Written by AbangNara | February 23rd, 2011

aliah lee keguguran

Sedih sungguh mendengar berita Aliah Lee keguguran 2 kali tahun lalu setelah berkahwin untuk kali kedua dengan Mohamed Zekri Ibrahim. Nampaknya masih tak ada rezeki lagi untuk menimang cahaya mata bersama suami baru. Sebelum ini, Aliah Lee sudah pun mempunyai anak hasil perkahwinan pertamanya dengan Aziz M. Osman.

[note]Saya dan suami memang nak anak sangat tapi sayangnya tahun lalu, saya mengalami dua kali keguguran. Mungkin tak ada rezeki lagi kot. Jadi mahu tak mahu, kami terpaksa terima keadaan itu dengan seadanya. Lagipun, usia kami pun dan meningkat. Jadi, rasanya tak sesuai kot memiliki anak pada usia yang macam ni. Apapun, kami bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Tuhan terhadap kami sebelum ini. Saya ada lima anak hasil perkahwinan lalu dan suami juga ada dua orang anak. Jadi biarlah tumpuan kami kini hanya pada anak-anak yang sedang membesar ini. [/note]

Abang Nara pun ada dengar-dengar jugak yang perempuan tak elok sangat mengandung kalau umur dah 40-an. Katanya rahim dah tak kuat sangat. Tak tahulah betul ke tidak teori ini. Mungkin pembaca BeautifulNara yang perempuan boleh terangkan kepada Abang Nara yang tak berapa pandai ini. Untuk pengetahuan, Aliah Lee kini berusia 38 tahun.

Oh ye, ingat tak satu ketika dahulu Aliah Lee pernah on off bertudung? Cuba baca penjelasannya daripadanya dan harap dapat memahami.

[note]Saya memakai semula tudung tahun lalu selepas berkahwin. Bukannya disuruh oleh suami atau sesiapa tapi dengan kerelaan saya sendiri. Saya mengaku selepas bercerai dengan bekas suami pertama, saya memberontak. Jadi saya tak bertudung tapi akibatnya saya yang rugi malah saya tahu impaknya. Sekarang saya dah kembali tenang. Saya juga turut berbincang dengan suami tentang perkara itu dan akhirnya dengan rela hati saya memakai semula. [/note]

Semoga Aliah dan suami keduanya akan tenang selalu dengan perkahwinan ini. Kalau ada rezeki bab-bab anak, jangan ditolak. Jaga elok-elok supaya tak gugur kali ketiga. Sumber berita dari Murai.

Written by AbangNara | February 23rd, 2011

zizan pengacara melodi baru

Yeah. Akhirnya khabar-khabar angin yang menyatakan Fara Fauzana dan Wahid akan digantikan sebagai pengacara rancangan Melodi akhirnya telah disahkan. Pengacara baru Melodi bermula 3 April 2011 ialah Zizan Raja Lawak dan Dira Abu Zahar. Abang Nara tak tahu sangat pasal Dira punya keupayaan, tapi Zizan sememangnya terbaik. Kemungkinan besar rating Melodi akan kembali mencanak naik dengan kehadiran Zizan. Tak sabar rasanya nak dengar lawak dia.

[note]Bagi mengambil alih sebuah rancangan besar seperti itu sudah tentu saya rasa sedikit gementar dan takut terutamanya jangkaan tinggi dari penonton. Untuk mengatasinya saya perlu banyakkan buat kajian tentang dunia hiburan semasa, namun begitu saya tidak takut jika diperbandingkan kerana ia adalah lumrah. [/note]

Apa pendapat korang? Sesuai ke tak Zizan berganding dengan Dira? Atau ada peminat kipas susah mati Fafau dan Wahid yang bengang dengan penukaran ini? Sila tinggalkan pendapat anda di ruangan komen ye.

Written by AbangNara | February 22nd, 2011

drama spa qistina

Pagi tadi Abang Nara ada tuliskan mengenai keputusan Azizah Mahzan untuk berhenti berlakon kerana skrip drama yang sampah, kali ini Abang Nara nak sharekan email seorang pembaca yang kecewa dengan skrip drama Spa Qistina. Kalau korang ada luahan hati yang lebih kurang sama, jangan segan-segan tulis kat ruangan komen.

[note]Assalamualaikum Abang Nara.

Kat sini saya nk bg cadangan kat abg nara supaya buat satu post berkenaan drama Spa-Qistina. Pada pemerhatian saya, penulis skrip drama ini terlalu tidak sensitif terhadap soal agama. Saya buat dlm bentuk point beberapa perkara yg saya perasan dlm drama ini:
1. Di dalam ending Spa-Q 2,Dafi telah berpisah dgn Faradhiya. Faradhiya balik kg dan dapati dia mengandung anak si Dafi. Kemudian bersambung dalam Spa-Qistina, si Dafi ni dah kawin dgn org lain. Tup-tup baru tahu yg dia ada anak dgn si Faradhiya. Kalo ikut situasi sebenar di negara kita ni, mana mungkin sbb kalau dia bercerai, kena tunggu abis edah baper kali cuci jd impossible laaa blh bercerai masa org pompuan tgh pregnant kan? Ok kpd scriptwriter sila buat homework.

2. Di dalam satu babak dalam episod yang si Mar(lakonan Nek Jah-Azizah Mahzan)kematian suaminya kerana accident, telah berkata ” mungkin tuhan lebih tahu apa yg terbaik untuk aku”.. Perkataan mungkin itu memang salah. Sebab Tuhan bukan mungkin tahu. Tuhan memang tahu. Boleh terpesong akidah dibuatnya..

3. Apabila menerima berita kematian melalui telefon, tidak wajar seorang Islam tidak mengucapkan Innalillah. Kemudian, apbila si menerima panggilan telefon tadi, menyampaikan berita kematian kpd org di rumahnya, si penerima berita yg kedua juga tidak mengucapkan Innalillah juga.

Setakat ini, itu saja yg saya perasan, kalo Abang Nara tak percaya boleh siasat sendiri. Perkara ini bg sy penting kerana semuanya berkaitan dgn agama dan akidah. Penulis skrip dan seluruh produksi sila lebih prihatin. Sebab cerita ini mmg akan sambungannya. Jika penulis skrip masih lagi mengambil sikap sambil lewa, lebih bnyk yg akan dipesongkan nanti. [/note]

Buat penulis skrip yang menganggap penonton Malaysia bodoh dan tak akan perasan benda-benda sebegini, sila berfikir 2, 3 kali sebelum anda menulis. Kami tidak bodoh. Kami pandai. Jangan sampai anda dikantoikan oleh penonton-penonton. Sekian terima kasih.

P.S: Mahukan seorang artis membantu anda meluahkan rasa cinta kepada si dia yang tersayang? Join Facebook Cornetto sekarang dan bida artis kegemaran anda untuk membantu anda menunjukkan kasih sayang kepada si dia.

Written by AbangNara | February 22nd, 2011

neelofa

Penangan Shah Jaszle, ternampak tinggi jugak tahap kejelesan Maria Farida. Mana taknya, kalau Abang Nara pun angin kekasih hati dikatakan sedang bercinta dengan orang lain. Ini semua gara-gara gosip Neelofa, juara Dewi Remaja 2010 adalah kekasih baru Shah Jaszle yang Abang Nara tulis semalam. Nampaknya Neelofa dah buat penafian berkaitan gosip ini.

[note]Saya terkejut apabila khabar angin tersebar yang saya bercinta dengan Shahz padahal di sana kami tidaklah rapat. Apa yang saya sedar wajah Shahz murung sejak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lagi. Ketika di sana dia buat hal sendiri dan nampak dia seperti ada masalah tapi ketika mula penggambaran dia boleh masuk dengan karakter Zack. Saya pula baru sahaja putus cinta dengan kekasih dan tidak pernah terfikir untuk bercinta dalam masa singkat ini [/note]

Dan semestinya Shah Jaszle bangga tak ingat kerana Maria Farida sendiri buat spot check dengan menelefon Neelofa untuk mengesahkan gosip ini. Risau kot buah hatinya diambil oleh gadis yang lebih muda. Kata Lofa:-

[note]Selepas pulang dari penggambaran filem Azura 2011 bulan lalu, dia (Maria Farida) beberapa kali menghubungi saya bertanyakan hal berkaitan saya dan Shahz. Saya sudah jelaskan perkara yang sebenar dan apa yang berlaku di sana. Mungkin dia nak tahu sama ada apa yang diceritakan oleh Shahz sama dengan cerita saya. Pada saya hubungan kami hanya kawan sahaja dan dia tidak perlu bimbang tentang perkara itu. [/note]

Kata orang, wanita memang dilahirkan dengan sifat cemburu yang kuat. Tapi dalam percintaan sememangnya kena cemburu. Kalau beri kepercayan 100%, selalunya lelaki akan menggunakan kepercayaan tersebut untuk bermain kayu tiga. Tak gitu? Walaupun Abang Nara seorang lelaki, Abang Nara tak menyebelahi mana-mana laki yang suka mempermainkan hati dan jiwa wanita.

Untuk mengakhiri entri ini, Abang Nara ada serangkap pantun untuk Shah Jaszle.

Shah Jaszle nama diberi
Berbelit lidah nak menyebutnya
Dulu kata awek omputih sahaja dicari
Tup-tup semua awek ko Melayu jugak akhirnya

P.S: iPhone, iPad dan macam-macam lagi hadiah berjumlah RM40,000 untuk dimenangi dengan contest Milo Fuze Jam Pack.

Page 5 of 22« First...34567...1020...Last »