Written by AbangNara | May 27th, 2010

gambar diana danielle

Aduh. Untungnya monyet yang diberi nama Lulu ini. Dibelai manja oleh si cantik Diana Danielle. Kalaulah Lulu mengerti yang betapa Diana Danielle menjadi pujaan ramai jejaka di luar sana, pasti dia akan berbangga dengan rakan-rakan monyetnya yang lain. Mungkin Lulu akan bercakap riak seperti ini dengan kawan-kawan dia:-

[note] Beb. Gua tadi DD peluk gua. Lu orang apa ada? Duduk melangut je kat pokok nie. Nampak sangat aku lagi macho dari korang sampai DD pun beria nak membelai aku. Jangan jeles ~~~[/note]

Sebenarnya si monyet yang bernama Lulu ini adalah peneman Diana Danielle sepanjang penggambaran filem Hanyut di Kuala Lipis. DD pulak jenis yang suka binatang. Itu yang DD dengan selamba je main dengan si Lulu nie. Tapi hati-hati ye. Jangan sampai kena gigit.

Lagi gambar Diana Danielle dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S:Sila jangan hentam kami dengan kata kami tak bersyukur menjadi seorang manusia. Tajuk di atas hanyalah gurauan semata-mata. Saja nak ceriakan mata anda semua yang dah mengantuk kat pejabat tue.

 
Written by AbangNara | May 27th, 2010

filem lagenda budak setan

Lagi 1 minggu aje lagi untuk filem Lagenda Budak Setan ini dimainkan di pawagam. Kami dah tak sabar-sabar nak serbu pawagam 2 Jun nie. Tak sabar nak tengok adaptasi novel Melayu terhebat yang pernah kami baca di layar perak. Mesti gempak habis. Tengok poster dia pun dah mantap semacam je.

Untuk yang tak pernah tengok trailer Filem Lagenda Budak Setan, sila klik sini untuk membuatkan anda teruja untuk ke wayang. Entah kenapa kami dapat rasakan yang filem ini bakal menggegar wayang dan mungkin akan memecah rekod dari segi kutipan filem paling tinggi. Adakah anda tak sabar seperti kami jugak?

Untuk anda yang tak pernah baca novel Budak Setan, ini ada sedikit sinopsis tentang filem Lagenda Budak Setan ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Nasihat kami, jangan lupa bawak tisu secukupnya semasa menonton filem ini nanti.

P.S: Selain pikir problem bajet kahwin, orang nak kahwin ni memang selalu pening kepala nak pilih warna untuk majlis perkahwinan diaorang.

 
Written by AbangNara | May 27th, 2010

download mp3 kebahagiaan dalam perpisahan

Amboi, amboi, amboi (gaya Azwan Ali). Ramai betul peminat-peminat juara Akademi Fantasia 8, si Shahir nie yang mintak kami sharekan link download MP3 lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Siap suruh kongsikan lirik lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan lagi. Kuat jugak impak si Shahir nie. Mesti ramai chikaro-chikaro yang cair dengan kehenseman Shahir kan?

Untuk tak menghampakan request-request anda, sila download MP3 Kebahagiaan Dalam Perpisahan dari Shahir AF8 di sini. Kalau nak liriknya, sila baca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Dengar ceritanya si Norman KRU tue memang betul-betul nakkan si Shahir nie menang. Itu yang bila Shahir terkeluar terus dia mintak Astro adakan AFMasuk. Mungkin dia nampak bakat Shahir yang boleh pergi jauh. Go Shahir go.

 
Written by AbangNara | May 26th, 2010

transformers

Kali nie kompem korang tak dapat teka punya. Taknak bagi klu sebab selama nie semua kuiz yang kami bagi korang boleh teka dengan jayanya. Sila cuba untuk yang ini pulak.

Page 2 of 1512345...Last »