Written by AbangNara | November 27th, 2014

Masih ingat lagi dengan kontroversi telefilem Saloma yang hangat diperkatakan beberapa bulan lalu? Permintaan waris-waris Allahyarham AR Tompel tidak diendahkan oleh pihak penerbit biopik ini menyebabkan lantas mereka cuba membawa perkara ini ke mahkamah dengan memfailkan kes saman. Sayangnya, kelonggaran undang-undang menyebabkan hasrat waris-waris AR Tompel yang diketuai oleh Adlin Aman Ramli tidak dapat diteruskan.

adlin aman ramli

Untuk makluman, pihak penerbit dan juga pihak Astro yang menayangkan telefilem Saloma ini tidak melayan beberapa tuntutan yang diminta oleh waris-waris AR Tompel ini. Antara tuntutannya ialah menghentikan tayangan telefilem ini secara serta-merta. Abang Nara tertarik dengan penjelasan Adlin Aman Ramli mengenai kegagalan kes saman ini diteruskan. Kata Adlin:-

Fasalnya, peruntukan kita terhadap kes-kes yang sebegitu sangat longgar dan oleh sebab itu mereka bagaikan tiada perasaan bersalah menyiarkan telefilem itu.

Jika hendak saman malu, hanya individu yang dimalukan sahaja boleh mengeluarkan saman itu. Malangnya, dalam kes ini, individu berkenaan telah pun meninggal dunia.

Biarpun AR Tompel itu adalah ayah saya, namun saya langsung tidak berhak ke atasnya.

Kasihan pada mereka yang telah meninggal dunia dan kemudiannya dieksploitasi sehingga meninggalkan kesan negatif kepada penonton.

Lebih memburukkan lagi, diri sendiri tidak boleh dibela lagi waima anak mereka sekalipun

ar tompel

Hmmm. Mungkin pihak-pihak terbabit boleh membuat sedikit kajian mengenai peruntukan undang-undang dalam hal ini. Abang Nara pun baru tahu yang kes saman malu hanya boleh dilakukan oleh individu yang dimalukan. Mungkin harus ada penjelasan yang lebih lanjut mengenai perkara ini. Apa pun, tayangan telefilem biopik Saloma telah pun tamat di Astro First. Semoga isu seperti ini tidak lagi dibangkitkan di masa hadapan.

Written by AbangNara | November 27th, 2014

Baru-baru ini ketika sedang berjalan jalan di One City Mall Subang Jaya, Abang Nara telah terserempak dengan beberapa rakan blogger. Lama sungguh Abang Nara tak jumpa dan berborak dengan diorang ini. Jam pada ketika itu kira-kira pukul 5 petang. Perut pun sudah minta diisi. Terus Abang Nara ajak kawan-kawan Abang Nara untuk lepak di OLDTOWN White Coffee.

white curry oldtown

Kawan-kawan blogger ini Abang Nara kenal masa mula-mula berkecimpung dalam dunia blogging. Yang si lelaki tue dikenali menerusi blog KampungBoyCityGal. Dah kahwin dah pun. Tak boleh nak ngorat. Yang awek comel tue namanya Tziaa. Masih single lagi. Orangnya memang cantik. Dulu dia nak ngorat Abang Nara tapi diri ini menolak pengoratan tersebut. Hehehe.

Sambil berborak mestilah kena makan kan? Barulah boleh borak lama-lama sikit. Tak gitu? Nak makan nasi terlalu awal jadi Abang Nara minta waiter OLDTOWN White Coffee ‘recommend’ kan apa yang sesuai untuk dimakan waktu petang sebegini. Tup-tup dibaginya satu menu baru.

white curry oldtown

Tengok menu pun dah meleleh air liur Abang Nara dibuatnya. Inilah OLDTOWN White Coffee White Curry yang baru sahaja dimasukkan ke dalam pilihan menu bermula 17 November lalu. Menurut si waiter, menu ini hanya ada untuk waktu terhad iaitu sehingga 31 Januari 2015 atau selagi stok masih ada. Terasa teruja, Abang Nara terus buka menu untuk lihat pilihan yang ada.

white curry oldtownOLDTOWN White Curry Series ini didatangkan dalam 5 pilihan mee iaitu mee biasa, mihun, pan mee, macaroni dan juga par hun. Turut sama ditawarkan ialah minuman khas untuk melengkap White Curry Series ini iaitu Peanut White Freezy™. Kalau tak tahan pedas memang wajib pesan air ini. Boleh lega terus. Paling best, harga White Curry Series bermula daripada RM7.90 yang bagi Abang Nara amat berpatutan sekali.

Lama juga Abang Nara berfikir untuk membuat pilihan. Akhirnya Abang Nara telah memilih OLDTOWN White Curry Pan Mee.
white curry oldtown

Tengok tue kuah dia!!! Pergh!!! Pekat sekali. Baunya memang menikam hidung. Abang Nara order White Curry Pan Mee ini sebab ada ikan bilis di dalamnya. Itu memang feveret diri ini. Kampung Boy dan Tziaa pula order White Curry Macaroni dan White Curry Mee Hoon.

white curry oldtown

White Curry Macaroni

white curry oldtown

White Curry Mee Hoon

Kali pertama kuah White Curry Pan Mee masuk ke mulut Abang Nara, terus tak boleh berhenti diri ini dibuatnya. Suapan demi suapan. Tak ada berhenti langsung. Rasanya memang perfect sekali. Pedasnya cukup-cukup, kepekatannya memang sangat sedap dan paling penting , bahan-bahan yang digunakan melengkapi antara satu sama lain. Minuman Peanut White Freezy™ pun memang sangat sesuai menghilangkan rasa pedas terutama kalau anda jenis yang tak boleh tahan pedas.
white curry oldtown

Disebabkan jarang bertemu mee kari yang sesedap ini, Abang Nara pun memberanikan diri bertanya apakah rahsia di sebaliknya White Curry ini. Rupa-rupanya OLDTOWN White Coffee telah bekerjasama dengan MyKuali yang amat terkenal dengan kesedapan mee segera MyKuali Penang White Curry. Gabungan resipi istimewa sup OLDTOWN dan keunikan rasa ‘paste’ MyKuali ini memang membentuk satu formula yang menjanjikan kesedapan tidak berbelah bahagi. Orang putih kata ‘winning formula’. Jujur Abang Nara cakap, memang sedap tak ingat punya. 2 thumbs up Abang Nara kasik.

white curry oldtown

muka puas dapat menikmati kelazatan OLDTOWN White Curry

Nasihat Abang Nara, silalah pergi ke OLDTOWN White Coffee berhampiran anda dan cubalah White Curry Series mereka. Memang tak akan menyesal punya. Untuk makluman, OLDTOWN White Coffee daripada dulu lagi sudah mendapat sijil HALAL. Jadi tak perlu nak risau. Walaupun promosi ini sehingga 31 Januari 2015, Abang Nara dapat rasakan White Curry Series ini akan jadi popular dan stok akan habis sebelum tarikh tersebut. Jadi jangan tangguh-tangguh lagi hasrat nak pergi cuba makan White Curry ini. Kalau boleh pergi hari ini jugak. Nah Abang Nara bagi tengok menu sekali lagi untuk senang korang buat pilihan.

white curry oldtown

Kalau ada sebarang pertanyaan (nak tanya apa lagi, pergi jelah try makan), silalah lawati Facebook OLDTOWN White Coffee. Abang Nara tengah hari ini nak bawa wife pergi makan White Curry Series ini. Dia pun dah teruja dengar Abang Nara bercerita hari itu. Hehehe. Selamat mencuba!!!

Written by AbangNara | November 27th, 2014

Gelagat anak angkat Fynn Jamal iaitu Bakti Arjuna Fitri (Juna) yang kini menjangkau usia 2 tahun telah mencuri banyak hati para pengikut Instagram penyanyi lagu Aruna Beta ini. Memang comel yang amat si Juna ini. Mungkin ada yang tidak tahu yang Juna merupakan seorang kanak-kanak autistik. Abang Nara dulu ada jugalah buat kajian mengenai autisme ini. Autisme ini mempunyai spektrum yang luas dan kebanyakan mereka yang memilikinya akan mempunyai satu bakat istimewa. Contoh pandai melukis ke, buat lagu ke dan sebagainya.

juna autisme

Abang Nara perhatikan yang Fynn Jamal pun sudah mula menghantar Juna ke sekolah khas untuk membantu mengurangkan autisme yang dialami oleh anak angkatnya itu. Satu langkah yang bijak. Kanak-kanak autistik memang memerlukan interaksi yang banyak lebih-lebih lagi dengan rakan sebaya. Tumpuan daripada ibu bapa pun amat penting. Kena banyak bercakap dengannya. Apa pun Abang Nara respek dengan Fynn Jamal yang meletakkan tugasannya sebagai seorang ibu di tempat pertama. Kata Fynn:-

Saya meletakkan diri saya sebagai seorang ibu di tempat paling atas, kemudian sebagai pendidik dan selepas itu barulah peranan lain. Sebab itulah apabila saya dengar ada kes-kes pembuangan bayi, hati saya cepat tersentuh dan sanggup ketepikan aktiviti seni sama ada sebagai pemuisi atau penyanyi untuk cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi anak yang tidak berdosa itu.

Bagaimanapun, Juna ada caranya yang tersendiri. Jika dia lapar atau mahukan susu, Juna akan tarik tangan saya atau ayahnya ke arah beg susu atau sebarang makanan yang dikehendakinya. Begitulah caranya berkomunikasi dan saya serta suami sedaya upaya cuba memahami setiap kali dia menyampaikan sesuatu.

Menariknya, keletah Juna itu kadang-kala menghiburkan saya dan suami. Seperti bermain teka-teki kerana cuba meneka kehendak Juna yang lucu dan comel. Dia sangatlah istimewa buat kami dan sedikit pun tidak menyesal mengambilnya sebagai anak angkat

juna autisme

Insya Allah dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh Fynn Jamal ini akan membolehkan Juna melayari kehidupan sebagai seorang manusia biasa apabila dewasa kelak. Lama-lama nanti pasti Juna akan boleh berinteraksi seperti kanak-kanak lain. Kenalah bersabar sedikit. Budak-budak perkembangannya memang berbeza untuk setiap individu. Kalau anda ada pengalaman dengan anak-anak autisme, apa kata kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Menarik juga kalau ada nasihat-nasihat yang bagus untuk diamalkan. Sumber Utusan Malaysia.

P.S: Poster ‘hilang’ yang amat menarik sekali

Written by AbangNara | November 27th, 2014

Berita penceraian talak tiga yang dialami oleh Siti Saerah pada hari ulangtahun keempat perkahwinannya memang mengejutkan banyak pihak. Ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa adik kepada Datuk Siti Nurhaliza ini. Iyerlah, 4 tahun berkahwin dan dikurniakan beberapa orang cahaya mata, pastinya Siti Saerah sendiri tidak menyangka perkahwinannya berakhir dengan pengakhiran yang begitu sedih sekali.

siti saerah

Apa pun Abang Nara gembira melihat bekas suami Siti Saerah yang turut sama bergilir-gilir menjaga anak mereka selepas penceraian. Walaupun sudah tidak mempunyai hubungan suami isteri, tanggungjawab sebagai seorang ayah wajib dilaksanakan. Siti Saerah juga enggan menyalahkan sesiapa atas penceraiannya ini. Kata Saerah:-

Bagi saya penceraian yang berlaku tidak pun berpunca dari masalah yang besar cuma ini adalah ketentuan dari Tuhan. Setiap orang tidak mahu perkara sebegini terjadi, tetapi apabila sudah terjadi saya hanya pikir positif sahaja. Dari segi masalah, masing-masing mempunyai kesilapan dan kekurangan namun saya tidak mahu menuding jari serta menyalahkan sesiapa. Kerana saya tidak mahu perkara ini menjadi isu

siti saerah

Semoga Siti Saerah tabah menghadapi ujian ini. Teruskan bersikap positif. Yang penting kena tabah demi anak-anak. Insya Allah akan ada sinar yang lebih terang di masa hadapan. Sama-samalah kita doakan. Sumber Media Hiburan.