Written by Bella | November 26th, 2015

Bekas pelajar Akademi Fantasia musim 7 iaitu Aril selamat menimang cahaya pertama beliau selepas isterinya melahirkan seorang bayi lelaki pada 24 November lepas.

Bayi tersebut dilahirkan secara normal  tepat jam 11.25 malam di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur dengan berat sebanyak 3.6 kilogram.

Perasaan sebak menyelubungi Aril ketika hendak mengazankan anaknya itu kerana terkenangkan arah abangnya Izwan Pilus kerana berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak lelakinya itu.

Tiba-tiba saya terkenangkan arwah abang semasa mahu mengazankan anak saya. Saya dapat bayangkan betapa gembiranya dia jika masih ada. Tambah-tambah lagi tarikh lahir mereka sama iaitu pada 24 November.

Ibu saya juga sangat gembira kerana dia turut berkongsi tarikh lahir dengan anak sulung saya. Syukur kepada Allah kerana semuanya berjalan lancar.

Sebelum itu pada Selasa, Aril telah menulis status yang agak menyentuh hati dan  meluahkan rasa rindunya kepada arwah Izwan di akaun Instagram sebelum anak sulungnya dilahirkan.

Berikut adalah luahan hati Aril:

Assalamualaikum,

Hari ni 24hb nov 2015, bersamaan hari selasa, jam 1:27pm, haaa! Patutnya awal pagi semalam aku dah wish kat mak! Hehe lewat sikit takpe kot, happy birthday mak Normah Abdullah semoga panjang umur, di murahkan rezeki dan dilimpahi rahmat dari Allah swt, amin tak lupa jugak untuk arwah abg yang tersayang, khairil izwan pilus, kalau dia masih hidup, 36thn umur dia, tapi semuanya suratan takdir, ajal dan maut di tangan tuhan.. Rindu kat kau abg wan.

Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Izwan Pilus. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber Berita: Astro Gempak

Written by Bella | November 26th, 2015

Apabila berita mengenai salah faham yang berlaku antara Emma Maembong dan pekerja farmasi dek kerana ingin membeli alat ujian kehamilan buat Yaya Maembong, ramai yang bertanya bukankah Yaya sudah disahkan mengandung dan untuk apa lagi Emma membeli alat tersebut? Lek..sebenarya itu cerita lima bulan yang lepas bukannya sekarang.

Lebih teruk lagi, ada juga pihak yang membuat fitnah mengatakan Emma sedang hamil anak luar nikah! Ish, memang dasyat betul tuduhan sebegitu.

Menerusi akaun Instagramnya, Emma menjelaskan beluau sendiri tidak mengerti mengapa kejadian yang berlaku lima bulan lalu kini menjadi isu yang sangat hangat sehingga dimanipulasikan oleh beberapa pihak.

Apa benda merepek ni?? Ya allah manusia zaman skng ni kenapa terlalu kejam? Keadaan masa ni emma tgh photoshoot dekat media hiburan, dan emma hanya bercerita dekat media yg kakak emma, yaya sedang hamil.

I was excited to share that good news dgn semua org, and emma share yg at that time emma tlg belikan pregnancy test utk kakak emma. Dan sekarang kakak emma sedang pregnant msuk 5 bulan dah. Which means cerita ini sudah 5 bulan berlalu.

Apa yg buat emma pelik, kenapa cerita yang dikongsi dgn beliau 5 bulan lepas baru dikeluarkan sekarang? What’s the motif behind this? Kenapa diorg nk keluar kan cerita ni sekarang?? It’s really upsetting, bcause of this ridiculous headline, ramai org ingat yang bukan2 tentang emma.suka sgt ke nk tgok org jatuh? Tlg la hentikan fitnah2 mcm ni.sy tak kacau sapa2 pon. #emmamaembong #Emavengers

Tidak tahu apa motif pihak media tersebut mengeluarkan cerita tersebut selepas 5 bulan berlalu. Harap Emma Maembong berasabar memang perkara ini sudah banyak terjadi kepada artis, lebih teruk ada yang kena fitnah sehingga meninggal dunia.

Sumber Berita: Instagram Emma Maembong

Written by Bella | November 26th, 2015

Baru sahaja menerima kehadiran cahaya mata perempuan pada 19 November lepas, arid Kamil dan Diana Danielle memilih nama Nur Aurora buat anak kedua mereka itu.

Jelas Farid Kamil, Nur Aurora bermaksud cahaya fajar dan ia bersesuaian dengan waktu anaknya itu di lahirkan ketika jam 4.05 pagi.

Kami sama-sama pilih nama dengan mencari maksud yang sesuai. Memandangkan bayi dilahirkan pada waktu subuh, jadi kami memilih nama Nur Aurora yang bermaksud cahaya fajar sesuai dengan waktu yang dilahirkan. Sememangnya saya bersyukur dengan kehadiran Aurora dan kami perlu sama-sama menguruskannya dan menjadi satu benda yang cukup menarik.

Diana mula rasa sakit sebetulnya pada pukul 3 pagi dan alhamdulillah pada pukul 4.05 pagi dia selamat melahirkannya. Semuanya berlaku secara pantas sehingga tidak sempat melakukan persediaan dan boleh dikatakan lebih ‘tough’, tambahan Muhammad kini semakin membesar.

Farid juga memberitahu beliau akan menjaga Diana sepanjang tempoh isterinya itu berpantang di Kuala Lumpur. Mengakui mempunyai pembantu rumah, Farid bagaimanapun lebih senang untuk menjaga anaknya sendiri.

Kami ada pembantu rumah tetapi untuk mengasuh anak itu kami tidak percaya dengan orang lain. Jadi kami membuat keputusan untuk tidak mengambil pengasuh kerana mahu melihat anak itu membesar di hadapan mata sendiri. Tambahan kini semakin banyak kes yang terjadi.

Sedar betapa peminat ingin sekali melihat wajah bayi terbaru mereka, Farid berkata beliau akan berkongsi foto puterinya itu apabila tiba waktunya nanti.

Sumber Berita: Media Hiburan

Written by Bella | November 26th, 2015

Sudah lama pelakon popular sekitar tahun 80-an, Datuk Seri Shah Rezza tidak aktif dalam dunia lakonan dan hanya menumpukan pada perniagaan beliau.

Namun,  beliau kini sudah kembali aktif dalam bidang lakonan dan mencuri hati penonton menerusi watak Pak Hamid yang merupakan seorang pengawal keselamatan didalam drama adaptasi novel Tuan Anas Mikael.

Walaubagaimanapun, ada segelintir pihak yang bertanya tidak kah Shah Rezza merasa malu untuk melakonkan watak seorang pak guard yang seakan merendahkan status beliau sebagai seorang yang amat terkenal dan disegani.

Ini jawapan beliau:-

Apa salahnya jadi pak guard? Bagi saya, melakonkan watak yang berlainan dengan diri kita adalah erti pelakon sebanar. Saya tidak kisah dan bersedia diberikan apa sahaja watak.

Kalau dilihat sejak saya aktif sekitar 80-an pun watak saya hanya watak pembantu sahaja bukan watak-watak besar pun. Jika dikatakan tidak sesuai atau setaraf dengan kedudukan saya sekarang itu adalah silap kerana saya tidak pernah membezakan taraf kehidupan saya dengan orang lain.

Malah, pada awal kemunculan beliau dalam bidang seni, Shah Rezza yang merupakan kerabat diraja dari Kelantan tidak pernah menonjolkan statusnya itu.

Shah Rezza enggan memakai nama sebenar bagi mengelakkan rasa pilih kasih segelintir pihak terhadap dirinya.

Pada usia 14 tahun ketika itu saya duduk di Istana Negara, saya minta untuk menceburi bidang peragaan dan seni dan ibu saya nasihatkan agar tidak guna nama sebenar.

Saya mahu dikenali dengan nama Shah Rezza sahaja supaya kawan-kawan dan orang sekeliling saya tidak memberikan kelebihan kepada saya hanya kerana saya kerabat diraja.

Apa yang dikatakan oleh Shah Rezza itu betul, dalam lakonan kadang-kadang kita tidak boleh fikir untuk popular sahaja dan tidak salah pun untuk menerima watak pembantu meskipun artis itu sudah terkenal.  Meskipun watak Pak Hamid itu kecil, kami rasa ia masih mampu mencuit hati penonton bukan? Hehe

Sumber Berita: mStar Online