Written by AbangNara | April 25th, 2011

ayah ally iskandar meninggal dunia

Rakan kami, Hazrey telah memaklumkan bahawa ayah kepada Ally Iskandar telah meninggal dunia. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Semoga Ally dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah.

Written by AbangNara | April 25th, 2011

amran tak gay

Syukur. Itu yang mampu Abang Nara ucapkan apabila membaca penjelasan daripada Amran tentang hubungan songsangnya bersama Anding AF. Memang ternyata tidak benar sama sekali. Amran masih normal dan hanya berkawan sahaja dengan Anding. Tak lebih tak kurang.

Saya baru sahaja menanda tangani perjanjian dengan syarikat MIG minggu lepas, dan pihak MIG meminta agar saya tidak memberi sebarang komen terdahulu tentang perkara ini sebelum mereka melakukan sebarang sidang media minggu hadapan. Namun secara peribadi, saya memang terkejut dengan apa yang dilaporkan semalam, seluruh peminat dan ahli keluarga menghubungi saya untuk bertanya tentang perkara ini, namun saya tidak boleh membuat sebarang penjelasan sekarang. Subhanallah, Nauzubillah, perkara ini sangat memalukan dan ia satu fitnah yang besar dalam hidup saya. Jujurnya, saya tak berani nak komen lanjut kerana sebagai orang islam, saya tidak boleh menuduh sebarang orang yang menjadi penyebab dan penyebar cerita ini. Apa yang boleh saya katakan, saya harap peminat dan keluarga memihak pada saya dan memberi semangat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang ini

Bercakap lebih lanjut tentang hubungannya dengan Anding, Amran berkata dia dan Anding hanya selalu pergi gim bersama-sama. Tak adalah sampai tahap nak bercium di depan khalayak ramai ataupun pergi berbulan madu bersama-sama. Diharap dengan penjelasan ini, status seksual Anding dan Amran dapat diketahui ramai.

Kepada awek-awek di luar sana, apa lagi ngorat la si Amran nie. Handsome dan tough tue. Hehehe. Kredit berita ManggaOnline.

Written by AbangNara | April 25th, 2011

ac mizal masuk umno

Pelakon dan pengacara AC Mizal yang menyerah borang keahlian Umno hari ini, berkata beliau sebelum ini ditawar menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi.

Bagaimanapun, katanya, beliau menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.

“Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan Umno yang popular dengan slogan ‘Dulu, Kini dan Selamanya…

“Tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka,” katanya kepada pemberita.

Sebelum itu, AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk Umno di Ipoh apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai anggota parti itu.

AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan, menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Ghaffar.

Bercakap kepada pemberita, AC Mizal berkata beliau menyertai Umno kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh ketua Pemuda bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.

“Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (Umno) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan,” katanya kepada pemberita di program anjuran Umno bahagian Ipoh Barat.

AC Mizal berkata beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai seorang ahli biasa Pemuda Umno dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan di dalam parti.

“Saya berniat untuk bergerak secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40 tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan,” katanya.

Anak kelahrian Muar, Johor itu berkata beliau turut memilih untuk bersama-sama Umno Perak berdasarkan nasihat Allahyarham ayah mentuanya yang telah berpesan sekiranya beliau ingin memperjuangkan nasib bangsa, Perak adalah tempatnya.

Isterinya Emylia berasal dari Ipoh.

Sementara itu, pengarah filem Hantu Mak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid yang turut berada pada majlis itu berkata beliau datang untuk memberi sokongan kepada rakannya.

P.S: Menangi iPad 2, Blackberry Bold 3, iPod Touch dan macam-macam lagi dengan menyertai The Great Churp-Churp Race.

Written by AbangNara | April 25th, 2011

amran dan anding af gay

Mengucap panjang Abang Nara membaca tulisan Raja di dalam BiPop semalam. Kata Raja, daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, bekas pelajar Akademi Fantasia, Anding dan pelakon baru, Amran Ismail kini sedang hangat dilamun cinta sesama sendiri. Terkejut dan terkesima terus Abang Nara dibuatnya. Punyalah ramai wanita di dunia ini, kenapa lelaki juga menjadi pilihan hati? Kata Raja dalam artikelnya semalam:-

Raja dapat tahu daripada si pemberi maklumat, kononnya ada cerita yang menyatakan Anding dan Amran memadu kasih nun jauh di seberang lautan baru-baru ini. Mereka turut bersama dengan seorang laki pelakon baru yang kononnya berbulan madu dengan pasangan songsangnya. Bukan main lagi umpama dunia mereka yang punya. Ada yang ternampak kelibat mereka berparti sakan.

Kadang-kadang Abang Nara terfikir kenapa ada antara manusia yang menjalinkan hubungan sebegini. Adakah kerana trauma sering kali dipermainkan wanita? Ataupun masa zaman kecilnya pernah ada kisah silam? Atau mungkin kerana naluri kelelakiannya memang tiada?

Kepada sesiapa yang terlibat dengan hal ini, masih belum terlambat untuk anda kembali ke pangkal jalan. Kepada Anding dan Amran, sila tampil untuk membalas kenyataan daripada Raja ini.

P.S: Daripada korang pergi berparti sakan kat mana-mana club, baik korang pergi belajar Belly Dance kat Hartamas nie. Boleh keluarkan peluh dengan hanya RM40. Harga sebenar ialah RM120. Murah kan? Nak masuk club pun dah berapa ringgit dah.

Page 5 of 25« First...34567...1020...Last »