Written by Bella | June 21st, 2017

Bersempena sambutan Hari Bapa yang lalu, pelakon Mawar Rashid ada memuat naik satu ucapan khas dan penuh kasih sayang buat kekasihnya, Raf Yaakob. Untuk anda yang tidak tahu, Raf merupakan seorang duda anak dua.

Berikut ucapan Mawar buat Raf :-

Tersentuh dengan ucapan istimewa tersebut, Raf ada berterima kasih kepada Mawar menerusi ruangan komen di foto tersebut. Menariknya, Raf seakan memberikan gambaran bahawa mereka mungkin bakal berkahwin tidak lama lagi.

Ramai peminat yang mendoakan agar pasangan merpati dua sejoli ini cepat berkahwin kerana mereka berdua memang sudah cukup mesra bersama. Apa-apa pun, kami berharap agar perancangan Raf dan Mawar untuk fasa lebih serius dipermudahkan. Kan Raf kata, benda baik tidak perlu dilengahkan..Hehe.

P.S: Adui terharunya tengok Aiman Hakim Ridza bekerja keras untuk menghadiahkan ibu tercinta seutas gelang emas HABIB. Inilah salah satu cara seorang anak membalas pengorbanan dan jasa si ibu membesarkan kita. Pasti si ibu gembira, lebih-lebih lagi bila Aidilfitri semakin hampir. Anda pun jangan lupa untuk “Budayakan Rantaian Kasih” bersama HABIB sepanjang bulan Syawal ini. Maklumat lanjut di https://rantaiankasih.habibjewels.com.

Written by Bella | June 21st, 2017

Pengarah muzik, Datuk Ramli MS baru-baru memuat naik status yang cukup hangat apabila meluahkan rasa bengangnya terhadap stesen televisyen yang hanya ingin membayar artis RM300 untuk menjayakan program malam raya. Ramai yang tertanya adakah Tok Ram tidak puas hati kerana mungkin artis yang dimaksudkan itu adalah isterinya, Datin Alyah?

Walaubagaimanapun, Alyah menafikan dakwaan tersebut dan beliau juga menjelaskan beliau tidak mahu masuk campur dengan status yang dimuat naik oleh suaminya itu.

Banyak yang bertanyakan perkara ini kepada saya. Kalau bukan rakan yang beritahu, memang saya tak ambil tahu pun. Ingin dijelaskan individu yang dimaksudkan itu bukan saya.

Bukan apa, selama ini saya dan suami menguruskan kerjaya masing-masing. Jadi apabila status itu tular di Internet, saya tak pasti siapa yang dimaksudkan. Saya pun tak bertanya kepada suami.

Dalam pada itu, Alyah sempat berkongsi beliau pernah menerima bayaran yang jauh lebih rendah ketika mula-mula bergelar penyanyi.

Terdahulu, Tok Ram menerusi status Facebooknya mempersoalkan bayaran RM300 itu tidak berbaloi pada zaman sekarang dan menasihati artis agar tidak menerima sebarang tawaran dengan harga sebegitu.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | June 21st, 2017

Fathia Latiff akui beliau kini sedang mengenali hati budi seseorang yang sudah beliau dikenali beberapa tahun lepas sebenarnya. Namun, Fathia tidak pernah mendedahkan siapakah gerangan lelaki yang sudah berjaya membuka pintu hatinya untuk bercinta lagi.

Menurut Miss K daripada portal Astro Gempak, ada rakan beliau yang melihat Fathia begitu mesra dengan seorang lelaki yang segak dan berkepala botak di sebuah kedai makan. Malah, lelaki itu dikatakan adalah invidu yang sama dimana foto beliau dimuat naik oleh Fathia di Insta Stories.

Miss K, aku nampak Fathia dengan seorang mamat ni. Segak juga orangnya, berkepala botak. Mereka nampak mesra, mungkin datang sini sebab nak bersahur kot. Aku pun nak balik dah, kalau aku masih lepak lagi boleh tengokkan untuk kau Miss K. Haaa, Miss K, cuba kau tengok Instagram Stories Fathia tu. Dia ada letak gambar mamat tu la. Dia letak gambar abang botak tu siap ada emoticon ‘smiley’ lagi. tulah orangnya! Wah, mereka nampak serasi. Itu kawan dia ke atau kekasih baru dia Miss K?

Jika benar lelaki itu adalah kekasih Fathia, kami mendoakan agar hubungan mereka ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin. Ehem, dah boleh agaknya kalau Fathia ingin memperkenalkan kekasihnya itu dengan peminat, pasti mereka juga akan mendoakan kebahagiaan Fathia. Sumber Berita : Astro Gempak

bali

P.S: Selepas Hari Raya Aidilfitri kelak, apa kata rehatkan minda dan jiwa dengan pergi bercuti ke Pulau Bali, Indonesia. Banyak pemandangan, aktiviti best dan hotel-hotel yang awesome di sana. Confirm rileks 100%.  Dengan AirAsia, anda boleh terbang ke Bali dengan harga serendah RM169 untuk ekonomi(all in fare – one way) atau premium flatbed RM599(all in fare – one way). Harga special murah kaw-kaw ini hanya akan sah sehingga 25 Jun ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini di www.airasia.com. Selamat bercuti. 

Written by Bella | June 20th, 2017

Enam tahun lalu, mungkin ada yang hanya mengenali Fattah Amin sebagai juara Hero Remaja, tetapi dengan usaha yang tidak pernah putus untuk menjadi seseorang yang lebih terkenal di dalam bidang seni membuatkan nama Fattah kini dikenali sebagai artis yang paling popular di Malaysia.

Namun, setiap perjalanan Fattah menuju kejayaan disokong oleh peminat beliau yang sentiasa kekal setia di sisi. Fattah juga akui, tanpa peminatnya beliau tidak mungkin akan mengecapi kejayaan serta populariti seperti sekarang.

Sudah tentunya sebagai artis, kita dan peminat itu saling memerlukan. Kita selalu dengar tanpa peminat, siapalah artis. Jadi begitu juga dengan saya.

Mereka sudah banyak berkorban bukan hanya untuk saya tetapi juga rakan artis yang lain dari segi masa dan wang ringgit. Misalnya dalam apa sahaja pertandingan yang saya memang hasil undian peminat, itu menunjukkan bahawa peminat setia tidak pernah gagal untuk memberikan sokongan meski terpaksa melabur.

Antara salah satu cara Fattah menghargai peminatnya adalah dengan meluangkan masa dengan mereka pada sesi ramah mesra di dalam mana-mana acara ataupun promosi produk mahupun drama lakonan beliau.

Baguslah jika Fattah tidak pernah lupa segala jasa peminat yang selama ini menyokong setiap bidang yang beliau ceburi meskipun menerima pelbagai kecaman dan terpalit dengan beberapa kontroversi hangat. Kekalkan sikap begini yang menghargai peminat dan tidak mustahil satu hari nanti Fattah akan mengecapi kejayaan yang lebih lagi dalam bidang seni. InshaAllah. Sumber Berita : Media Hiburan
umma

P.S: Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Syawal. Anda masih belum beli baju raya? Rileks jangan gelabah. Banyak baju kurung dan baju melayu yang cun melecun di www.umma.my. Harga pun amat berpatutan dengan kualiti tip-top. Anda pasti tampil menawan dan kacak dengan koleksi baju raya UMMA.

Page 4 of 40« First...23456...102030...Last »