Written by Bella | May 30th, 2016

Semalam, gosip mengenai Amyra Rosli bakal berkahwin pada bulan November ini cukup hangat diperkatakan apabila chef selebriti Datuk Raja Rosly Raja Mazlan ataupun Pak Engku memuat naik foto mereka berdua di Instagram.

Iyalah, biasanya selebriti yang bertemu dengan Pak Engku kerana mereka ingin menggunakan khidmat katering untuk majlis istiwewa, dan sebuah akhbar tempatan juga semalam turut mengandaikan perkara yang sama dan memberitahu mungkin beliau akan menamatkan zaman bujangnya bersama Amar Baharin.

Namun, Amyra sekerasnya menafikan berita tersebut dan sekali lagi menegaskan beliau tidak pernah membuat sebarang persediaan untuk berkahwin dengan Amar.

Saya pernah menyatakan, tidak akan membuat peminat berteka-teki jika saya ingin bertunang atau mendirikan rumah tangga. Saya tidak akan sembunyikan apa-apa, malah sedia berkongsi berita gembira ini. Tidak sangka pula, isu ini terus diperkatakan dan cuba kembali dihangatkan.

Secara jujur, saya belum mahu berkahwin. Terserah kepada semua, sama ada mahu mempercayai apa yang saya katakan ini atau mendengar gosip tidak berasas daripada mulut orang lain.

Pada masa yang sama, Amyra menjelaskan beliau terlalu sibuk dengan kerjayanya dan tidak mungkin akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | May 30th, 2016

Amy Search sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah mengabaikan pemain dram, Yazit dan sering melawat rakannya itu di hospital ketika sakit.

Namun, masalah mereka berdua seakan tiada lagi jalan penyelesaian dan semakin rumit apabila Yazit baru-baru ini membalas semula kenyataan Amy.

Yazit mendakwa, kedatangan Amy ke hospital ketika beliau sedang sakit tidak ikhlas dan penyanyi itu semata-mata inginkan perhatian media untuk mencari publisiti.

Nampak atau tidak muslihat dia? Saya tidak sedarkan diri. Dia ambil tangan saya, bersalam, muka dia senyum tengok kamera. Apa maknanya itu? Dia hendak tunjuk pada media dia bagus.

Sebagai kawan, dia tidak perlu buat begitu. Sepatutnya duduk sebelah bacakan saya Yaasin kerana saya pada itu koma, 50-50. Itu lebih afdal tetapi hendak glamor juga.

Menurut Yazit, Amy hanya datang ke hospital selepas isterinya meminta Amy untuk melihat keadaan beliau dan bukan atas kehendaknya sendiri.

Dia datang sendiri atau isteri saya yang hubungi beliau? Isteri saya hubungi minta datang tengok. Lepas itu tiba-tiba dia buat cerita lain. Dia kena paksa datang dengan isteri saya, bukan ikhlas.

Saling berbalas kenyataan tidak akan dapat menyelesaikan sebarang masalah. Cubalah bertentang empat mata dan meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing daripada hati ke hati.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Written by Bella | May 30th, 2016

Bila sudah tiba penghujung bulan Mei, kita sudah boleh lihat ramai yang sudah mula menjual buah durian, ada yang tawar buffet durian, makanlah sampai kenyang. Kami tahu  ada yang tidak boleh menahan godaan bau durian dan isinya yang manis,lebih-lebih lagi kalau dapat Musang King ataupun Udang Merah, perghh meleleh.

Mungkin itu juga yang dirasakan oleh Dato’ Aliff Syukri, kerana teringin untuk makan durian, beliau sanggup duduk di tengah-tengah lantai di KLIA dan menikmati durian didalam lapangan terbang antarabangsa itu sebelum berangkat ke Auckland, New Zealand. Rare bukan? Hehe..

Malah Aliff sempat berkongsi foto  beliau sedang menikmati durian di KLIA menerusi akaun Facebooknya.

Memberitahu beliau orang kampung dan beginilah cara kehidupan beliau, ada pihak nampaknya kurang bersetuju dengan kenyataan Aliff dan menganggap ia menjatuhkan maruah orang kampung.

Beberapa orang berpendapat Aliff tidak hirau dengan keadaan sekeliling dan bau durian tersebut yang mungkin menimbulkan rasa kurang senang orang lain.

Berikut antara komen netizen :-

Kami faham perasaan bila dah gian sangat hendak makan durian, tetapi mungkin Dato’ Aliff Syukri boleh sahaja makan di tempat lain dan bukan di tengah-tengah lapangan terbang seperti itu. Bukan niat kami ingin mengkritik, tetapi tiada juga orang kampung yang berbuat demikian dan kalau buat mungkin sudah kena halau dengan pengawal. Hormati juga orang lain yang mungkin tidak tahan dengan bau durian tersebut..

Written by Bella | May 28th, 2016

Semalam, telah berlangsungnya majlis pelancaran bagi koleksi pakaian raya Schawalara X Jakel di Kuala Lumpur.

Secar rasminya Awal Ashaari, Scha Al Yahya dan anak mereka, Lara Alana dilantik menjadi duta kepada produk keluaran berkenaan yang dipasarkan oleh Jakel.

Memuat naik beberapa foto sekitar  majlis pelancaran tersebut di akaun Instagram miliknya, beberapa pihak berpendapat Awal telah mempergunakan anaknya untuk meraih keuntungan dan populariti.

Walaubagaimanapun, Awal menafikan dakwaan berkenaan dan tidak menerima sebarang tawaran begitu sahaja.

Rasanya istilah menjual anak itu agak kasar kerana sebagai ibu-bapa kami sentiasa memastikan tawaran yang datang ditapis terlebih dahulu dan tidak sewenang-wenangnya bersetuju.

Bagi saya tawaran yang datang adalah rezekinya dan kebanyakannya ia turut melibatkan kami sebagai sebuah keluarga.

Awal sebenarnya tidak pernah merancang untuk anaknya turut terlibat didalam dunia glamor tetapi ia adalah rezeki buat mereka.

Setiap bayaran yang Lara dapat akan terus dimasukkan ke dalam akaunnya untuk kegunaan masa hadapan.

Saya secara dasarnya tidak pernah merancang rezeki anak saya dan Alhamdulillah semua pendapatan saya masukkan ke dalam akaunnya untuk kegunaan masa depan dia.

Bagaimanapun ia bukan untuk jangka panjang kerana saya juga mahukan kehidupan normal buatnya.

Apa yang dilakukan oleh Awal Ashaari ada kebaikannya untuk Lara Alana di masa hadapan, sekurang-kurangnya beliau akan ada simpanan sendiri. Kata orang, selagi ada peluang ambil sahaja kerana ia adalah rezeki.

Sumber Berita : mStar Online