil penggosokan baju yang sempurna dengan seterika wap. Kebiasannya setiap baju akan mempunyai label di bawah untuk memudahkan anda memilih suhu yang sesuai ketika menggosok baju. Pemilihan plat seterika yang bersesuaian juga amat penting.

tefal iron

tefal iron

jangan lupa check label nie dulu sebelum gosok pakaian korang tue

4. Habis camner nak pilih plat seterika yang betul?

Memang banyak pilihan plat seterika di pasaran sampai boleh memeningkan kepala. Tak perlu risau. Senang je nak pilih sebenarnya. Cuma perlu pilih plat seterika dengan “high glideability” dan mudah untuk di”maintain” yang akan membolehkan anda menggosok dengan lebih laju dan mudah. Senang cerita, pilih seperti gambar di bawah. Confirm puas hati punya.

tefal iron

tefal iron

5. Seterika wap/steam vs seterika “steam generator”: Mana satu lagi best?

Satu kelebihan seterika “steam generator” ialah kewujudan “boiler” di dalamnya. Seterika wap/steam biasa tak ada “boiler” nie. Fungsi “boiler” ini adalah untuk menghasilkan “high pressure steam” yang akan memudahkan dan mencepatkan proses menggosok baju. Kebiasaannya lagi, seterika “steam generator” turut hadir dengan “water tank” yang besar. Ini bermakna kita tak perlu nak “refill” air selalu sangat. Abang Nara dah ushar dah seterika “stream generator” yang ada di pasaran. Salah satu yang terbaik ialah Tefal Actis Steam Generator GV6340.

tefal iron

Semua function best-best yang telah Abang Nara ceritakan di atas ada di dalam Tefal Actis Steam Generator GV6340 ini. Siap fungsi “auto off”lagi bila kita dah tak guna seterika. Lagi best, seterika ini sedang dijual dengan diskaun sebanyak 41% di Lazada. Harga asal RM999 kini cuma RM589 sahaja. Memang berbaloi-baloi. Kalau beli satu hadiahkan untuk isteri tercinta confirm dia suka punya.

tefal iron

Kalau nak lebih yakin, boleh tengok video kehebatan Tefal Actis Steam Generator GV6340 di bawah. Berdasarkan review daripada para pengguna, memang semua berpuas hati dengan mutu seterika ini.

Jadi tunggu apa lagi? Dapatkannya sekarang di http://bit.ly/Lazada_TefalActisFBP. Selamat menggosok baju.

Written by AbangNara | July 28th, 2017

Susulan kekecohan yang berlaku di antara Alif Aziz, Bella Astillah dan juga seorang wanita yang didakwa Afifah Nasir, banyak pihak yang tampil memberikan pendapat masing-masing tentang perkara ini. Salah seorangnya ialah Anzalna Nasir. Seperti yang diketahui, Bella Astillah, isteri kepada Aliff Aziz baru sahaja melahirkan anak dan sedang berpantang. Menerusi akaun Instagramnya, Anzalna telah pun menulis komen di bawah.

anzalna nasir

Ternyata komen yang ditulis oleh Anzalna ini telah membangkitkan kemarahan para netizen. Rata-rata netizen telah mengutuk, mengecam dan memulang paku buah keras kepada kata-kata Anzalna. Malah ada yang “mendoakan” agar Anzalna ditimpa nasib yang serupa seperti dialami oleh Bella Astillah. Antara komen yang menarik.

anzalna nasir
anzalna nasir
anzalna nasir

Bab-bab meroyan ini amat sensitif. Lebih baik kita jangan menyebutnya, lebih-lebih lagi jika kita tidak pernah melahirkan anak. Secara jujurnya, wanita mana yang tidak akan meroyan melihat suami tercinta bermain kayu tiga ketika kita berada dalam pantang. Terasa seperti tidak dihargai selepas kita bersusah payah melahirkan anak. Tak gitu? Apa kata anda?

Page 4 of 41« First...23456...102030...Last »