Written by AbangNara | September 3rd, 2012

Pada 1 September lepas, telah pun berlangsung majlis resepsi sebelah lelaki untuk pasangan pengantin baru, Ustaz Don Daniyal dan Husna. Majlis yang telah diadakan di Dewan Kuis khabarnya sangat meriah dengan kehadiran tetamu yang sangat ramai. Pastinya tetamu yang datang sangat gembira dapat melihat kelibat pengantin baru ini.

gambar ustaz don

Sekali lagi Abang Nara nak ucapkan tahniah kepada Ustaz Don Daniyal dan Husna atas perkahwinan anda berdua. Selamat menempuh alam perkahwinan yang penuh dengan pancaroba. Sama-samalah kita doakan agar Ustaz Don dan Husna cepat-cepat dikurniakan cahaya mata untuk menyerikan lagi rumah tangga mereka.

gambar ustaz don

5 lagi gambar di sekitar majlis resepsi pengantin lelaki dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Media Hiburan.

 
Written by AbangNara | September 2nd, 2012

Kalau anda masih ingat, Jalani Sidek satu ketika dahulu pernah dikaitkan dengan wanita yang bernama Zaleha ini. Nampaknya hubungan kedua-dua manusia ini kelihatan semakin mesra selepas Jalani disahkan bercerai dengan isterinya, Raja Azmi. Menurut B*pop hari ini, Jalani dan Zaleha telah pun menyambut Syawal bersama-sama.

jalani dan zaleha

Daripada gambar di atas pun Abang Nara dapat bayangkan kemesraan Jalani dan Zaleha. Tak salah kalau katakan nampak macam pengantin baru. Abang Nara rasa molek benar kalau kedua-duanya berkahwin. Alang-alang dah single mingle. Lagi cepat kahwin lagi bagus kot. Namun Zaleha ada jawapannya tersendiri apabila ditanya tentang perkahwinan dengan Jalani.

Itu soalan cepu emas… Soal jodoh, ajal dan maut semuanya ketentuan Allah SWT. Saya tidak mahu membesarkan isu ini, saya juga tidak terfikir mahu menunjuk-nunjuk dalam situasi ini, tapi wartawan dapat menghidunya. Hakikatnya saya tidak boleh lari dari kenyataan, saya dan Jalani tetap bersama. Soal sejauh manakah hubungan saya dan Jalani, ia terlalu peribadi untuk diperkatakan. Banyak hati yang perlu dijaga.

Tak apalah. Mungkin Zaleha dan Jalani ada perancangan mereka tersendiri. Sama-samalah kita doakan agar mereka berdua cepat-cepat dipertemukan jodoh. Nampak memang dah sangat mesra dah. Keluarga Zaleha pun nampak macam menerima Jalani. Abang Nara doakan agar hubungan mereka akan berakhir ke jinjang pelamin satu hari nanti.

Written by AbangNara | September 2nd, 2012

Tahukah anda bahawa penduduk Bintulu telah pun melahirkan rasa tidak puas hatinya kepada Nurul Syuhada Nurul Ain baru-baru ini. Puncanya ialah apabila Nurul Syuhada telah menggunakan perkataan “daif” ketika membuat liputan di Bintulu sempena Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos yang lalu. Penduduk Bintulu yang tidak berpuas hati telah menggunakan saluran Facebook dan Twitter meminta agar Nurul Syuhada memohon maaf.

bintulu nurul syuhada

Untuk makluman, Nurul Syuhada seperti gambar di atas telah pun melahirkan rasa maafnya kepada sesiapa yang terasa atas kekhilafannya itu. Seperti yang kita semua ketahui, kalau siaran langsung memang biasa jika ada tersilap cakap dan sebagainya. Jadi kepada penduduk Bintulu, maafkanlah Nurul Syuhada. Nurul Syuhada turut membuat penjelasan menerusi Facebooknya.

bintulu nurul syuhada

Diharap dengan penjelasan panjang lebar dan permohonan maaf daripada Nurul Syuhada ini, tiada lagi pihak yang membesarkan cerita ini. Abang Nara dengar-dengar penduduk Bintulu memang pemaaf orangnya. Semoga tiada lagi insiden sebegini yang akan berlaku di masa hadapan. Tabik kepada Nurul Syuhada yang bersedia mengakui kesilapannya tanpa rasa malu dan segan.

bintulu nurul syuhada

P.S: Jualan murah sempena Aidilfitri daripada Gudang.My untuk telekung sulam yang didatangkan khas dari Bandung. Kualiti dijamin awesome. Dapatkannya hari ini juga kerana stok amatlah TERHAD. Klik sini untuk membuat tempahan anda sekarang.

Written by AbangNara | September 2nd, 2012

Pertama kali Abang Nara melihat lakonan Nadiya Nisaa ialah menerusi filem Cun. Membawa watak Manis, Nadiya Nisaa membuatkan Abang Nara kagum dengan mutu lakonan yang superb. Walaupun begitu, kepopularitian Nadiya masih agak kurang berbanding dengan pelakon muda lain seperti Neelofa, Anzalna dan Izara Aishah.

nadiya nisaa

Namun kesemua itu nampaknya akan berubah apabila Nadiya Nisaa membintangi drama hebat Adam & Hawa. Drama yang ditayangkan menerusi Astro Mustika HD ini memang dinanti-nanti oleh ramai orang kerana ianya diadaptasi daripada novel Adam & Hawa. Walaupun ada pihak yang mempertikaikan pemilihan Nadia Nisaa untuk membawakan watak Ain Hawani, bagi Abang Nara Nadiya memang sangat layak menjayakan watak tersebut.

nadiya nisaa

Semoga bintang Nadiya Nisaa akan lebih bersinar selepas ini. Tak sabar rasanya untuk melihat sejauh mana karier Nadiya mampu berkembang selepas ini. Good luck and all the best kepadanya. Lagi 13 keping gambar Nadiya Nisaa yang diambil daripada Facebook Nadiya Nisaa dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 27 of 27« First...1020...2324252627