Written by AbangNara | May 29th, 2012

Rasanya anda semua sudah tahu yang Fazura kini sudah pun mempunyai butiknya sendiri yang diberi nama House of Doll. Abang Nara rasa pilihan nama itu memang sangat sesuai. Doll atau patung sememangnya sinonim dengan kecantikan seseorang dan  insan yang bernama Fazura ini memang diakui ramai kecantikannya.

fazura house of doll

Apa yang tambah mengkagumkan Abang Nara lagi ialah Butik House of Doll yang terletak di Jalan Telawi, Bangsar ini dibuka 100% dengan duit Fazura sendiri. Tidak ada sebarang tajaan langsung. Kesemua kos yang mencecah ratusan ribu ringgit ini datang daripada hasil lakonan dan duta produk. Paling awesome ialah Fazura tidak melakukan mana-mana loan bank sebaliknya House of Doll ini terbina daripada wang simpanannya. Mantap kan?

fazura house of doll

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Fazura atas pembukaan butik miliknya ini. Semoga perniagaan anda akan berkembang maju. Dan kepada peminat Fazura, bolehlah pergi melawat House of Doll dan mendapatkan sendiri produk rekaan Fazura bersama Rizman Ruzaini. Tahniah sekali lagi kepada Fazura. Kredit info Berita Harian.

Written by AbangNara | May 28th, 2012

Harapan Abang Nara agar Bubu tampil memperbetulkan keadaan akhirnya tercapai apabila semalam Bubu telah tampil di Metro Ahad untuk menyatakan yang kenyataannya telah diputar belitkan oleh media Indonesia. Sebelum ini, Bubu telah dikecam teruk kerana mengakui dirinya adalah cucu kepada Sultan Selangor. Namun rupa-rupanya, Bubu sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu sebaliknya media Indonesia yang mereka cerita sendiri.

bubu

Ini adalah sedikit petikan kata-kata Bubu, atau nama sebenarnya Raja Mohamad Syazni Raja Mohamad Rashid:-

Di dalam sidang media itu, saya cuma mengatakan berketurunan kerabat diraja. Saya tak cakap saya cucu sultan. Keturunan bapa saya, Raja Mohamad Rashid Raja Salehuddin adalah susur galur daripada keturunan sultan ketiga yang memerintah sebuah negeri di Semenanjung daripada 1826 hingga 1857. Itu saja dan saya memang saya bukan cucu kepada sultan yang memerintah negeri itu sekarang. Mereka (media Indonesia) juga memfitnah mengatakan saya membuat pengakuan itu kerana mahuka publisiti murahan

bubu
Dan Abang Nara sudah tengok video YouTube sidang media yang telah dihadiri oleh Bubu dan Syahrini, ternyata memang Bubu tidak membuat sebarang pengakuan bahawa dia merupakan cucu kepada Sultan Selangor. Ini dikuatkan lagi apabila Bubu memaklumkan sehingga ke hari ini dirinya tidak dipanggil menghadap pihak istana sekiranya benar dia mendakwa dirinya adalah cucu Sultan Selangor.

Itu memang jelas satu fitnah terhadap saya. Jika benar sultan murka dan mengarahkan saya disiasat, kenapa sehingga sekarang mereka tidak menghubungi saya? Saya tidak menerima sebarang panggilan daripada pihak istana atau kerajaan negeri itu. Jika baginda betul-betul murka, saya percaya saya akan dipanggil ke istana sebaik berita itu disiarkan.

Abang Nara tak sangka sungguh hebat tahap putar beli media Indonesia. Kalah media-media Malaysia nie. Mungkin itu satu perkara biasa. Semoga dengan penjelasan ini, nama Bubu dapat dibersihkan. Apa pun, didoakan agar percintaa Syahrini dan Bubu akan sampai ke jinjang pelamin satu hari nanti.

Written by AbangNara | May 28th, 2012

Ramai yang tertanya-tanya kenapa Abang Nara tak keluarkan gambar Neelofa yang dikatakan berkemban dan ala-ala bunny yang kecoh pada minggu lepas. Sebabnya Abang Nara nak tunggu apa kata Neelofa terlebih dahulu. Abang Nara pasti ramai di antara anda yang sudah pun melihat gambar-gambar tersebut.

neelofa

Firasat Abang Nara menyatakan yang gambar tersebut gambar lama. Semalam menerusi Pancaidera, Neelofa mengesahkan gambar tersebut diambil 3, 4 tahun dahulu untuk penggambaran video klip kumpulan Tilu. Dan Abang Nara tersenyum kambing membaca ayat pedas Neelofa:-

Dah tak ada modal la tu nak buat cerita. Yang hairannya itu gambar lama semasa saya terlibat dalam pembikinan video muzik kumpulan Tilu. Tak salah saya tiga empat tahun dahulu. Jadi kenapa baru sekarang ini nak keluarkan? Saya sendiri pelik macam mana mereka boleh keluarkan gambar tu semula. Kalau tak ada modal sekalipun nak naikkan rating masing-masing tak perlulah buat macma tu pada saya. Sejujurnya saya tak marah cuma geram sebab mereka sengaja nak aibkan orang. Lantaklah nak buat apa pun asalkan jangan melampui batas. Cerita macam ini memang tak perlu dilayan, kalau layan akan berpanjangan.

Biasalah tu bila dah jadi artis. Cerita 15 tahun dahulu pun orang sanggup korek. Satu tindakan yang bagus daripada Neelofa untuk tidak melayan cerita-cerita sebegini. Lebih baik tumpukan perhatian kepada perniagaan Bella Vita yang khabarnya sedang hangat sekarang ini. Tak gitu?

Written by AbangNara | May 28th, 2012

Untuk anda yang tidak mengetahui, pada Sabtu lepas Zed Zaidi telah pun dilantik menjadi Presiden Seniman dengan jumlah undian sebanyak 152. Menjadia presiden sesuatu persatuan tentunya bukan sesuatu yang mudah, namun Zed Zaidi nampaknya sudah mempunyai perancangan dan matlamatnya yang tersendiri.

zed zaidi

Bercakap kepada Metro Ahad semalam, Zed menegaskan yang matlamat utamanya ialah mengawal dan memastikan artis luar tidak mengambil jalan mudah mencari rezeki di Malaysia. Katanya:-

Apayang saya lakukan semata-mata untuk membela nasib artis tanah air. Bayangkan jika mereka monopoli industri tanah air, apa akan terjadi kepada artis tempatan? Lagipun, mereka seakan-akan begitu mudah mencari rezeki di negara kita, sedangkan kita pula sebaliknya, sama ada di negara sendiri atau negara mereka. Saya mahu pastikan artis luar yang ingin mencari rezeki dan bekerja di industri kita mengikut saluran undang-undang yang betul, mempunyai permit sah dan berdaftar dengan jabatan bekerjaan.

Abang Nara sebenarnya bersetuju juga dengan kata-kata Zed Zaidi ini. Namun sebagai seorang Presiden, Zed haruslah menangani isu ini secara menyeluruh dan tidak menumpukan kepada beberapa individu sahaja. Kalau benarlah ada artis luar negara yang datang bekerja di sini tanpa permit, itu sememangnya tidak wajar. Semoga persatuan Seniman di bawah pimpinan Zed Zaidi dapat memainkan peranan yang lebih penting berbanding ketika di bawah presiden lain.

Page 3 of 2912345...1020...Last »