Written by Bella | June 1st, 2017

Baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 34, pelakon Scha Al Yahya sempat untuk meluahkan hasrat untuk menimang cahaya mata kedua. Menurut Scha, beliau dan suaminya, Awal Ashaari sedang berusaha untuk mendapatkan adik buat Lara Alana.

Insya-Allah kami memang merancang dan kami sedang berusaha ke arah itu.

Dalam pada itu, Scha sempat untuk mengulas mengenai majlis sambutan hari lahirnya yang diraikan dengan cukup meriah. Ia sebenarnya satu kejutan daripada suami tercinta. Namun, ia agak kurang menjadi kerana Scha akui beliau bukanlah seorang yang sukakan kejutan.

Walaubagaimanapun, Scha tetap ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir dan terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.

Majlis tersebut pada awalnya dirancang oleh Awal dan kawan-kawan rapat kami. Saya tidak menjangkakan sebuah majlis yang meriah kerana saya cuma minta Awal sediakan pulut kuning sahaja sempena ulang tahun kelahiran saya.

Apabila Dynas Mokhtar dan seorang kawan lagi mengajak saya makan malam bertemakan kebaya, saya sudah dapat mengagak ia pasti kejutan untuk saya. Apa pun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis sambutan hari jadi saya.

Semoga hasrat Scha untuk menimang cahaya mata kedua akan dipermudahkan. Tidak sabar rasanya kami ingin menunggu berita gembira itu nanti.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | June 1st, 2017

Penyanyi Ezlynn menerusi portal Berita Harian memberitahu beliau enggan mengulas tindakan beliau yang memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Adam Fahmy. Ezlynn lebih selesa bersendirian daripada ditemubual berhubung isu rumah tangganya itu.

Biarlah saya bersendirian. Saya bukan dalam mood untuk berfotografi atau ditemubual sekalipun. Tak ada apa yang nak dikongsipun. Saya harap kamu faham. Saya mahu dibiarkan bersendirian.

Ezlynn  telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya  di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur  pada Januari lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Namun, suaminya tidak bersetuju untuk bercerai dan pihak mahkamah telah memerintahkan kedua-dua pihak untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kalangan ahli keluarga mereka. Ezlynn telah melantik kakak kandungnya manakala Adam Fahmy yang juga merupakan pengurus kepada Ezlynn melantik adik kandungnya sebagai wakil JKP dalam kes perceraian mereka. Mahkamah kemudian menetapkan tarikh  11 Julai depan untuk sebutan kes bagi mendengar laporan JKP.

Sumber Berita : BH ONLINE

Page 40 of 40« First...102030...3637383940