Written by AbangNara | March 31st, 2011

malek noor sakit jantung

Rasanya semua orang dah tahu kot yang Malek Noor kini berada di ICU akibat serangan sakit jantung ketika bermain bola sepak. Kini Malek Noor berada di Hospital Pantai dengan keadaan yang dilaporkan stabil. Marilah kita sama-sama doakan semoga Malek Noor cepat sembuh.

P.S: Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan. Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Tak gitu?

Written by AbangNara | March 31st, 2011

salma mentor

Kalau tanya Abang Nara memang tak ada orang lain dah yang layak menjadi juara Mentor 5. Salma lah orangnya. Suaranya memang memukau, meletup dan bombastik. Walaupun Nas Ahmad kata Salma tak cantik, tapi di mata Abang Nara Salma ada pakejnya yang tersendiri. Lagipun rakyat Malaysia sekarang semua sudah bijak pandai. Semuanya pentingkan bakat berbanding rupa. Tak gitu?

Paling tak tahan apabila ada orang kata suara Salma lagi mantap berbanding mentornya, Erra Fazira. Apa pun tahniah kepada Erra Fazira kerana menjumpai seorang protege yang sangat-sangat berbakat. Bukan senang nak carik. Secara ikhlasnya, peserta perempuan lebih menyerlah di dalam Mentor 5. Suara peserta lelaki memang banyak yang kurang.

Lagi gambar Erra Fazira bersama protegenya, Salma dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Sertai Proton Exora VIP Test Drive hari ini dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

 
Written by AbangNara | March 31st, 2011

daphne iking

Mula-mula Abang Nara ingatkan siapa pulak awek yang hot dalam majalah Gorgeous ini. Rupa-rupanya ini adalah Daphne Iking atau nama Islamnya Dahlia. Cantik memang cantik. Mula-mula Abang Nara ingatkan mungkin dia photoshoot gambar ini sebelum Daphne masuk Islam. Sekali tengok tajuk kecil yang ada di situ ialah:-

Dahlia Daphne Iking, Talks new husband, ex-husband & Islam

Hmmmmm. Lebih sesuai kalau pakai baju yang bersopan sedikit sebab tajuk pun ada kaitan dengan Islam. Tapi apa nak dikata, artis-artis yang memang Islam dari dulu lagi pun selamba kering je berphotoshoot basah-basah tepi kolam. Takpe-takpe. Slow-slow kita sama-sama memperbaiki diri. Tak gitu?

P.S: Anda minat F1? Menangi tiket grandstand dan peluang tengok konsert Rain bersama dengan Lotus Renault GP dengan menekan link ini.

Written by AbangNara | March 31st, 2011

erra fazira

Tua tua berisi. Mungkin itu simpulan bahasa yang paling sesuai diberikan kepada Erra Fazira. Makin tua makin cantik. Makin berusia makin sedap mata memandang. Makin tua makin pandai bergaya. Memang terserlah sungguh kematangan dan kecantikan Erra Fazira di dalam cover majalah Wanita ini. Salute dan tabik spring kepada Erra Fazira.

Oh ye sebelum terlupa, semalam merupakan ulangtahun kedua untuk Engku Aleesya. Selamat hari jadi Abang Nara ucapkan kepada Engku Aleesya. Nanti besar jadi cantik seperti mak anda ye? Dan dengar-dengar ceritanya Erra Fazira dah bercita-cita nak tambah seorang lagi anak tahun ini. Sangat bagus kan?

Untuk anda peminat Erra Fazira, jangan lupa Like Facebook Page Erra Fazira.

P.S: Ketahui taraf kesihatan hidup anda dengan mengambil Nestle Profiler Test hari ini jugak!!!

Page 1 of 2612345...Last »