Written by AbangNara | April 1st, 2014

Walaupun telah menamatkan pengajiannya di Australia dan pulang ke Malaysia baru-baru ini, sehingga ke hari ini tiada perkembangan terkini mengenai pelakon berbakat ini di dada-dada akhbar. Banyak persoalan yang bermain di minda para peminat Ummi Nazeera. Adakah Ummi sudah bersara sepenuhnya dari bidang lakonan? Adakah Ummi Nazeera tidak akan lagi muncul di kaca TV dan filem?

ummi nazeera

Sekiranya anda mengikuti akaun Instagram Ummi Nazeera, pastinya anda mengetahui yang Ummi sekarang sibuk mengikuti aktiviti berkonsepkan dakwah seperti World Hijab Day dan ceramah-ceramah agama. Hanya baru-baru ini Ummi membuat kemunculan umum apabila menemani ibunya di mahkamah atas tuduhan memalsukan sijil pernikahan. Kesucian dan kemulusan wajah Ummi Nazeera ternyata memukau mata yang memandang.

ummi nazeera

Diharap suatu hari nanti Ummi Nazeera akan sudi untuk berkongsi perancangan masa depannya dengan media tempatan. Sama-samalah kita nantikan. Lagi beberapa gambar si comel ini dengan membaca artikel sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | April 1st, 2014

Akhirnya setelah sekian lama membuatkan para peminatnya ternanti-nanti, Jaclyn Victor telah pun mengumumkan bakal berkahwin tidak lama lagi menerusi akaun Facebooknya semalam. Walaupun tidak memuatkan sebarang makluman terperinci mengenai rumah tangga yang bakal didirikan, berita ini pastinya menggembirakan semua pihak yang sering ternanti-nanti hari bahagia penyanyi ini.
jaclyn victor kahwin

Jaclyn Victor turut memohon maaf kerana membuat pengumuman ini di kala rakyat Malaysia masih bersedih mengenai kehilangan MH370.
jaclyn victor kahwin

Tahniah diucapkan kepada Jaclyn Victor atas berita gembira ini. Tak sabar hendak melihat si jejaka yang berjaya mencuri hatinya. Semoga segalanya berjalan lancar buat Jac.

Page 30 of 30« First...1020...2627282930