Written by AbangNara | September 24th, 2013

Wah!!! Meriah sungguh Zon Ceria Suria FM di Kuala Terengganu pada hari Sabtu lalu. Mana taknya, kira-kira 800 orang telah beratur seawal jam 8 pagi di Gerai Nasi Dagang Kak Pah. Kesemuanya dapat makan percuma bersempena dengan kempen Suria Bayarkan. Sambil makan free sambil dapat berborak sakan dengan Halim Othman, Seri Nazira, Bob Ringgo dan JJ yang telah turun padang menceriakan lagi aktiviti tersebut.

zon ceria

Kemeriahan Zon Ceria Suria FM tidak berhenti di Kuala Terengganu sahaja. Sabtu ini, 28 September, orang Kedah terutamanya mereka yang tinggal di Sungai Petani akan berpeluang untuk beramah mesra dengan penyampai Suria FM sambil makan-makan. Pastikan korang hadir ke D’King Mee Udang Banjir & Ikan Bakar Power bermula jam 8 malam sehingga 10 malam untuk merasai sendiri kemeriahan Zon Ceria Suria FM.

zon ceria

Ini adalah lokasi terakhir Zon Ceria Suria FM selepas kali pertama dianjurkan di Lembah Klang dan kali kedua di Kuala Terengganu. Sambutan yang diterima di kedua-dua tempat ini memang hangat. Abang Nara yakin kat Kedah nanti pasti lebih meriah sebab orang Kedah semuanya memang happening. Sambil pekena mee udang sambil layan sembang la!!!

suria bayarkan

Kesemua aktiviti ini dilakukan bersempena kempen Suria Bayarkan. Kalau korang tak tahu lagi apa itu Suria Bayarkan, layari www.suriafm.com.my sekarang jugak. Kesemua info yang anda ingin tahu mengenai Suria FM ada di situ.

Written by AbangNara | September 24th, 2013

Aeril Zafrel sekarang ini memang sedang hangat menerusi drama Cinta Jannah. Ramai betul yang terpacak depan TV untuk tidak melepaskan peluang menatap kekacakan Aeril. Seperti biasa, apabila popular, pasti ada khabar angin yang kurang enak. Cerita-cerita sebegini sudah lumrah buat mereka yang terjun ke dunia hiburan.
aeril zafrilTerbaru Aeril Zafrel dikatakan sudah berkahwin dengan Wawa Zainal. Tambah menyedapkan khabar angin itu, Wawa Zainal dikatakan sudah hamil dan kini sedang berehat di kampung halamannya di Sabah. Ditemubual oleh Kosmo, Aeril menafikan segala dakwaan tersebut:-

Saya tidak tahu hendak kata apa (ketawa). Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih, jika saya nafi dan komen lebih-lebih orang memang tidak akan berhenti bercakap. Sekarang status kami berdua hanyalah sahabat baik dan saling mempercayai antara satu sama lain.

Tidak dinafikan dan tipulah kalau kata kami tidak berjumpa. Jika dia berada di Kuala Lumpur, kami akan keluar makan bersama, tetapi sekarang dia berada di kampungnya di Sabah kerana sedang berubat.

Di sini saya ingin memohon tolong jangan sebarkan cerita jika tidak ada bukti dan akan memburukkan orang lain. Andai ada bukti sekalipun dan cerita itu sahih, jika dikeluarkan menjadi aib kepada tuan punya badan, tidak boleh juga dikeluarkan. Jika tidak benar, lagi berdosa dan harus meminta maaf kepada Wawa.

aeril zafril

Diharap Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tabah menghadapi khabar angin sebegini. Inilah asam garam dunia hiburan. Sekali sekala memang memeritkan. Teruskan bertenang dan keluarkan kenyataan seperti anda keluarkan menerusi Kosmo ini. Nampak matang dan tidak cepat melatah. Anda memang cool.

P.S: Nissan Grand Livina 2013 dilancarkan hari ini

Written by AbangNara | September 24th, 2013

Masihkan anda ingat dengan artikel “Jimmy Shanley kahwini janda?” yang pernah Abang Nara tuliskan satu ketika dahulu. Lelaki kacak seperti Jimmy ini memang semua orang ingin tahu apa perkembangannya. Dah kahwin ke belum, ada awek ke belum, single lagi ke dan macam-macam lagi lah. Nasib baik Abang Nara tak hensem macam Jimmy.

jimmy shanley

Ditanya mengenai dakwaan kahwini janda, Jimmy Shanley enggan memberikan sebarang komen. Kata Jimmy kepada Mstar Online:-

Tiada komen. Biarlah rahsia. Terpulang sama ada orang ingin kata saya sedang bercinta atau pun sudah berkahwin. Doakan yang baik-baik untuk saya. Bukan saya serik tetapi cerita tentang rumah tangga dulu baru sahaja reda dan apabila tiba masa sesuai saya sendiri akan jelaskan perkara sebenar

jimmy

Abang Nara faham apa yang sedang dilalui oleh Jimmy Shanley sekarang. Pasti dia masih trauma dengan kegagalan rumah tangganya sebelum ini sehingga takut untuk mengeluarkan sebarang kenyataan. Kepada peminat-peminat Jimmy, diharap bersabar. Berilah masa kepada Jimmy. Nanti kalau dah bersedia, pasti dia akan kongsikan perkara sebenar dengan anda semua. Tak gitu?
glutacellP.S: Nak kulit mulus, cantik berseri dan memikat hati? Ketahui rahsianya di www.azaleadenaturale.com

Written by AbangNara | September 24th, 2013

Setelah berdolak-dalik selama ini, akhirnya komposer terkenal, Julfekar membuat pengakuan yang dia kini sedang menyulam cinta dengan anak didiknya, Min Yasmin. Untuk makluman anda, Julfekar kini berusia 40 tahun manakala Min berusia 25 tahun. Menurut perancangan, mereka berdua bakal berkahwin selewat-lewatnya awal tahun depan.

min yasmin julfekar

Walaupun berbeza umur lebih kurang 15 tahun, Julfekar mengakui kematangan Min Yasmin memikat hatinya. Kata Julfekar:-

Kami menjalinkan hubungan serius sejak 2009. Ketika itu Min belum jadi penyanyi. Min bekerja dengan saya sebagai pembantu peribadi (PA). Saya terpikat dengan Min kerana dia gadis matang walaupun usianya baru 25 tahun. Dia juga sangat memahami dan dapat menerima keadaan diri saya seadanya. Apatah lagi, hubungan kami direstui keluarga. Sama ada keluarga dia (Min) mahu pun saya, hubungan kami diterima baik. Malah Min juga rapat dengan anak, cucu dan bekas isteri saya

min yasmin julfekar

Rombongan merisik telah pun dihantar oleh Julfekar pada penghujung tahun 2011 lalu. Min Yasmin mengakui dia menyukai lelaki yang matang lantaran itu memilih Julfekar. Kata Min:-

Apatah lagi, dia berfikiran terbuka dan ia membuatkan hubungan persahabatan dan percintaan kami amat menyenangkan. Jadi, saya tolak ke tepi faktor usia kami yang jauh berbeza kerana persefahaman lebih utama. Pada saya, usia tidak menjadi halangan kerana yang pasti Julfekar begitu menyayangi diri Min, sangat menghormati keluarga Min serta bertanggungjawab

min yasmin julfekar

Kalau dah jodoh, sememangnya usia bukan penghalang. Semoga segalanya berjalan lancar buat Julfekar dan Min Yasmin. Perancangan dah ada, cubalah laksanakan sebaik mungkin. Sama-samalah kita doakan mereka akan ke jinjang pelamin seperti yang dirancang. Kredit info Harian Metro.
bestbuyP.S: SK-II, Dior, Lancome, Chanel, Clinique. Gucci, Guess, Hermes, Haskin dan banyak lagilah produk-produk berjenama. Semuanya pada harga yang lebih murah dan rendah daripada biasa. Kualiti adalah DIYAKINI dan penghantaran adalah DIJAMIN. Tunggu apa lagi..mari dapatkan barangan di http://my.bestbuy-world.com dan LIKE www.facebook.com/BestBuyWorldMalaysia untuk maklumat lanjut.