Written by AbangNara | March 30th, 2013

Dalam diam, hari ini merupakan hari bahagia buat Ezad Exist. Sebentar tadi, Ezad telah sah bergelar suami kepada Nor Azeana binti Haji Ramli. Tidaklah pula diketahui apa punca Ezad tidak menghebahkan perkahwinannya. Mungkin ada sebab-sebab tertentu.

ezad exist

Wanita di atas ialah isteri Ezad Exist. Memang cantik orangnya. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Nantikan update gambar yang seterusnya. Info dan gambar kredit kepada The Philosophy Pictures.

P.S: Lampu yang diperbuat daripada gummy bear

Written by AbangNara | March 30th, 2013

Zaquan Adha telah pun berkongsi gambar putera sulungnya hasil perkahwinan dengan Ayu Raudhah menerusi akaun Twitternya. Sangat-sangat comel. Sekali pandang macam muka Zaquan pun ada. Tahniah diucapkan atas kehadiran cahaya mata ini.

gambar anak ayu raudhah

Turut sama hadir untuk menyambut kehadiran ahli keluarga baru mereka ini ialah kembar Zaquan, Aidil Zafuan. Pasti Aidil pun teruja untuk mendapat anak buah.

gambar anak ayu raudhah

Semoga si comel ini akan membesar dengan sihat dan sempurna. Tahniah diucapkan buat Ayu Raudhah dan Zaquan sekali lagi. Selamat berjaga malam menjaga si comel anda.

P.S: Parody Teman Pengganti.

Written by AbangNara | March 29th, 2013

Selain daripada Irma Hasmie dan Redza, hari ini juga merupakan hari gembira buat pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Kira-kira jam 2.17 petang tadi, Zaquan telah berkongsi berita gembira yang isterinya telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

gambar anak ayu raudhah

Ayu Raudhah telah melahirkan putera sulungnya ini di Hospital Columbia Asia di Johor. Jutaan tahniah diucapkan buat mereka berdua. Cepat-cepatlah kongsi gambar si comel anda. Pasti ramai yang tak sabar untuk melihat.

Written by AbangNara | March 29th, 2013

Fuh ~~ Makin tua makin mengancam wanita-wanita zaman sekarang ini. Sebenarnya Abang Nara daripada dulu lagi tertanya-tanya rahsia wajah Maria Farida yang kekal muda. Tak nampak tua langsung.

maria farida
Terbaru, Maria Farida telah menyambut hari jadinya bersama rakan-rakan di Bangkok. Kawan-kawan Maria Farida pun semua hot stuff jugak. Abang Nara pasti ramai lelaki-lelaki yang tewas di dalam renungan mata mereka. Cair seolah-olah salji dipanah matahari. Amboi ~~

hari jadi maria farida

Kalau tak silap Abang Nara, umur Maria Farida sudah pun mencecah angka 40 tahun. Semoga Maria Farida akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Lagi beberapa keping gambar si panas Maria Farida ini dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit Instagram Maria Farida.

P.S: Pencuri gadjet yang kurang didikan teknologi

 
Page 2 of 2712345...1020...Last »