Written by serenity | August 21st, 2013

Penafian Halim Othman bahawa wanita bernama Dania Danisha bukan teman wanitanya nampaknya menimbulkan kemarahan wanita itu. Terkini melalui akaun Facebook peribadinya, Dania telah memuat naik status yang mendakwa dirinya bukanlah sekadar peminat personaliti yang juga deejay radio tersebut.

 photo 1005372_630193837015540_1765066495_n.jpg

Menurut Dania, perkenalan mereka dimulakan oleh Halim sendiri. Dakwaannya juga, mereka telah keluar bersama selama beberapa belas kali ke tempat-tempat yang berasingan, malah Halim menyatakan sanggup menunggu untuk berkahwin dengan Dania, namun ditolak oleh Dania atas faktor umur Halim yang menurut wanita itu, hampir sebaya dengan ibu bapanya.
Tambahnya lagi, gambar tersebut sememangnya diambil dua tahun lepas, namun baru diketahui orang ramai tahun ini.

Dania turut menyatakan dia tidak kisah sama ada kenyataannya dipercayai orang ramai atau tidak.

Kenyataan Halim Othman tentang Dania Danisha sememangnya ‘tajam menikam’ dan memperlihatkan seolah-olah wanita itu seorang peminat yang ‘syok sendiri’. Namun kenyataan balas Dania nampaknya bercanggah dengan versi Halim.

Yang mana satu hendak dipercayai? Terpulanglah pada anda.


 photo bazarposterogos2013.jpg

Written by AbangNara | August 21st, 2013

Ini sangat menyedihkan. Pasti kekasih Uqasha Senrose, iaitu Pekin Ibrahim panas hati mendengar cerita ini. Mana tidaknya, buah hatinya pernah diraba oleh PA (personal assistant) ketika sedang tidur. Nasib baik si PA itu seorang perempuan. Kiranya pengkid la nie kot.

uqasha senrose diraba

Kata Uqasha Senrose kepada MalaysianDigest:-

Tak perlulah saya sebut namanya. Perkara tu berlaku ketika saya di set penggambaran drama Ratu Suhada, baru-baru ini. Ketika tu saya sedang tidur di dalam kereta. Ketika tu lah dia meraba saya. Tapi nasib baik lah saya cepat tersedar.

Selepas kejadian tu saya terus pecat dia sebab saya memang tak selesa dengan dia. Sebenarnya saya baru saja kenal dia. Masa mula-mula kenal, dia okay saja. Jadi saya percaya dan terus ambil dia bekerja dengan saya. Lagipun sebelum ini dia punya pengalaman menguruskan beberapa artis lain

uqasha senrose diraba

Kalau tahap perempuan pun dah jatuh hati, pasti ada lelaki lain yang juga turut jatuh cinta dengan Uqasha. Diharap Pekin akan cepat-cepat berkahwin dengan Uqasha. Mana tahu ada orang nak mengorat pulak. Tak gitu? Lepas kahwin bolehlah Pekin menghalang sebarang percubaan rabaan dilakukan terhadap Uqasha. Hehehe.

P.S: Bank Negara Malaysia nafi perketat syarat pinjaman kereta

Written by AbangNara | August 21st, 2013

Masih ingat lagi dengan Adam Davin? Sebelum ini Raja Azmi pernah menuduh pelakon ini menipu wang pelakon lain, gemar mencuri dan tidak memulangkan baju tajaan. Namun Adam Davin mendakwa dirinya telah difitnah oleh Raja Azmi. Ingatkan kontroversi yang melanda dirinya sudah berakhir, namun nampaknya ia timbul kembali.
adam davinTerbaru, akaun Instagram Adam Davin telah pun diguna pakai oleh orang lain. Menerusi akaun tersebut, beberapa gambar yang menyatakan Adam Davin ini seorang penipu telah disebarkan. Menurut si penyebar, Adam Davin sendiri telah memberikan telefon kepadanya sebagai tanda jaminan. Namun sehingga hari ini, telefon tersebut tidak dituntut dan memaksa dirinya membuat pembongkaran tersebut.
adam davin
Beberapa komen yang diterima menerusi akaun Instagram tersebut turut sama memaklumkan yang diri mereka pernah menjadi mangsa penipuan Adam Davin. Sehingga hari ini, Adam Davin masih berdiam diri dan tidak menjawap pertuduhan ini. Tidak diketahui siapa yang berada di pihak yang benar.

adam davin

Pada pendapat Abang Nara, Adam Davin harus tampil untuk menjelaskan keadaan. Berani kerana benar, takut kerana salah. Lagi beberapa keping gambar yang telah dikongsi menerusi akaun Instagram Adam Davin dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | August 21st, 2013

Bermula 19 Ogos lalu, drama Jodoh Itu Milik Kita telah pun ditayangkan di Astro Mustika HD. Daripada reaksi yang dibaca, drama adaptasi novel nukilan Sara Aisha ini memang mendapat sambutan hangat. Ramai yang menyatakan tidak cukup tempoh tayangan yang hanya selama setengah jam sahaja.

jodoh itu milik kita

Nampak gayanya setiap Isnin hingga Rabu tepat jam 10 malam akan berkampunglah para peminat drama ini di hadapan televisyen. Menariknya drama ini menampilkan nama-nama besar seperti Farid Kamil, Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Zain Saidin dan ramai lagi. Memang cukup rempah untuk menjadi satu drama yang meletup.

jodoh itu milik kita

Adakah anda turut sama menonton drama Jodoh Itu Milik Kita ini? Kalau belum, Abang Nara cadangkan anda mula mengikuti drama hebat ini. Mana tahu penangannya lebih kaw daripada Adam & Hawa. Lagi beberapa keping gambar sekitar drama ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 10 of 25« First...89101112...20...Last »